BAHAGIAN TIGA
‘Aku Akan Mengumpulkan Kamu’—Pemulihan Ibadat Sejati Dijanjikan
ISI UTAMA: Nubuat Yehezkiel tentang pemulihan ibadat sejati
Bangsa Israel berpecah belah akibat kemurtadan yang berlaku. Mereka sedang merana kerana telah mencemari ibadat sejati dan mencela nama Tuhan. Biarpun begitu, Yehuwa memberi Yehezkiel beberapa nubuat yang mengandungi harapan. Dengan menggunakan gambaran yang jelas dan penglihatan yang luar biasa, Yehuwa menguatkan para tawanan di Babilon dan semua orang yang menantikan masanya ibadat sejati dipulihkan.