PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 40 ms. 98-ms. 99 per. 1
  • Daud dan Goliat

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Daud dan Goliat
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • ‘Yehuwa Sentiasa Menang dalam Peperangan’
    Menara Pengawal (Umum)—2016
  • Daud dan Goliat
    Buku Cerita Bible Saya
  • Daud Tidak Takut
    Ajarlah Anak Anda
  • Orang Israel Menuntut Seorang Raja
    Bible—Apakah Mesejnya?
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 40 ms. 98-ms. 99 per. 1
Daud melontarkan sebiji batu ke arah Goliat

CERITA 40

Daud dan Goliat

Yehuwa memberitahu Samuel, “Pergilah ke rumah Isai. Salah seorang anaknya akan menjadi raja Israel.” Selepas melihat anak sulung Isai, Samuel yakin bahawa dialah lelaki yang dipilih oleh Yehuwa. Tetapi Yehuwa memberitahu Samuel bahawa dia bukanlah orangnya. Yehuwa berkata, “Aku tidak melihat rupa luaran sahaja, tetapi melihat hati orang.”

Samuel melantik Daud

Isai memanggil enam orang anak lelakinya yang lain, tetapi Samuel berkata, “Mereka bukan pilihan Yehuwa. Ini sajakah anak-anakmu?” Isai berkata, “Masih ada lagi yang bongsu. Dia sedang menjaga biri-biri.” Apabila Daud pulang, Yehuwa segera memberitahu Samuel, “Dialah orangnya!” Samuel pun menuangkan minyak ke atas kepala Daud untuk menunjukkan bahawa dia dipilih sebagai raja Israel.

Goliat

Pada suatu hari, orang Israel berperang dengan orang Filistin. Seorang gergasi yang bernama Goliat asyik mengejek orang Israel. Dia menjerit, “Pilihlah seorang askar untuk melawan saya! Jika dia menang, kami akan jadi hamba kamu. Tapi jika saya menang, kamu akan jadi hamba kami.”

Apabila Daud menghantar makanan kepada abang-abangnya di khemah askar Israel, dia terdengar sindiran Goliat lalu berkata, “Saya akan melawan dia!” Raja Saul pun berkata, “Tapi kamu masih muda.” Namun, Daud menjawab, “Yehuwa pasti menolong saya.”

Raja Saul hendak memberikan baju perangnya kepada Daud tetapi Daud berkata, “Saya tidak biasa pakai ini.” Kemudian, Daud pergi ke sebatang sungai kecil untuk memilih lima biji batu yang licin dan memasukkannya ke dalam kantung. Apabila Goliat melihat Daud berlari ke arahnya, dia menjerit, “Mari sini! Biar saya jadikan kamu makanan untuk burung dan binatang liar.” Dengan berani, Daud menjawab, “Kamu melawan saya dengan pedang dan tombak. Tetapi saya melawan kamu demi nama Yehuwa. Kamu bukannya menentang kami, tetapi menentang Tuhan. Dia akan menyerahkan kamu semua ke dalam tangan kami. Semua orang akan tahu bahawa Yehuwa lebih berkuasa daripada tombak atau pedang.”

Dengan sekuat hati, Daud melontarkan sebiji batu menggunakan ali-alinya. Yehuwa membantu Daud supaya batu itu terkena tepat pada dahi Goliat lalu dia rebah ke tanah dan mati. Setelah melihat hal itu, orang Filistin segera melarikan diri. Seperti Daud, adakah adik percaya kepada Yehuwa?

“Hal ini mustahil bagi manusia, tetapi tidak mustahil bagi Tuhan kerana tidak ada apa-apa yang mustahil bagi-Nya.”​—Markus 10:27

Soalan: Siapakah yang dipilih oleh Yehuwa untuk menjadi raja Israel yang seterusnya? Bagaimanakah Daud mengalahkan Goliat?

1 Samuel 16:1-13; 17:1-54

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi