PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 80 ms. 188-ms. 189 per. 1
  • Yesus Memilih Dua Belas Orang Rasul

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Yesus Memilih Dua Belas Orang Rasul
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Yesus Memilih 12 Orang Rasul
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Yesus Mengajar di Atas Bukit
    Buku Cerita Bible Saya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 80 ms. 188-ms. 189 per. 1
Yesus dan 12 orang rasulnya

CERITA 80

Yesus Memilih Dua Belas Orang Rasul

Selepas menginjil selama setahun setengah, Yesus perlu membuat keputusan yang penting. Siapakah yang akan bekerja bersamanya? Siapakah yang akan dilatihnya untuk memimpin sidang Kristian? Untuk membuat keputusan ini, Yesus ingin mendapatkan bimbingan Yehuwa. Jadi, dia pergi ke sebuah gunung dan berdoa sepanjang malam. Pada keesokan pagi, dia memanggil pengikutnya dan memilih 12 orang rasul. Ingatkah adik siapa nama mereka? Mereka ialah Petrus, Andreas, Yakobus, Yohanes, Filipus, Bartolomeus, Tomas, Matius, Yakobus anak Alfeus, Tadius, Simon, dan Yudas Iskariot.

Andreas, Petrus, Filipus, Yakobus

Andreas, Petrus, Filipus, Yakobus

Mereka akan mengikut Yesus ke mana sahaja dia pergi. Selepas melatih mereka, Yesus menyuruh mereka untuk menginjil. Yehuwa juga memberi mereka kuasa untuk menghalau roh-roh jahat dan menyembuhkan orang yang sakit.

Yohanes, Matius, Bartolomeus, Tomas

Yohanes, Matius, Bartolomeus, Tomas

Orang Farisi menganggap para rasul sebagai orang yang tidak berpendidikan. Tetapi, Yesus tidak berfikir begitu. Dia mempercayai mereka dan menganggap mereka sebagai sahabatnya. Dia juga memberikan latihan kepada mereka. Mereka akan bersama Yesus pada saat yang penting dalam kehidupannya. Contohnya, sebelum kematian Yesus, dan selepas dia dibangkitkan. Seperti Yesus, kebanyakan daripada mereka berasal dari Galilea. Ada antara mereka yang sudah berkahwin.

Yakobus anak Alfeus, Yudas Iskariot, Tadius, Simon

Yakobus anak Alfeus, Yudas Iskariot, Tadius, Simon

Para rasul tidak sempurna dan melakukan kesilapan. Kadangkala, mereka bercakap tanpa berfikir, membuat keputusan yang salah, dan tidak menunjukkan kesabaran. Mereka pernah bertengkar tentang siapa yang lebih penting. Namun, mereka ialah orang yang baik dan mereka mengasihi Yehuwa. Mereka akan menjadi ahli sidang Kristian yang pertama dan memainkan peranan yang penting selepas Yesus pergi.

“Aku memanggil kamu sahabat-sahabatku kerana aku sudah memberitahu kamu segala yang telah aku dengar daripada Bapaku.”​—Yohanes 15:15

Soalan: Siapakah yang dipilih oleh Yesus sebagai 12 orang rasulnya? Apakah kerja yang diberikan Yesus kepada mereka?

Matius 10:1-10; Markus 3:13-19; 10:35-40; Lukas 6:12-16; Yohanes 15:15; 20:24, 25; Kisah 2:7; 4:13; 1 Korintus 9:5; Efesus 2:20-22

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi