PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 97 ms. 226-ms. 227 per. 2
  • Kornelius Menerima Kuasa Suci Tuhan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kornelius Menerima Kuasa Suci Tuhan
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Petrus Mengunjungi Kornelius
    Buku Cerita Bible Saya
  • “Tuhan Tidak Berat Sebelah”
    ‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
  • Seperti Petrus, Janganlah Berputus Asa!
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
  • Dia Belajar Pengampunan daripada Tuannya
    Tirulah Iman Mereka
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 97 ms. 226-ms. 227 per. 2
Kornelius menyambut Petrus ke rumahnya

CERITA 97

Kornelius Menerima Kuasa Suci Tuhan

Kornelius ialah pegawai tentera Roma yang tinggal di Kaisarea. Orang Yahudi menghormatinya walaupun dia berbangsa lain. Dia murah hati dan suka membantu orang. Kornelius percaya kepada Yehuwa dan sering berdoa kepada-Nya. Pada suatu hari, satu malaikat memberitahu Kornelius, “Tuhan telah mendengar doamu. Hantarlah orang ke kota Yope untuk menjemput Petrus datang.” Kornelius pun mengutus tiga orang ke Yope, yang terletak kira-kira 50 kilometer ke arah selatan.

Di Yope, Petrus mendapat satu penglihatan. Dalam penglihatan itu, suatu suara menyuruhnya untuk memakan binatang yang tidak boleh dimakan oleh orang Yahudi. Tetapi Petrus berkata, “Saya tidak pernah makan binatang yang kotor.” Namun, suara itu berkata, “Jangan anggap binatang-binatang ini kotor. Tuhan sudah menyucikannya.” Suara itu berkata lagi, “Ada tiga orang di luar rumah kamu. Ikutlah mereka.” Petrus pun berjumpa dengan tiga orang itu. Mereka memberitahunya, “Kami dihantar oleh Kornelius, seorang pegawai tentera Roma. Dia menjemput kamu ke rumahnya di Kaisarea.” Pada malam itu, mereka tinggal di rumah Petrus. Keesokan paginya, Petrus dan beberapa saudara dari Yope berangkat ke Kaisarea.

Apabila Kornelius melihat Petrus, dia terus berlutut. Tetapi, Petrus berkata, “Bangunlah. Saya hanya manusia seperti kamu. Tuhan suruh saya pergi ke rumahmu walaupun orang Yahudi tidak patut masuk ke rumah orang bukan Yahudi. Beritahulah mengapa kamu mencari saya.”

Kornelius berkata, “Empat hari lalu, semasa saya sedang berdoa, satu malaikat menyuruh saya untuk mencari kamu. Ajarlah kami tentang firman Yehuwa.” Petrus berkata, “Sekarang barulah saya faham bahawa Tuhan tidak berat sebelah. Dia menerima sesiapa saja yang ingin menyembah-Nya.” Petrus juga mengajar mereka banyak perkara mengenai Yesus. Kemudian kuasa suci Tuhan dicurahkan ke atas Kornelius dan mereka yang ada bersamanya. Selepas itu, mereka semua dibaptis.

“Orang daripada bangsa apa pun yang takut kepada [Tuhan] dan berbuat benar diperkenankan-Nya.”​—Kisah 10:35

Soalan: Mengapakah Petrus enggan memakan binatang-binatang yang dianggap kotor? Mengapakah Yehuwa menyuruh Petrus untuk pergi ke rumah orang bukan Yahudi?

Kisah 10:1-48

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi