PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 22 ms. 56-ms. 57 per. 3
  • Mukjizat di Laut Merah

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mukjizat di Laut Merah
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Menyeberangi Laut Merah
    Buku Cerita Bible Saya
  • Tuhan Menyelamatkan Umat Israel
    Bible—Apakah Mesejnya?
  • Adakah Anda ‘Nampak Tuhan yang Tidak Kelihatan’?
    Menara Pengawal—2014
  • Musa Memilih untuk Menyembah Yehuwa
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 22 ms. 56-ms. 57 per. 3
Firaun dan askar-askarnya

CERITA 22

Mukjizat di Laut Merah

Tidak lama selepas orang Israel meninggalkan Mesir, Firaun mengubah fikirannya lagi. Dia berkata, “Sediakan semua kereta kuda! Mari kita kejar mereka! Kita tidak patut biarkan mereka pergi.” Firaun dan askar-askarnya mula mengejar orang Israel.

Pada siang hari, Yehuwa memimpin orang Israel dengan awan. Pada malam hari pula, Dia menggunakan api. Setibanya di Laut Merah, Yehuwa menyuruh mereka memasang khemah.

Tiba-tiba, orang Israel nampak Firaun dan askar-askarnya mengejar mereka. Tetapi mereka terperangkap di antara laut dengan askar Mesir. Mereka sangat risau lalu berkata kepada Musa, “Kita akan mati! Kamu tidak patut bawa kami keluar dari Mesir.” Tetapi Musa berkata, “Jangan takut. Tunggulah dan lihatlah bagaimana Yehuwa akan selamatkan kita.” Sememangnya, Musa sangat mempercayai Yehuwa!

Yehuwa menyuruh orang Israel untuk meneruskan perjalanan. Pada malam itu, Yehuwa memindahkan awan dan meletakkannya di antara askar Mesir dengan orang Israel. Kawasan askar Mesir terus menjadi gelap, tetapi kawasan orang Israel pula diterangi cahaya.

Yehuwa memberitahu Musa untuk menghulurkan tangannya ke arah laut. Kemudian, Yehuwa menyebabkan angin bertiup dengan kencang sepanjang malam. Selepas itu, air laut terbelah dan menjadi seperti dua dinding yang tinggi. Jutaan orang Israel menyeberangi laut itu melalui jalan yang kering.

Orang Israel berjalan di atas dasar laut yang kering di antara dua dinding air

Askar-askar Firaun masih mengejar mereka. Kemudian, Yehuwa mengelirukan askar-askar Firaun lalu menyebabkan roda kereta kuda mereka tercabut. Maka, askar-askar itu berteriak, “Mari kita lari! Yehuwa sedang membantu mereka.”

Selepas itu, Yehuwa memberitahu Musa, “Hulurkanlah tanganmu ke laut.” Lalu air laut jatuh menimpa askar Mesir. Akibatnya, Firaun dan semua askarnya mati. Tiada seorang pun yang selamat.

Orang Israel yang melihat kejadian itu menyanyikan lagu untuk memuji Tuhan, “Bernyanyilah untuk Yehuwa kerana Dia telah mendapat kemenangan yang cemerlang. Dia telah melemparkan kuda dan penunggangnya ke dalam laut.” Semasa mereka menyanyi, para wanita menari sambil memainkan tamborin. Semua orang berasa sangat gembira kerana sekarang mereka benar-benar bebas.

“Oleh itu, dengan penuh keberanian kita dapat berkata, ‘Yehuwa ialah penolongku; aku tidak akan berasa takut. Apakah yang dapat dilakukan manusia terhadapku?’”​—Ibrani 13:6

Soalan: Mengapakah orang Israel berasa takut semasa di Laut Merah? Bagaimanakah Yehuwa menyelamatkan mereka?

Keluaran 13:21–15:21; Nehemia 9:9-11; Mazmur 106:9-12; 136:11-15; Ibrani 11:29

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi