PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 23 ms. 60-ms. 61 per. 4
  • Janji Orang Israel kepada Yehuwa

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Janji Orang Israel kepada Yehuwa
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Yehuwa Memberikan Hukum-hukum-Nya
    Buku Cerita Bible Saya
  • Mereka Mungkir Janji
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Pokok yang Bernyala
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 23 ms. 60-ms. 61 per. 4
Umat Israel berdiri di kaki Gunung Sinai

CERITA 23

Janji Orang Israel kepada Yehuwa

Kira-kira dua bulan selepas meninggalkan Mesir, orang Israel tiba di Gunung Sinai. Di sana, mereka mula memasang khemah. Kemudian, Yehuwa menyuruh Musa naik ke gunung. Dia memberitahunya, “Aku telah menyelamatkan orang Israel. Jika mereka patuh dan melakukan segala perintah-Ku, mereka akan menjadi umat pilihan-Ku.” Selepas itu, Musa turun dari gunung dan memberitahu orang Israel segala yang dikatakan Yehuwa. Mereka pun menjawab, “Kami akan melakukan semua yang dikatakan Yehuwa.”

Musa naik lagi ke gunung, dan Yehuwa memberitahunya, “Dalam masa tiga hari, Aku akan bercakap kepada kamu. Beritahulah orang Israel supaya tidak naik ke Gunung Sinai.” Musa segera turun lalu menyuruh orang Israel untuk bersiap sedia kerana Yehuwa akan menyampaikan perintah-Nya kepada mereka.

Umat Israel telah melihat kilat dan awan yang tebal di atas Gunung Sinai

Pada hari ketiga, orang Israel nampak kilat dan awan tebal di atas gunung. Tiba-tiba, mereka mendengar bunyi trompet dan guruh yang kuat. Kemudian, Yehuwa turun ke atas gunung di dalam api. Seluruh Gunung Sinai bergoncang dan diliputi asap. Bunyi trompet pun semakin kuat. Orang Israel sangat takut. Selepas itu, Tuhan berkata, “Akulah Yehuwa. Kamu harus menyembah Aku saja.”

Apabila Musa naik semula ke Gunung Sinai, Yehuwa memberi Musa hukum-hukum-Nya. Hukum itu mengandungi perkara yang dibenci dan yang disukai Yehuwa serta cara untuk menyembah-Nya. Musa menulis semua hukum itu dan membacakannya kepada orang Israel. Mereka berjanji, “Kami akan melakukan semua yang dikatakan Yehuwa.” Ya, mereka telah berjanji kepada Tuhan, tetapi adakah mereka akan menepatinya?

“Kamu mesti mengasihi Yehuwa, Tuhanmu, dengan segenap hati, dengan segenap jiwa, dan dengan segenap akal.”​—Matius 22:37

Soalan: Apakah yang telah berlaku di Gunung Sinai? Apakah yang telah dijanjikan oleh umat Israel?

Keluaran 19:1–20:21; 24:1-8; Ulangan 7:6-9; Nehemia 9:13, 14

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi