PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • rr ms. 25
  • Memahami Nubuat Yehezkiel

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Memahami Nubuat Yehezkiel
  • Ibadat Sejati kepada Yehuwa Akhirnya Dipulihkan!
  • Bahan yang Berkaitan
  • Sepucuk Surat daripada Badan Pimpinan
    Ibadat Sejati kepada Yehuwa Akhirnya Dipulihkan!
  • Ringkasan Buku Yehezkiel
    Ibadat Sejati kepada Yehuwa Akhirnya Dipulihkan!
  • “Akhirmu Sudah Tiba”
    Ibadat Sejati kepada Yehuwa Akhirnya Dipulihkan!
  • Cara Yehuwa Membantu Kita Melaksanakan Kerja Penyebaran
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
Lihat Selanjutnya
Ibadat Sejati kepada Yehuwa Akhirnya Dipulihkan!
rr ms. 25
Kolaj: Memahami Nubuat Yehezkiel. 1. Penglihatan: Seorang lelaki yang berkilauan seperti tembaga sedang memegang tali linen dan kayu pengukur. 2. Perumpamaan: Periuk di atas api. 3. Lakonan: Yehezkiel membina tembok di sekeliling sebuah bata.

KOTAK MAKLUMAT 2A

Memahami Nubuat Yehezkiel

APAKAH ITU NUBUAT?

Dalam Bible, perkataan Ibrani na·vaʼʹ, diterjemahkan sebagai “bernubuat,” dan merujuk kepada perbuatan mengisytiharkan mesej, penghakiman, ajaran, atau perintah daripada Tuhan. Perkataan ini juga boleh bermaksud mengumumkan perkhabaran daripada Tuhan tentang apa yang bakal berlaku. Nubuat Yehezkiel merangkumi semua aspek itu.​—Yeh. 3:10, 11; 11:4-8; 14:6, 7; 37:9, 10; 38:1-4.

CARA DISAMPAIKAN

  • Seorang lelaki yang berkilauan seperti tembaga sedang memegang tali linen dan kayu pengukur.

    PENGLIHATAN

  • Periuk di atas api.

    PERUMPAMAAN

  • Yehezkiel membina tembok di sekeliling sebuah bata.

    LAKONAN

Buku Yehezkiel mengandungi penglihatan, perumpamaan, cerita kiasan, dan nubuat-nubuat yang dilakonkan oleh Yehezkiel.

BAGAIMANA MENJADI KENYATAAN

Sesetengah nubuat Yehezkiel menjadi kenyataan lebih daripada satu kali. Sebagai contoh, nubuat-nubuat tentang pemulihan ibadat sejati telah menjadi kenyataan semasa umat Tuhan kembali ke Tanah yang Dijanjikan. Tetapi seperti yang dibincangkan dalam Bab 9 buku ini, banyak nubuat itu juga menjadi kenyataan pada hari ini dan akan menjadi kenyataan pada masa hadapan.

Pada masa dahulu, kita menganggap sesetengah aspek dalam nubuat Yehezkiel, contohnya orang, objek, tempat, atau peristiwa tertentu selalunya mengandungi isi tersirat yang melambangkan atau menggambarkan sesuatu. Namun maklumat sedemikian tidak akan dibincangkan dalam buku ini, kecuali jika Bible sendiri menyebutnya dengan jelas.a Sebaliknya buku ini menunjukkan bagaimana banyak nubuat Yehezkiel akan menjadi kenyataan dalam skala yang lebih besar. Kita juga akan mengkaji pengajaran yang dapat diraih daripada mesej Yehezkiel, dan daripada orang, tempat, dan peristiwa yang disebut olehnya.

Kembali ke bab 2, perenggan 30

a Untuk maklumat lanjut, lihat Menara Pengawal, 15 Mac 2015, ms. 9-11, per. 7-12; dan “Pertanyaan Pembaca,” ms. 17-18 dalam majalah yang sama.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi