PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 36 ms. 88-ms. 89 per. 1
  • Janji Yefta

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Janji Yefta
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Janji Yefta
    Buku Cerita Bible Saya
  • Dia Gembirakan Ayahnya dan Yehuwa
    Ajarlah Anak Anda
  • Orang yang Setia Diperkenankan Tuhan
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Yefta—Seorang Lelaki yang Berfikiran Rohani
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 36 ms. 88-ms. 89 per. 1
Yefta mengoyakkan bajunya apabila dia melihat anak perempuannya keluar untuk menyambutnya

CERITA 36

Janji Yefta

Sekali lagi, orang Israel mula menyembah tuhan-tuhan palsu. Tetapi tuhan-tuhan itu tidak dapat membantu mereka apabila mereka diserang oleh orang Ammon. Akibatnya, mereka menderita selama bertahun-tahun. Akhirnya, mereka merayu kepada Yehuwa, “Kami sudah berdosa. Selamatkanlah kami daripada musuh kami.” Kemudian orang Israel memusnahkan patung-patung mereka lalu menyembah Yehuwa semula. Yehuwa tidak sanggup melihat mereka terus menderita.

Jadi, Yehuwa memilih Yefta untuk mengetuai angkatan tentera Israel dan berperang dengan orang Ammon. Yefta berkata kepada Yehuwa, “Jika Engkau membantu kami untuk menang, saya berjanji untuk memberi Engkau orang pertama yang keluar dari rumah untuk menyambut saya.” Yehuwa mendengar doa Yefta dan membantunya untuk menang dalam peperangan itu.

Apabila Yefta pulang ke rumahnya, orang pertama yang menyambutnya ialah anak tunggalnya. Dia menari-nari sambil bermain tamborin. Apakah yang dilakukan oleh Yefta? Dia ingat akan janjinya lalu berkata, “Aduhai anakku! Hancurlah hatiku! Ayah telah berjanji kepada Yehuwa. Jadi ayah perlu menepatinya dan menghantar kamu ke khemah suci di Silo.” Kemudian anak perempuannya berkata, “Jika ayah telah berjanji kepada Yehuwa, ayah harus tepatinya. Tetapi, berilah saya masa dua bulan supaya saya dapat pergi ke kawasan pergunungan bersama dengan kawan-kawan perempuan saya. Selepas itu, saya akan pergi ke Silo.” Anak perempuan Yefta berkhidmat dengan setia di khemah suci Yehuwa sepanjang hidupnya. Setiap tahun, sahabat-sahabatnya melawatnya di Silo.

Kawan-kawan anak Yefta melawatnya di khemah suci

“Sesiapa yang lebih mengasihi anak lelaki atau anak perempuannya daripada aku, tidak layak menjadi muridku.”​—Matius 10:37

Soalan: Apakah janji yang dibuat oleh Yefta? Apakah reaksi anak perempuan Yefta semasa mengetahui janji ayahnya?

Hakim-Hakim 10:6–11:11, 29-40; 1 Samuel 12:10, 11

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi