KOTAK MAKLUMAT 2B
Yehezkiel—Kehidupan Dan Peristiwa Pada Zamannya
Nama Yehezkiel bermaksud “Tuhan Menguatkan.” Meskipun nubuat-nubuatnya mengandungi banyak amaran daripada Tuhan, secara keseluruhan mesejnya adalah selaras dengan maksud namanya kerana dia menguatkan iman orang yang ingin menjalankan ibadat sejati.
NABI-NABI SEZAMAN DENGANNYA
YEREMIA
merupakan keturunan imam, dan sebahagian besar khidmatnya dijalankan di Yerusalem (647-580 SM)
HULDA
berkhidmat semasa kitab Hukum Musa dijumpai di Rumah Tuhan sekitar 642 SM
DANIEL,
berasal daripada suku Yehuda (raja-raja berasal daripada suku ini). Dia dibawa ke Babilon pada 617 SM
HABAKUK
mungkin berkhidmat di Yehuda pada awal pemerintahan Yehoyakim
OBAJA
menubuatkan penghakiman terhadap Edom mungkin sekitar masa Yerusalem dibinasakan
BILAKAH MEREKA BERNUBUAT? (SEMUA TARIKH SM)
PERISTIWA PENTING PADA ZAMAN YEHEZKIEL (SEMUA TARIKH SM)
±643: Lahir
617: Dibawa sebagai tawanan ke Babilon
613: Mula bernubuat; mendapat penglihatan daripada Yehuwa
612: Mendapat penglihatan tentang kemurtadan di Rumah Tuhan
611: Mendedahkan kejahatan Yerusalem
609: Isterinya meninggal dan Yerusalem dikepung buat kali terakhir
607: Mendengar tentang kemusnahan Yerusalem
593: Mendapat penglihatan tentang Rumah Tuhan
591: Menubuatkan bahawa Nebukadnezar akan menyerang Mesir; buku Yehezkiel disiapkan
RAJA-RAJA YEHUDA DAN BABILON
659-629: Yosia berusaha memulihkan ibadat sejati tetapi dia dibunuh semasa berperang melawan Firaun Nekho
628: Raja Yehoahas yang jahat telah memerintah selama tiga bulan, dan akhirnya dia ditawan oleh Firaun Nekho
628-618: Yehoyakim ialah raja yang jahat, dan dia memerintah di bawah kuasa Firaun Nekho
625: Nebukadnezar mengalahkan tentera Mesir
620: Nebukadnezar menyerang Yehuda buat kali pertama dan melantik Yehoyakim sebagai raja di Yerusalem yang memerintah di bawah kuasanya
618: Yehoyakim memberontak terhadap Nebukadnezar. Yehoyakim mungkin meninggal semasa Babilon menyerang Tanah yang Dijanjikan buat kali kedua
617: Yehoyakhin, juga dikenali sebagai Yekhonya, ialah raja yang jahat. Dia memerintah selama tiga bulan dan kemudiannya menyerah kalah kepada Nebukadnezar
617-607: Zedekia ialah seorang raja yang jahat dan tidak berpendirian. Dia dipilih untuk memerintah di bawah kuasa Nebukadnezar
609: Zedekia memberontak terhadap Nebukadnezar. Kemudiannya Nebukadnezar menyerang Yehuda buat kali ketiga
607: Nebukadnezar memusnahkan Yerusalem, menangkap Zedekia, membutakan matanya, dan membawanya ke Babilon