PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 1 ms. 8
  • Tuhan Menciptakan Langit dan Bumi

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tuhan Menciptakan Langit dan Bumi
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Tuhan Menciptakan Segala Sesuatu
    Buku Cerita Bible Saya
  • Sebuah Taman yang Indah
    Buku Cerita Bible Saya
  • Siapakah yang menciptakan anda?
    Kehidupan Abadi di Firdaus!
  • Adakah Binatang Masuk Syurga?
    Jawapan kepada Soalan Bible
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 1 ms. 8
Taman Eden

CERITA 1

Tuhan Menciptakan Langit dan Bumi

Tuhan Yehuwa ialah Pencipta kita. Dia menciptakan semuanya, termasuk ciptaan yang dapat dilihat dan yang tidak dapat dilihat. Sebelum ciptaan yang dapat dilihat wujud, Tuhan menciptakan banyak malaikat. Tahukah adik apa itu malaikat? Malaikat ialah hamba Tuhan. Seperti Tuhan, malaikat juga tidak dapat dilihat. Malaikat pertama yang diciptakan menjadi pembantu Yehuwa. Malaikat itu membantu Yehuwa menciptakan bintang-bintang, planet-planet, dan segala sesuatu yang lain. Antaranya ialah bumi, tempat tinggal kita yang indah.

Kemudian, Yehuwa menyediakan bumi untuk manusia dan binatang. Dia menyebabkan cahaya matahari menyinari bumi. Dia juga menciptakan gunung-ganang, lautan, dan sungai-sungai.

Seterusnya, apa yang dilakukan Yehuwa? Yehuwa berkata, “Aku akan mencipta rumput, tumbuh-tumbuhan, dan pokok.” Pelbagai jenis buah, sayur, dan bunga, mula tumbuh. Kemudian, Yehuwa menciptakan pelbagai jenis binatang. Ada yang dapat terbang, berenang, merangkak, dan merayap. Terdapat juga binatang yang kecil, seperti arnab, dan yang besar, seperti gajah. Apakah binatang kegemaran adik?

Kemudian, Yehuwa berkata kepada malaikat yang pertama, “Mari kita cipta manusia.” Manusia berbeza daripada binatang. Mereka dapat bercakap, ketawa, dan berdoa. Mereka juga dapat menghasilkan benda-benda lain. Manusia akan menjaga bumi dan semua binatang. Tahukah adik siapa manusia pertama yang diciptakan? Mari kita belajar dengan lebih lanjut.

“Pada mulanya, Tuhan menciptakan langit dan bumi.”​—Kejadian 1:1

Soalan: Siapakah Tuhan Yehuwa? Apakah yang telah diciptakan-Nya?

Kejadian 1:1-26; Amsal 8:30, 31; Yeremia 10:12; Kolose 1:15-17

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi