PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 52 ms. 126-ms. 127 per. 1
  • Tentera Yehuwa yang Berapi

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tentera Yehuwa yang Berapi
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Elisa Nampak Kereta Kuda Berapi​—Anda Pula?
    Menara Pengawal—2013
  • Rangka 2 Raja-Raja
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • Yang Menyertai Kita Lebih Banyak daripada yang Menyertai Mereka
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2022
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 52 ms. 126-ms. 127 per. 1
Elisa dan pembantunya dikepung oleh tentera Siria

CERITA 52

Tentera Yehuwa yang Berapi

Raja Siria, iaitu Ben-hadad, asyik menyerang Israel. Tetapi, sebelum setiap serangan itu, Elisa memberikan amaran supaya raja Israel dapat melarikan diri. Selepas mengetahui hal ini, Ben-hadad ingin menculik Elisa. Semasa Elisa berada di Dotan, Ben-hadad mengutus tentera Siria untuk menangkapnya.

Tentera Siria tiba di Dotan pada waktu malam. Pada keesokan pagi, pembantu Elisa bangun lalu pergi ke luar. Dia nampak kota itu dikepung oleh banyak askar. Dia menjadi takut dan menjerit, “Elisa, apa yang harus kita lakukan?” Elisa menjawab, “Sebenarnya, yang menyertai kita lebih banyak daripada yang menyertai mereka.” Kemudian, Yehuwa membuka mata pembantu Elisa, dan dia melihat kawasan pergunungan yang penuh dengan kuda-kuda dan kereta kuda yang berapi.

Elisa dan pembantunya melihat tentera Yehuwa di sekeliling mereka

Apabila tentera Siria ingin menangkap Elisa, dia segera berdoa, “Yehuwa, butakanlah mata mereka.” Tiba-tiba, tentera Siria berasa keliru. Biarpun mereka dapat melihat, mereka tidak tahu di mana mereka berada. Elisa pun berkata, “Kamu berada di kota yang salah. Ikutlah saya. Saya akan bawa kamu kepada lelaki yang kamu cari itu.” Mereka pun mengikut Elisa ke Samaria, iaitu tempat tinggal raja Israel.

Setelah tiba di Samaria, barulah tentera Siria sedar akan apa yang telah berlaku. Apabila raja Israel melihat mereka, dia bertanya kepada Elisa, “Patutkah beta membunuh mereka?” Adakah Elisa menggunakan peluang ini untuk membalas dendam? Tidak. Elisa berkata, “Jangan bunuh mereka. Berilah mereka makanan dan hantarlah mereka pulang.” Jadi, raja pun mengadakan sebuah jamuan yang besar untuk tentera Siria sebelum mereka pulang.

Tentera Siria makan dan minum di Samaria

“Inilah keyakinan kita terhadap Tuhan: Jika kita memohon apa sahaja yang selaras dengan kehendak-Nya, Dia mendengarkan kita.”​—1 Yohanes 5:14

Soalan: Bagaimanakah Yehuwa melindungi Elisa dan pembantunya? Adakah adik percaya bahawa Yehuwa akan melindungi adik juga?

2 Raja-Raja 6:8-24

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi