PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 87 ms. 204-ms. 205 per. 3
  • Perjamuan Yesus yang Terakhir

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Perjamuan Yesus yang Terakhir
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Perjamuan Malam Tuan
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Bilik di Tingkat Atas
    Buku Cerita Bible Saya
  • ‘Lakukanlah Hal Ini untuk Mengenang Aku’
    Menara Pengawal—2013
  • Yesus Merayakan Paska Buat Kali Terakhir
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 87 ms. 204-ms. 205 per. 3
Yesus memperkenalkan Perjamuan Malam Tuan kepada 11 orang rasulnya yang setia

CERITA 87

Perjamuan Yesus yang Terakhir

Setiap tahun, orang Yahudi merayakan Paska pada 14 hari bulan Nisan. Perayaan ini mengingatkan mereka tentang cara Yehuwa menyelamatkan mereka dari Mesir dan membawa mereka ke Tanah yang Dijanjikan. Pada tahun 33 M, Yesus dan para rasul menyambut Paska di sebuah bilik di Yerusalem. Pada akhir jamuan itu, Yesus berkata, “Salah seorang daripada kamu akan mengkhianati saya.” Para rasul terkejut lalu bertanya, “Siapakah orang itu?” Yesus menjawab, “Dialah orang yang akan menerima roti yang saya berikan ini.” Kemudian, Yesus memberikan roti kepada Yudas Iskariot. Yudas pun meninggalkan bilik itu dengan segera.

Kemudian Yesus berdoa, memecahkan roti, lalu memberikannya kepada para rasul. Dia berkata, “Makanlah. Roti ini melambangkan tubuh saya yang akan diserahkan demi kamu.” Selepas berdoa lagi, dia memberikan wain kepada mereka dan berkata, “Minumlah. Wain ini melambangkan darah saya yang akan dicurahkan supaya dosa manusia dapat diampunkan. Saya berjanji bahawa kamu akan menjadi raja bersama saya di syurga. Buatlah begini setiap tahun untuk mengingati saya.” Hari ini, para pengikut Yesus masih berkumpul dan melakukan hal yang sama setiap tahun. Kini, perjamuan itu dipanggil sebagai Perjamuan Malam Tuan.

Selepas makan, para rasul bertengkar tentang siapa yang paling hebat. Jadi, Yesus berkata, “Orang yang paling hebat ialah orang yang menganggap dirinya paling muda dan paling tidak penting.”

“Kamu ialah sahabat saya. Jadi, saya memberitahu kamu segala yang ingin disampaikan oleh Bapa saya. Tidak lama lagi, saya akan pergi kepada Bapa saya di syurga, tetapi kamu akan tinggal di sini. Kamu mesti saling mengasihi sebagaimana saya mengasihi kamu. Dengan itu, orang akan tahu bahawa kamu pengikut saya.”

Akhirnya, Yesus berdoa agar Yehuwa melindungi semua pengikutnya dan membantu mereka untuk bekerjasama dengan damai. Dia juga berdoa agar nama Yehuwa disucikan. Selepas menyanyikan pujian kepada Yehuwa, Yesus dan para rasul meninggalkan tempat itu. Masanya hampir tiba bagi Yesus untuk ditangkap.

“Hai kawanan kecil, janganlah takut, kerana Bapa kamu berkenan untuk memberi kamu Kerajaan-Nya.”​—Lukas 12:32

Soalan: Apakah yang dijanjikan Yesus kepada para rasul? Apakah nasihat penting yang disampaikan Yesus semasa perjamuannya yang terakhir?

Matius 26:20-30; Lukas 22:14-26; Yohanes 13:1, 2, 26, 30, 34, 35; 15:12-19; 17:3-26

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi