PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 55 ms. 132
  • Malaikat Yehuwa Melindungi Hizkia

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Malaikat Yehuwa Melindungi Hizkia
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Tuhan Membantu Raja Hizkia
    Buku Cerita Bible Saya
  • Pemimpin-Pemimpin yang Paling Kuat​—Maknanya bagi Kita Hari Ini
    Menara Pengawal—2013
  • Hizkia Diberkati kerana Imannya
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 55 ms. 132
Satu malaikat menyerang perkhemahan askar-askar Assyria

CERITA 55

Malaikat Yehuwa Melindungi Hizkia

Kerajaan Assyria telah menawan kerajaan Israel yang terdiri daripada 10 suku. Sekarang, raja Assyria, iaitu Sanherib, ingin menyerang kerajaan Yehuda yang terdiri daripada dua suku. Dia menawan kota-kota Yehuda satu demi satu. Kota yang paling diinginkannya ialah Yerusalem. Tetapi, Sanherib tidak tahu bahawa Yerusalem sebenarnya dilindungi oleh Yehuwa.

Hizkia, iaitu raja Yehuda, memberikan banyak wang kepada Sanherib supaya dia tidak menyerang Yerusalem. Sanherib mengambil wang itu. Tetapi dia masih juga menghantar pasukan tenteranya yang kuat untuk menyerang Yerusalem. Rakyat kota itu sangat takut kerana askar Assyria semakin menghampiri kota mereka. Hizkia memberitahu mereka, “Jangan takut. Orang Assyria memang kuat, tapi Yehuwa akan menjadikan kita lebih kuat daripada mereka.”

Sanherib mengutus seorang pegawainya untuk mengejek rakyat Yerusalem. Pegawai itu berdiri di luar kota dan berkata dengan suara yang kuat, “Yehuwa tidak dapat tolong kamu! Jangan tertipu dengan Hizkia. Tiada tuhan yang dapat melindungi kamu daripada kami.”

Jadi, Hizkia pun meminta bantuan Yehuwa. Yehuwa berkata kepadanya, “Janganlah takut kerana kata-kata pegawai Assyria itu. Sanherib tidak dapat menawan Yerusalem.” Kemudian, Hizkia menerima beberapa pucuk surat daripada Sanherib. Surat itu menyatakan, “Menyerah sajalah. Yehuwa tidak dapat selamatkan kamu.” Hizkia pun berdoa, “Ya Yehuwa, selamatkanlah kami supaya semua orang tahu bahawa Engkaulah Tuhan yang benar.” Yehuwa menjawab, “Raja Assyria tidak akan memasuki kota Yerusalem. Aku akan melindungi kota Aku.”

Sanherib sangat yakin bahawa dia dapat menawan Yerusalem. Tetapi, pada malam itu juga, Yehuwa menghantar satu malaikat ke perkhemahan askar Assyria di luar kota Yerusalem. Malaikat itu membunuh 185,000 orang askar! Oleh sebab askar-askar Assyria yang kuat telah mati, Raja Sanherib terpaksa mengalah dan pulang ke kotanya. Yehuwa telah melindungi Hizkia dan Yerusalem, seperti yang dijanjikan-Nya. Jika adik berada di Yerusalem, adakah adik akan percaya kepada Yehuwa?

“Malaikat Yehuwa melindungi orang yang takut akan Tuhan, dan dia menyelamatkan mereka.”​—Mazmur 34:7

Soalan: Bagaimanakah Yehuwa melindungi Yerusalem? Dapatkah Yehuwa melindungi adik juga?

2 Raja-Raja 17:1-6; 18:13-37; 19:1-37; 2 Tawarikh 32:1-23

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi