PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 25 ms. 64-ms. 65 per. 3
  • Khemah Suci untuk Menyembah Tuhan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Khemah Suci untuk Menyembah Tuhan
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Hargai Penghormatan untuk Menyembah Yehuwa di Rumah Rohani-Nya
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
  • Khemah untuk Menyembah Tuhan
    Buku Cerita Bible Saya
  • Rangka Keluaran
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • “Bayangan kepada Perkara-Perkara Baik yang Akan Datang”
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2019
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 25 ms. 64-ms. 65 per. 3
Khemah suci dan halaman di sekelilingnya

CERITA 25

Khemah Suci untuk Menyembah Tuhan

Semasa di Gunung Sinai, Yehuwa telah menyuruh Musa untuk membina sebuah khemah istimewa yang dipanggil khemah suci. Orang Israel dapat menyembah Tuhan di khemah itu dan membawa khemah itu bersama mereka sepanjang perjalanan mereka.

Yehuwa berkata, “Suruhlah umat-Ku membawa sumbangan untuk membina khemah suci.” Maka, orang Israel memberikan emas, perak, tembaga, batu permata, dan barang kemas. Mereka juga memberikan kain bulu, kain linen, kulit binatang, dan banyak barang yang lain. Mereka sangat murah hati sehingga Musa berkata, “Cukuplah. Kamu tidak perlu bawa lagi.”

Orang Israel membawa sumbangan untuk menyokong pembinaan khemah suci

Banyak lelaki dan wanita membantu untuk membina khemah suci. Yehuwa memberi mereka kebijaksanaan. Ada yang menjahit, menenun, atau menyulam. Yang lain pula membuat kerja pembinaan dengan menggunakan batu, emas, dan kayu.

Orang Israel membina khemah suci itu mengikut perintah Yehuwa. Mereka menjahit tirai yang cantik untuk memisahkan dua bilik di dalam khemah itu, iaitu Bilik Maha Suci dan Bilik Suci. Di dalam Bilik Maha Suci, terdapat tabut perjanjian yang diperbuat daripada kayu akasia dan emas. Tabut perjanjian mengingatkan orang Israel bahawa mereka mesti menepati janji mereka untuk mentaati Yehuwa. Di dalam Bilik Suci pula, terdapat kaki pelita emas, meja, dan mazbah untuk membakar kemenyan. Di halaman khemah suci, terdapat besen tembaga dan mazbah yang besar.

Yehuwa memilih Harun dan anak-anak lelakinya untuk menjadi imam di khemah suci. Mereka harus menjaga khemah itu dan membakar korban untuk Yehuwa. Sekali setahun, Harun akan memasuki Bilik Maha Suci. Hanya dia yang dibenarkan untuk berbuat demikian kerana dia ialah imam agung. Di bilik itu, Harun akan mempersembahkan korban bagi dosanya sendiri, dosa keluarganya, dan dosa seluruh bangsa Israel.

Khemah suci siap dibina setahun selepas orang Israel meninggalkan Mesir. Sekarang, mereka mempunyai tempat untuk menyembah Yehuwa.

Yehuwa gembira melihat khemah suci itu, dan Dia meletakkan sekepul awan di atasnya. Jika awan itu berada di atas khemah suci, orang Israel akan terus berkhemah di tempat itu. Namun, sebaik sahaja awan itu naik, mereka akan segera berangkat. Mereka akan membawa khemah suci bersama mereka dan berjalan mengikut awan itu.

“Ketika itu, aku mendengar suara lantang yang berseru dari takhta itu, ‘Lihatlah! Khemah Tuhan ada bersama manusia, dan Dia akan tinggal bersama mereka dan mereka akan menjadi umat-Nya. Tuhan sendiri akan menyertai mereka.’”​—Wahyu 21:3

Soalan: Yehuwa meminta Musa untuk membina apa? Apakah tanggungjawab Harun dan anak-anak lelakinya?

Keluaran 25:1-9; 31:1-11; 40:33-38; Ibrani 9:1-7

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi