PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 34 ms. 84-ms. 85 per. 2
  • Gideon Mengalahkan Orang Midian

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Gideon Mengalahkan Orang Midian
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Gideon dan 300 Orang Askarnya
    Buku Cerita Bible Saya
  • Para Penatua—Belajarlah daripada Contoh Gideon
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
  • Yehuwa​—Sahabat Karib Kita
    Menara Pengawal—2014
  • “Pergilah dengan Segenap Kekuatanmu”
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 34 ms. 84-ms. 85 per. 2
Gideon dan para askarnya meniup trompet, memecahkan bekas besar, mengangkat obor mereka, dan mula menjerit

CERITA 34

Gideon Mengalahkan Orang Midian

Lama-kelamaan, bangsa Israel meninggalkan Yehuwa lagi dan menyembah tuhan palsu. Selama tujuh tahun, orang Midian mencuri ternakan dan memusnahkan tanaman orang Israel. Oleh itu, orang Israel bersembunyi di dalam sebuah gua. Apabila mereka meminta bantuan Yehuwa, Dia menghantar satu malaikat kepada Gideon. Malaikat itu berkata kepada pemuda itu, “Yehuwa telah memilih kamu untuk menjadi pahlawan yang gagah.” Gideon bertanya, “Bagaimanakah saya dapat menyelamatkan orang Israel? Saya hanya orang biasa.”

Untuk memastikan bahawa Yehuwa telah memilihnya, Gideon meletakkan bulu bebiri di atas tanah lalu berkata kepada Yehuwa, “Pagi esok, biarlah bulu bebiri basah tetapi tanah tetap kering. Jika begitu, barulah saya tahu Engkau telah memilih saya untuk menyelamatkan Israel.” Pada keesokan pagi, Yehuwa telah mengabulkan permintaannya. Namun, Gideon meminta satu lagi tanda daripada Yehuwa. Kali ini, bulu bebiri haruslah kering, tetapi tanah menjadi basah. Itulah yang benar-benar terjadi! Maka, Gideon mengumpulkan askar-askarnya untuk berlawan dengan orang Midian.

Yehuwa memberitahu Gideon, “Aku akan pastikan agar orang Israel menang. Tetapi askarmu terlalu banyak dan kamu mungkin fikir kamu menang kerana usaha sendiri. Suruhlah mereka yang takut untuk pulang.” Jadi, 22,000 askar pulang dan hanya 10,000 yang tinggal. Yehuwa berkata lagi, “Jumlah itu masih banyak. Suruhlah askarmu minum air dari sungai. Pilihlah askar yang minum sambil berjaga-jaga.” Akhirnya, hanya 300 askar yang dipilih. Yehuwa berjanji bahawa mereka akan mengalahkan 135,000 askar Midian.

Pada malam itu, Yehuwa memberitahu Gideon, “Sekaranglah masanya untuk menyerang!” Gideon memberi askar-askarnya trompet dan bekas besar yang berisi obor. Dia berkata, “Lihatlah saya, dan buatlah seperti yang saya lakukan.” Gideon meniup trompet, memecahkan bekas besar itu, dan mengangkat obornya lalu menjerit, “Pedang Yehuwa dan pedang Gideon!” Semua askarnya pun melakukan hal yang sama. Askar Midian ketakutan dan berlari lintang-pukang, lalu mula menyerang satu sama lain. Sekali lagi, Yehuwa membantu orang Israel mengalahkan musuh-musuh mereka.

Askar Midian yang ketakutan

“Kuasa luar biasa yang kami miliki berasal daripada Tuhan dan bukannya daripada kami sendiri.”​—2 Korintus 4:7

Soalan: Bagaimanakah Yehuwa menunjukkan bahawa Dia telah memilih Gideon? Mengapakah askar-askar Gideon hanya berjumlah 300 orang?

Hakim-Hakim 6:1-16; 6:36–7:25; 8:28

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi