PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 85 ms. 198-ms. 199 per. 2
  • Yesus Menyembuhkan Orang pada Hari Sabat

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Yesus Menyembuhkan Orang pada Hari Sabat
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Orang Farisi Menyoal Lelaki yang Dahulunya Buta
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Yesus Menyembuhkan Seorang Lelaki yang Dilahirkan Buta
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Apakah yang Boleh Dilakukan pada Hari Sabat?
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Memetik Bulir Gandum pada Hari Sabat
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 85 ms. 198-ms. 199 per. 2
Orang Farisi menyoal seorang lelaki yang dahulunya buta

CERITA 85

Yesus Menyembuhkan Orang pada Hari Sabat

Orang Farisi membenci Yesus dan ingin menangkapnya. Mereka berkata bahawa Yesus tidak patut menyembuhkan orang pada hari Sabat. Pernah sekali, Yesus terjumpa seorang lelaki yang buta sedang mengemis. Yesus memberitahu pengikutnya, “Lihat bagaimana kuasa Tuhan membantu orang ini.” Kemudian, dia mencampurkan tanah dengan ludahnya, lalu menyapukan campuran itu pada mata lelaki tersebut. Yesus berkata kepadanya, “Basuhlah mata kamu di Kolam Siloam.” Selepas mengikut arahan Yesus, lelaki itu dapat melihat buat kali pertama.

Semua orang terkejut lalu berkata, “Adakah dia lelaki yang selalu meminta sedekah atau adakah orang ini hanya mirip dengan dia?” Lelaki itu menjawab, “Sayalah lelaki yang buta itu!” Mereka bertanya, “Mengapa kamu dapat melihat?” Lelaki itu pun menceritakan apa yang berlaku. Selepas itu, mereka membawanya kepada orang Farisi.

Lelaki itu berkata kepada orang Farisi, “Yesus menyapukan sesuatu pada mata saya dan menyuruh saya untuk pergi basuh mata. Kemudian, saya dapat melihat.” Orang Farisi berkata, “Yesus sembuhkan orang pada hari Sabat. Maksudnya kuasa dia bukan daripada Tuhan.” Tetapi orang lain berkata, “Jika kuasanya bukan daripada Tuhan, tidak mungkin dia dapat sembuhkan orang!”

Orang Farisi memanggil ibu bapa lelaki itu dan bertanya, “Mengapakah anak kamu dapat melihat sekarang?” Ibu bapa lelaki itu tahu bahawa orang Farisi akan menghalau orang dari rumah ibadat jika mereka percaya kepada Yesus. Jadi, mereka berasa takut. Mereka menjawab, “Kami tidak tahu. Tanyalah dia.” Orang Farisi asyik menyoal lelaki yang disembuhkan itu. Maka, dia berkata, “Saya sudah beritahu segalanya. Kenapa kamu masih tanya?” Orang Farisi naik marah lalu menghalaunya dari sana.

Kemudian, Yesus mencari lelaki itu dan bertanya kepadanya, “Adakah kamu beriman kepada Mesias?” Lelaki itu menjawab, “Sudah pasti, jika saya tahu siapa Mesias.” Yesus berkata, “Sayalah Mesias.” Bukankah Yesus sangat baik hati? Dia tidak hanya menyembuhkan lelaki itu tetapi membantunya untuk beriman.

“Kamu sudah silap kerana kamu tidak mengetahui Ayat-Ayat Suci ataupun kuasa Tuhan.”​—Matius 22:29

Soalan: Bagaimanakah Yesus membantu lelaki yang buta itu? Mengapakah orang Farisi membenci Yesus?

Yohanes 9:1-41

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi