PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 51 ms. 124-ms. 125 per. 2
  • Pahlawan Siria dan Gadis Israel

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Pahlawan Siria dan Gadis Israel
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Gadis Membantu Lelaki yang Berkuasa
    Buku Cerita Bible Saya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 51 ms. 124-ms. 125 per. 2
Naaman mencari Elisa untuk disembuhkan

CERITA 51

Pahlawan Siria dan Gadis Israel

Di Siria, terdapat seorang gadis yang berasal dari Israel. Dia diambil oleh askar Siria, dan sekarang, dia berada jauh daripada keluarganya. Dia bekerja sebagai hamba kepada isteri seorang ketua askar yang bernama Naaman. Gadis itu menyembah Yehuwa, tetapi orang di sekelilingnya menyembah tuhan yang lain.

Naaman menghidap sejenis penyakit kulit yang teruk. Jadi, gadis itu mahu membantu Naaman. Dia memberitahu isteri Naaman, “Seorang lelaki di Israel boleh sembuhkan suami puan. Dia ialah nabi Yehuwa yang bernama Elisa.”

Isteri Naaman memberitahu suaminya tentang hal itu. Naaman sudi mencuba apa sahaja supaya dia dapat sembuh. Jadi, dia pun bertolak ke rumah Elisa di Israel. Setibanya di situ, Naaman menyangka bahawa dia akan dilayan dengan istimewa. Tetapi, Elisa langsung tidak berjumpa dengannya. Sebaliknya, Elisa menyuruh hambanya untuk menyampaikan pesanan ini: “Pergi dan mandi sebanyak tujuh kali di Sungai Yordan, dan kamu akan sembuh.”

Naaman berasa sangat kecewa dan berkata, “Saya fikir nabi itu akan panggil nama Tuhannya dan sembuhkan saya secara mukjizat. Tapi, dia suruh saya pergi ke sungai di Israel pula. Bukankah sungai kita di Siria lebih baik? Mengapa kita tidak pergi ke sana saja?” Dengan marah, Naaman meninggalkan rumah Elisa.

Naaman mandi di Sungai Yordan lalu disembuhkan

Tetapi, hamba-hamba Naaman mencuba untuk mengubah fikirannya. Mereka berkata, “Bukankah tuan sudi cuba pelbagai jenis rawatan? Arahan nabi ini mudah saja. Tuan, cubalah dulu.” Naaman pun setuju lalu pergi ke Sungai Yordan dan membenamkan dirinya sebanyak tujuh kali. Apabila dia keluar dari air, penyakitnya telah disembuhkan. Alangkah gembiranya dia! Naaman pun berjumpa dengan Elisa untuk mengucapkan terima kasih kepadanya. Dia berkata, “Sekarang barulah saya tahu bahawa Yehuwalah Tuhan yang benar.” Bagi adik, apakah perasaan gadis Israel itu apabila melihat Naaman sudah sembuh?

“Engkau menyebabkan mulut kanak-kanak dan bayi mengucapkan pujian kepada-Mu.”​—Matius 21:16

Soalan: Pada pendapat adik, adakah senang bagi gadis Israel untuk bercakap kepada isteri Naaman? Apakah yang membantunya menjadi berani?

2 Raja-Raja 5:1-19; Lukas 4:27

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi