PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 98 ms. 228-ms. 229 per. 1
  • Ajaran Kristian Tersebar ke Banyak Tempat

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Ajaran Kristian Tersebar ke Banyak Tempat
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • “Dipenuhi Sukacita dan Kuasa Suci Tuhan”
    ‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
  • ‘Dengan Kuasa Yehuwa, Mereka Bercakap dengan Berani’
    ‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
  • Timotius—Pembantu Baru Paulus
    Buku Cerita Bible Saya
  • “Menguatkan Sidang-Sidang”
    ‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 98 ms. 228-ms. 229 per. 1
Rasul Paulus dan Barnabas menginjil kepada Sergius Paulus, gabenor daerah Siprus

CERITA 98

Ajaran Kristian Tersebar ke Banyak Tempat

Para rasul mengikut perintah Yesus untuk menyebarkan berita baik. Pada tahun 47 M, para saudara di Antiokhia mengutus Paulus dan Barnabas untuk menginjil. Mereka pergi ke kawasan di Asia Kecil, seperti Derbe, Listra, dan Ikonium.

Mereka menginjil kepada semua orang, tidak kira yang miskin, kaya, tua, atau muda. Banyak orang menerima ajaran tentang Kristus. Apabila mereka menginjil kepada gabenor Siprus, iaitu Sergius Paulus, seorang ahli sihir cuba menghalang mereka. Paulus berkata kepada ahli sihir itu, “Yehuwa akan hukum kamu.” Ahli sihir itu terus menjadi buta. Setelah melihat hal itu, Gabenor Sergius mula percaya kepada Yehuwa.

Paulus dan Barnabas menginjil dari rumah ke rumah, di pasar, di rumah ibadat, dan di mana sahaja. Selepas mereka menyembuhkan seorang lelaki yang lumpuh di Listra, orang berfikir bahawa mereka ialah tuhan dan mula menyembah mereka. Paulus dan Barnabas menghalang mereka dan berkata, “Kami hanya orang biasa. Sembahlah Tuhan saja!” Tiba-tiba, beberapa orang Yahudi menghasut orang untuk menentang Paulus. Mereka membaling batu ke arah Paulus sehingga dia hampir mati lalu meninggalkannya di luar kota. Namun, Paulus masih hidup. Para saudara segera datang untuk menyelamatkannya. Kemudian, Paulus pergi ke Antiokhia.

Pada tahun 49 M, Paulus membuat perjalanan buat kali kedua. Selepas melawat sidang di Asia Kecil, dia pergi ke Eropah. Dia pergi ke Atena, Efesus, Filipi, Tesalonika, dan tempat yang lain. Silas, Lukas, dan seorang pemuda bernama Timotius, juga mengikutnya. Mereka menubuhkan sidang dan meneguhkan saudara saudari di sana. Selama setahun setengah, Paulus membantu rakan seiman di Korintus. Dia menginjil, mengajar orang, dan menulis surat kepada banyak sidang. Dia juga membuat khemah untuk menyara hidupnya. Selepas beberapa waktu, dia kembali ke Antiokhia.

Rasul Paulus menginjil di pasar

Pada tahun 52 M, Paulus membuat perjalanannya yang ketiga. Mula-mula, dia melawat Asia Kecil. Selama beberapa tahun, dia mengajar dan menyembuhkan orang serta membantu sidang Efesus. Setiap hari, dia memberikan ceramah di dewan sebuah sekolah. Ramai orang mendengar apa yang disampaikannya dan mengubah hidup mereka. Kemudian, Paulus melawat Filipi dan Korintus. Akhirnya, dia pergi ke Yerusalem.

“Pergilah kepada semua bangsa dan jadikanlah mereka pengikutku.”​—Matius 28:19

Soalan: Berdasarkan peta dalam Bible (Terjemahan Dunia Baharu, Lampiran B13), dapatkah adik melihat laluan yang digunakan Paulus untuk menginjil?

Kisah 13:1–23:35

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi