PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lff pelajaran 9 poin 1-7
  • Hampiri Tuhan melalui Doa

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Hampiri Tuhan melalui Doa
  • Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • KETAHUILAH
  • RINGKASAN
  • JOM BELAJAR
  • Doa—Penghormatan yang Istimewa
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Mendekati Tuhan Melalui Doa
    Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita?
  • Menghampiri Tuhan Melalui Doa
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Hargailah Penghormatan untuk Berdoa!
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
Lihat Selanjutnya
Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
lff pelajaran 9 poin 1-7
Pelajaran 9. Seorang wanita berdoa seorang diri.

PELAJARAN 09

Hampiri Tuhan melalui Doa

Edisi Cetak
Edisi Cetak
Edisi Cetak

Pernahkah anda berdoa untuk meminta bimbingan, kelegaan, jawapan kepada soalan yang penting, dan menghampiri Tuhan? Dapatkah doa membantu anda? Sudah pasti! Tapi, adakah Tuhan mendengar semua doa? Apakah cara yang betul untuk berdoa? Apakah yang perlu anda lakukan supaya Tuhan mendengar doa anda? Pelajaran ini akan menjawab semua soalan itu.

1. Kita harus berdoa kepada siapa, dan apakah yang boleh kita doakan?

Yesus mengajar kita untuk berdoa kepada ‘Bapa kita yang di syurga.’ (Matius 6:9) Semasa di bumi, dia juga berdoa kepada Yehuwa. Doa dapat kuatkan persahabatan kita dengan Yehuwa.

Kita boleh berdoa tentang apa-apa sahaja. Tetapi, apakah yang harus kita ingat jika kita mahu Tuhan menjawab doa kita? Bible kata, “Apa sahaja yang selaras dengan kehendak [Tuhan], Dia mendengarkan kita.” (1 Yohanes 5:14) Yesus mengajar kita apa yang boleh kita doakan. (Baca Matius 6:9-13.) Kita boleh berdoa tentang keperluan kita, namun jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuhan dan berdoa bagi orang lain.

2. Bagaimanakah kita harus berdoa?

Bible kata, “Curahkanlah isi hatimu kepada [Tuhan].” (Mazmur 62:8) Maka, doa kita haruslah ikhlas dari hati. Kita boleh berdoa di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Yehuwa akan mendengar doa kita yang diucapkan dalam hati atau dengan bersuara. Kita boleh berdoa sambil duduk atau berdiri. Yang penting kita berdoa dalam cara yang hormat.

3. Bagaimanakah Yehuwa menjawab doa kita?

Dia menjawab doa kita dalam pelbagai cara. Satu cara adalah melalui Bible. Dengan membaca Bible, kita boleh mendapat jawapan kepada soalan kita. Bible dapat “membantu orang yang tidak berpengalaman menjadi bijak.” (Mazmur 19:7, nota kaki; baca Yakobus 1:5.) Yehuwa juga dapat memberi kita ketenangan hati semasa menghadapi masalah. Selain itu, Yehuwa dapat gunakan umat-Nya untuk membantu kita.

KETAHUILAH

Belajar bagaimana doa-doa anda dapat diterima oleh Tuhan dan apa manfaat berdoa.

4. Cara untuk berdoa agar didengari Tuhan

Apakah yang menentukan sama ada Tuhan mendengar doa kita atau tidak? Mainkan VIDEO.

VIDEO: Adakah Tuhan Mendengar Semua Doa?​—Sedutan (2:42)

Yehuwa mahu kita berdoa kepada-Nya. Baca Mazmur 65:2, kemudian bincang soalan berikut:

  • Adakah anda rasa “Pendengar doa” mahu anda berdoa kepada-Nya? Mengapa?

Kita mesti patuh kepada Tuhan jika kita mahu doa kita didengari-Nya. Baca Mikha 3:4 dan 1 Petrus 3:12, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah yang dapat kita lakukan supaya Yehuwa mendengar doa kita?

Semasa perang, kedua-dua pihak berdoa untuk mendapat kemenangan. Anda rasa Tuhan akan jawab doa siapa?

5. Tuhan mahu kita meluahkan perasaan kita semasa berdoa

Sesetengah orang diajar untuk menghafal doa atau mengulangi kata-kata yang sama semasa berdoa. Tapi, adakah Yehuwa mahu kita berdoa dalam cara ini? Baca Matius 6:7, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah anda dapat memastikan anda tidak “mengulangi kata-kata yang sama” semasa berdoa?

Setiap hari, fikirkan satu berkat yang anda terima dan berdoa untuk ucapkan syukur atas berkat itu. Jika anda melakukannya selama seminggu, anda dapat berdoa tentang tujuh hal yang berbeza.

Seorang budak lelaki bercakap dengan ibu bapanya.

Bapa yang penyayang mahu anaknya bercakap dari hati. Yehuwa juga mahu kita beritahu Dia perasaan kita dengan ikhlas

6. Doa ialah hadiah daripada Tuhan

Bagaimanakah doa dapat membantu kita, terutamanya semasa menghadapi kesusahan? Mainkan VIDEO.

VIDEO: Doa Bantu Kita Bertabah (1:32)

Bible kata doa dapat memberi kita ketenangan. Baca Filipi 4:6, 7, kemudian bincang soalan berikut:

  • Walaupun masalah kita tidak hilang selepas berdoa, bagaimanakah doa dapat membantu?

  • Apakah yang ingin anda doakan?

Tahukah anda?

Perkataan “amin” bermaksud “semoga begitu” atau “pasti.” Sejak zaman Bible, “amin” digunakan pada akhir doa.​—1 Tawarikh 16:36.

7. Luangkan masa untuk berdoa

Kadangkala, kita begitu sibuk sehingga kita lupa untuk berdoa. Seberapa pentingkah doa bagi Yesus? Baca Matius 14:23 dan Markus 1:35, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah Yesus mencari masa untuk berdoa kepada Yehuwa?

  • Bilakah anda dapat berdoa?

Kolaj: Seorang wanita berdoa pada masa yang berbeza. 1. Pada waktu pagi. 2. Bersama anak-anaknya. 3. Di tempat kerja. 4. Sebelum makan.

ADA ORANG KATA: “Doa langsung tidak membantu. Tuhan tidak menjawab doa saya.”

  • Apakah yang akan anda kata?

RINGKASAN

Apabila kita berdoa dari hati, kita dapat mendekati Tuhan. Kita juga mendapat ketenangan hati dan kekuatan untuk mematuhi Yehuwa.

Ulang Kaji

  • Kita harus berdoa kepada siapa?

  • Bagaimanakah kita harus berdoa?

  • Apakah manfaat doa?

Matlamat

JOM BELAJAR

Dapatkan jawapan kepada soalan-soalan tentang doa.

“Tujuh Perkara Anda Perlu Tahu tentang Doa” (Menara Pengawal, 1 Oktober 2010)

Ketahui mengapa kita harus berdoa dan cara untuk menjadikan doa kita lebih bermakna.

“Mengapakah Saya Harus Berdoa?” (Rencana di laman web)

Selain Tuhan, patutkah kita berdoa kepada orang lain? Bacalah jawapannya dalam rencana ini.

“Patutkah Saya Berdoa kepada Santo-Santo?” (Rencana di laman web)

Semasa menonton video muzik ini, perhatikan bila dan di mana kita boleh berdoa.

Berdoalah Sentiasa (1:22)

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi