PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • rr ms. 166
  • Adik-Beradik yang Merupakan Pelacur

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adik-Beradik yang Merupakan Pelacur
  • Ibadat Sejati kepada Yehuwa Akhirnya Dipulihkan!
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Adakah Mereka Melambangkan Agama Kristian Palsu?
  • Ringkasan Pemahaman yang Dikemaskinikan
    Ibadat Sejati kepada Yehuwa Akhirnya Dipulihkan!
  • “Aku Akan Menghentikan Pelacuranmu”
    Ibadat Sejati kepada Yehuwa Akhirnya Dipulihkan!
  • Adakah Yerusalem Melambangkan Agama Kristian Palsu?
    Ibadat Sejati kepada Yehuwa Akhirnya Dipulihkan!
Ibadat Sejati kepada Yehuwa Akhirnya Dipulihkan!
rr ms. 166
Ohola dan Oholiba, adik-beradik yang merupakan pelacur.

KOTAK MAKLUMAT 15A

Adik-Beradik yang Merupakan Pelacur

Yehezkiel bab 23 mencatatkan kutukan terhadap umat Tuhan kerana mereka tidak setia. Bab ini mempunyai banyak persamaan dengan Yehezkiel bab 16. Contohnya, kedua-dua bab ini menggunakan gambaran seorang pelacur. Yerusalem digambarkan sebagai adik kepada Samaria. Kedua-dua bab ini juga menjelaskan bagaimana si adik mula mengikut jejak kakaknya dan melakukan pelacuran, tetapi perbuatannya jauh lebih jahat dan keji berbanding kakaknya. Dalam bab 23, Yehuwa memberikan nama Ohola kepada si kakak yang melambangkan Samaria (ibu kota kerajaan 10 suku Israel). Adiknya pula diberi nama Oholiba, yang melambangkan Yerusalem (ibu kota Yehuda).a​—Yeh. 23:1-4.

Selain itu, Ohola dan Oholiba digambarkan sebagai isteri Yehuwa yang kemudiannya berlaku curang. Tetapi, kedua-dua bab ini mengandungi harapan bahawa Tuhan akan menerima mereka kembali. Biarpun hal ini tidak begitu jelas dinyatakan di bab 23, kata-kata dalam bab itu mirip dengan bab 16 yang menyingkapkan bahawa Dia akan memulihkan mereka. Yehuwa berfirman, “Aku akan menghentikan perbuatan maksiatmu dan pelacuranmu.”​—Yeh. 16:16, 20, 21, 37, 38, 41, 42; 23:4, 11, 22, 23, 27, 37.

Adakah Mereka Melambangkan Agama Kristian Palsu?

Dahulu, bahan bacaan kita menjelaskan bahawa Ohola dan Oholiba melambangkan agama Kristian palsu, terutamanya dua aliran utama, iaitu Katolik dan Protestan. Selepas berdoa dan mengkaji hal ini dengan mendalam, kita sedar bahawa pemahaman ini menimbulkan beberapa persoalan. Adakah agama Kristian palsu digambarkan sebagai isteri Yehuwa? Pernahkah mereka terikat dalam perjanjian dengan Tuhan? Tidak! Semasa Yesus menjadi perantara dalam “perjanjian baharu” dengan Israel rohani, iaitu kaum terurap, agama Kristian palsu belum wujud. (Yer. 31:31; Luk. 22:20) Jadi, sudah pasti mereka bukan sebahagian daripada Israel rohani. Mereka mula wujud pada abad keempat Masihi, lama selepas kematian para rasul, dan digambarkan sebagai “lalang” dalam perumpamaan Yesus.​—Mat. 13:24-30.

Perhatikan juga hal ini: Yehuwa memberi Yerusalem dan Samaria peluang untuk dipulihkan. (Yeh. 16:41, 42, 53-55) Adakah agama Kristian palsu mempunyai harapan yang sama? Tidak! Mereka akan mengalami kesudahan yang sama seperti agama lain dalam Babilon Besar.

Kesimpulannya, Ohola dan Oholiba tidak melambangkan agama Kristian palsu. Walaupun demikian, kisah mereka mengajar kita tentang perasaan Yehuwa terhadap orang yang mencela nama-Nya dan piawaian-Nya untuk ibadat sejati. Agama Kristian palsu menanggung dosa yang besar dalam hal ini kerana mereka menganggap diri sebagai wakil Tuhan yang benar. Mereka juga mengaku Yesus sebagai ketua mereka tetapi mengajarkan bahawa Yesus ialah sebahagian daripada Tritunggal. Selain itu, mereka melanggar perintahnya untuk mengasingkan diri daripada dunia. (Yoh. 15:19) Tidak dapat dinafikan bahawa agama Kristian palsu memang sebahagian daripada “pelacur besar” itu kerana mereka menyembah berhala dan melibatkan diri dalam hal politik. (Why. 17:1) Akibatnya, mereka akan dimusnahkan bersama agama-agama palsu yang lain!

Kembali ke bab 15, perenggan 16, 17

a Nama Ohola bermaksud ‘Khemah Ibadatnya.’ Nampaknya nama ini diberikan kerana orang Israel membina pusat ibadat sendiri dan tidak menggunakan Rumah Tuhan di Yerusalem. Oholiba bermaksud ‘Khemah Ibadat-Ku Di Dalamnya’ kerana Rumah Tuhan ada di Yerusalem.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi