PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • th pelajaran 6 ms. 9
  • Penggunaan Ayat Bible Dijelaskan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Penggunaan Ayat Bible Dijelaskan
  • Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Bahan yang Berkaitan
  • Memperkenalkan Ayat Bible dengan Baik
    Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Kata-Kata Penutup yang Berkesan
    Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Menjelaskan Nilai Praktikal
    Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Meningkatkan Pengetahuan Hadirin
    Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
Lihat Selanjutnya
Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
th pelajaran 6 ms. 9

PELAJARAN 6

Penggunaan Ayat Bible Dijelaskan

Ayat rujukan Bible

Yohanes 10:33-36

RINGKASAN: Jangan sekadar membaca ayat Bible dan terus beralih kepada isi yang seterusnya. Pastikan pendengar dapat melihat kaitan antara ayat yang dibaca dengan isi yang anda huraikan.

CARA MELAKUKANNYA:

  • Tonjolkan kata kunci. Selepas membaca ayat Bible, tonjolkan perkataan yang berkaitan dengan isi utama anda. Anda boleh mengulangi perkataan itu atau menanyakan soalan yang menghalakan perhatian pendengar kepada kata kunci itu.

    Tip

    Jika anda menggunakan kata-kata yang berbeza untuk mengungkapkan isi sebuah ayat Bible, pastikan pendengar masih dapat mengaitkan kata-kata dalam ayat itu dengan isi utama anda.

  • Tekankan isi penting. Jika anda telah menyebut tujuan sebuah ayat Bible dibacakan semasa memperkenalkannya, jelaskan bagaimana kata kunci dalam ayat itu menyokong tujuan yang anda sebutkan.

    Tip

    Semasa menghuraikan ayat, biarlah Bible anda terus terbuka. Dengan itu, pendengar akan melihat kaitan antara kata-kata anda dengan ayat yang dibaca tadi.

  • Pastikan penjelasan anda mudah. Jangan bincangkan butiran yang tidak menyokong isi utama. Fikirkan apa yang sudah diketahui pendengar tentang topik anda. Kemudian, tentukan jumlah maklumat yang diperlukan untuk membuat penerangan anda jelas dan mudah difahami.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi