PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 50 ms. 120-ms. 121 per. 5
  • Yehuwa Membantu Yehosafat

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Yehuwa Membantu Yehosafat
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Yosafat Percaya pada Yehuwa
    Buku Cerita Bible Saya
  • Rangka 2 Tawarikh
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • Belajarlah daripada Contoh Masa Silam
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
  • Pupuk Pandangan Yehuwa terhadap Orang Lain
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2023
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 50 ms. 120-ms. 121 per. 5
Semasa keluar dari Yerusalem, Raja Yehosafat dengan para penyanyi daripada suku Lewi berkawat di hadapan angkatan tentera

CERITA 50

Yehuwa Membantu Yehosafat

Raja Yehuda, iaitu Yehosafat, telah memusnahkan patung berhala dan mazbah Baal di Israel. Selain itu, dia juga menghantar para pegawainya dan orang Lewi ke seluruh Yehuda untuk mengajar orang tentang hukum-hukum Yehuwa.

Bangsa-bangsa lain takut akan Yehuda kerana mereka tahu bahawa Yehuwa menyertai umat-Nya. Mereka juga membawa hadiah untuk Raja Yehosafat. Tetapi, orang Moab, orang Ammon, dan orang dari kawasan Seir, ingin menyerang Yehuda. Yehosafat sedar bahawa dia memerlukan bantuan Yehuwa. Maka, dia menyuruh para lelaki, wanita, dan kanak-kanak, untuk berkumpul di Yerusalem. Di hadapan rakyat, Yehosafat berdoa, “Yehuwa, kami tidak dapat menang tanpa-Mu. Beritahulah apa yang harus kami lakukan.”

Kemudian, Yehuwa menjawab, “Janganlah takut. Aku akan bantumu. Ambillah tempat kamu masing-masing, berdirilah dengan tegak, dan lihatlah bagaimana Aku akan selamatkan kamu.” Bagaimanakah Yehuwa menyelamatkan mereka?

Pada keesokan paginya, Yehosafat memilih beberapa orang penyanyi dan mengarahkan mereka untuk berkawat di hadapan para askar. Mereka berkawat dari Yerusalem sampai ke Tekoa.

Semasa para penyanyi memuji Yehuwa dengan lagu, Yehuwa berperang demi umat-Nya. Dia mengelirukan tentera Ammon dan Moab sehingga mereka mula menyerang satu sama lain. Akhirnya, tiada seorang pun terselamat. Tetapi, orang Yehuda, termasuk para askar dan imam, telah dilindungi oleh Yehuwa. Apabila orang dari negeri-negeri lain mendengar tentang hal ini, mereka sedar bahawa Yehuwalah yang membantu umat-Nya. Bagaimanakah Yehuwa menyelamatkan umat-Nya? Dia dapat berbuat demikian melalui banyak cara, dan Dia tidak memerlukan bantuan daripada sesiapa pun.

“Kamu tidak perlu bertempur. Ambillah tempat kamu masing-masing, berdirilah dengan tegak, dan lihatlah bagaimana Yehuwa menyelamatkan kamu.”​—2 Tawarikh 20:17

Soalan: Adakah Yehosafat seorang raja yang baik? Jelaskan. Bagaimanakah Yehuwa melindungi Yehuda?

2 Tawarikh 17:1-19; 20:1-30

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi