KOTAK MAKLUMAT 9E
“Masanya Tiba untuk Memulihkan Semua Perkara”
KISAH 3:21
Semasa Rasul Petrus menyebut tentang ‘masa untuk memulihkan semua perkara,’ dia sedang merujuk kepada jangka masa yang bermula dari masa Yesus ditabalkan sebagai Raja sehingga hujung Pemerintahan Seribu Tahun Kristus.
1914—Yesus Kristus ditabalkan sebagai Raja di syurga. Pemulihan rohani umat Tuhan bermula pada 1919
Hari-Hari Terakhir
ARMAGEDON—Pemerintahan Seribu Tahun Kristus bermula. Kerja pemulihan yang dilakukan Kristus akan merangkumi berkat-berkat jasmani bagi manusia yang setia di bumi
Pemerintahan Seribu Tahun Kristus
AKHIR SERIBU TAHUN—Yesus selesai melakukan kerja pemulihan. Dia menyerahkan Kerajaan itu kepada Bapanya
Firdaus
SEMASA PEMERINTAHAN YESUS, . . .
nama Tuhan akan dimuliakan
orang sakit akan disembuhkan
orang tua akan menjadi muda
orang mati akan dibangkitkan
manusia setia akan menjadi sempurna
bumi akan menjadi Firdaus