PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • rr ms. 204
  • Sungai yang Membawa Berkat Yehuwa

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Sungai yang Membawa Berkat Yehuwa
  • Ibadat Sejati kepada Yehuwa Akhirnya Dipulihkan!
  • Bahan yang Berkaitan
  • ‘Ke Mana Sahaja Air Itu Mengalir Akan Ada Kehidupan’
    Ibadat Sejati kepada Yehuwa Akhirnya Dipulihkan!
  • “Gambarkanlah Rumah Itu”
    Ibadat Sejati kepada Yehuwa Akhirnya Dipulihkan!
  • “Inilah Hukum Rumah Tuhan”
    Ibadat Sejati kepada Yehuwa Akhirnya Dipulihkan!
  • Kereta Kuda dan Mahkota yang Melindungi Anda
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
Lihat Selanjutnya
Ibadat Sejati kepada Yehuwa Akhirnya Dipulihkan!
rr ms. 204
Sebatang sungai.

KOTAK MAKLUMAT 19A

Sungai yang Membawa Berkat Yehuwa

Terdapat beberapa ayat Bible yang menggunakan perkataan “sungai” dan “air” untuk menggambarkan berkat-berkat Yehuwa. Ayat-ayat itu amat menggalakkan kita. Melalui ayat-ayat berikut, apakah yang kita pelajari tentang cara Yehuwa memberkati umat-Nya?

YOEL 3:18 Nubuat ini menunjukkan bahawa mata air akan mengalir dari Rumah Yehuwa dan mengairi seluruh “Lembah Akasia” yang kering. Perhatikan bahawa Yoel dan Yehezkiel melihat air yang berasal dari Rumah Tuhan dan aliran itu membawa kehidupan.

ZAKHARIA 14:8 Zakharia melihat “air kehidupan” yang mengalir dari Yerusalem, iaitu kota Yehuwa, “Raja yang agung.” (Mat. 5:35) Separuh daripada air ini mengalir ke laut di sebelah timur, atau Laut Mati, dan separuh lagi mengalir ke laut di sebelah barat, iaitu Laut Mediterranean. Penglihatan ini mengingatkan kita bahawa Yehuwa akan memerintah seluruh bumi pada masa depan. Selain itu, sungai yang mengalir ke bahagian timur dan barat merujuk kepada dua kumpulan orang yang akan diberkati Yehuwa. Kumpulan pertama ialah orang yang akan selamat mengharungi kesengsaraan besar, dan yang kedua ialah orang yang akan dibangkitkan di Firdaus.

WAHYU 22:1, 2 Penglihatan Yohanes ini mirip dengan penglihatan Yehezkiel. Tetapi terdapat satu perbezaan, iaitu sungai dalam penglihatan Yohanes mengalir dari takhta Yehuwa dan bukannya dari Rumah Tuhan. Nampaknya, penglihatan ini menunjukkan berkat-berkat yang akan dinikmati semasa Pemerintahan Seribu Tahun Kristus, seperti yang ditonjolkan dalam nubuat Zakharia.

Perhatikan juga bahawa penglihatan-penglihatan ini menunjukkan bahawa semua berkat berasal daripada Yehuwa dan akan dicurahkan ke atas manusia yang setia.

MAZMUR 46:4 Ayat ini menggambarkan sebatang sungai yang aliran-alirannya menggembirakan “kota milik Tuhan” dan “khemah suci milik Tuhan Yang Maha Tinggi.” Nampaknya, “kota milik Tuhan” merujuk kepada pemerintahan Yehuwa dan “khemah suci milik Tuhan Yang Maha Tinggi” pula merujuk kepada ibadat sejati.

Ayat-ayat ini meyakinkan kita bahawa Yehuwa akan memberkati umat manusia dalam dua cara. Kita akan meraih manfaat yang berkekalan daripada (1) pemerintahan-Nya dan (2) aturan-Nya untuk ibadat sejati. Semoga kita bertekad sekarang untuk minum “air kehidupan” daripada Yehuwa dan Yesus agar kita dapat hidup selama-lamanya!​—Yoh. 4:10; Yer. 2:13.

Kembali ke bab 19, perenggan 4

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi