PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 30 ms. 76
  • Rahab Menyembunyikan Pengintip-Pengintip

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rahab Menyembunyikan Pengintip-Pengintip
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Rahab Percaya kepada Yehuwa
    Ajarlah Anak Anda
  • Rahab dan Pengintip-pengintip
    Buku Cerita Bible Saya
  • Tembok Yerikho
    Buku Cerita Bible Saya
  • Umat Israel Memasuki Negeri Kanaan
    Bible—Apakah Mesejnya?
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 30 ms. 76
Rahab melindungi pengintip-pengintip itu dengan menyuruh askar-askar pergi ke arah lain

CERITA 30

Rahab Menyembunyikan Pengintip-Pengintip

Semasa dua pengintip Israel pergi ke kota Yerikho, mereka tinggal di rumah seorang wanita yang bernama Rahab. Selepas mengetahui hal ini, raja Yerikho menghantar askar-askarnya ke rumah wanita itu. Rahab segera menyembunyikan dua pengintip itu di bumbung rumahnya dan memberitahu askar-askar bahawa pengintip itu sudah pergi dari situ. Kemudian, Rahab memberitahu dua pengintip itu, “Saya akan tolong kamu kerana saya tahu Yehuwa bersama kamu. Dia akan merampas negeri ini. Berjanjilah bahawa kamu akan menyelamatkan keluarga saya.”

Dua pengintip itu pun menjawab, “Baiklah. Kami berjanji. Ikatlah tali merah pada tingkap kamu, dan semua orang dalam rumah ini akan selamat.”

Rumah Rahab yang diikat dengan tali merah pada tingkapnya tidak dimusnahkan apabila tembok Yerikho runtuh

Selepas itu, dua pengintip itu menggunakan tali untuk turun melalui tingkap rumah Rahab. Mereka bersembunyi di kawasan pergunungan selama tiga hari sebelum mereka pulang. Kemudian, orang Israel menyeberangi Sungai Yordan dan bersedia untuk merampas negeri itu. Yehuwa menyuruh mereka untuk mengelilingi kota Yerikho, sekali sehari selama enam hari. Pada hari ketujuh, mereka mengelilingi kota itu sebanyak tujuh kali. Apabila para imam meniup trompet, semua askar berteriak dengan sekuat hati. Tiba-tiba, seluruh tembok kota itu roboh, kecuali rumah Rahab! Dia dan keluarganya selamat kerana dia percaya kepada Yehuwa.

“Demikian juga halnya dengan Rahab . . . Bukankah dia diterima sebagai orang yang berbuat benar kerana perbuatannya? Dia telah menyambut pengintip-pengintip dengan ramah dan menghantar mereka keluar melalui jalan lain.”​—Yakobus 2:25

Soalan: Mengapakah Rahab membantu dua pengintip itu? Bagaimanakah orang Israel menyerang kota Yerikho? Apakah yang berlaku kepada Rahab dan keluarganya?

Yosua 2:1-24; 6:1-27; Ibrani 11:30, 31; Yakobus 2:24-26

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi