PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lff pelajaran 12
  • Belajarlah Bible Tanpa Putus Asa!

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Belajarlah Bible Tanpa Putus Asa!
  • Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • KETAHUILAH
  • RINGKASAN
  • JOM BELAJAR
  • Bagaimanakah Bible Dapat Membantu Anda?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Bagaimanakah Bible Dapat Membantu Anda?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Mari Belajar Bible
  • Adakah Anda Bersedia untuk Dibaptis?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Pandangan Bible tentang Kerja dan Wang
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Lihat Selanjutnya
Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
lff pelajaran 12
Pelajaran 12. Seorang ibu yang mempunyai dua anak belajar Bible dengan seorang Saksi.

PELAJARAN 12

Belajarlah Bible Tanpa Putus Asa!

Edisi Cetak
Edisi Cetak
Edisi Cetak

Banyak orang menikmati pembelajaran Bible mereka dan mendapat manfaat daripadanya. Tapi kadangkala cabaran mungkin timbul dan membuat mereka berfikir, “Patutkah saya terus belajar Bible?” Dalam pelajaran ini, kita akan bincang mengapa usaha anda untuk terus belajar Bible sangat berbaloi dan apa yang dapat membantu anda untuk tidak putus asa.

1. Apakah manfaat belajar Bible?

“Firman Tuhan itu hidup [dan] berkuasa.” (Ibrani 4:12) Bimbingan dan nasihat daripada Bible sangat berkuasa dan dapat mengubah hidup anda. Melalui Bible, anda dapat tahu fikiran Yehuwa dan perasaan-Nya terhadap anda. Selain itu, anda dapat memperoleh pengetahuan, menjadi bijak, dan mempunyai harapan dalam hidup. Yang terpenting, anda dapat menjadi sahabat Yehuwa.

2. Mengapakah penting untuk merenungkan betapa bernilainya kebenaran Bible?

Kebenaran Bible adalah seperti harta karun yang sangat bernilai. Itulah sebabnya Bible kata, “Belilah kebenaran dan jangan menjualnya.” (Amsal 23:23, nota kaki) Apabila kita merenungkan betapa bernilainya kebenaran Bible, hal itu akan mendorong kita untuk tidak putus asa dan terus belajar Bible walaupun menghadapi kesusahan.​—Baca Amsal 2:4, 5.

3. Bagaimanakah Yehuwa membantu anda supaya tidak putus asa?

Sebagai Pencipta dan Sahabat anda, Yehuwa mahu membantu anda untuk terus belajar tentang-Nya. Dia dapat memberi anda “keinginan dan kekuatan untuk bertindak.” (Baca Filipi 2:13.) Jika anda kurang semangat untuk belajar Bible atau rasa susah untuk menerapkan apa yang dipelajari, Dia dapat membantu menguatkan tekad anda. Jika anda ditentang, Yehuwa juga dapat memberi anda kekuatan. Maka ingatlah untuk selalu berdoa kepada Yehuwa agar anda dapat terus belajar Bible.​—1 Tesalonika 5:17.

KETAHUILAH

Lihatlah bagaimana anda dapat terus belajar Bible walaupun anda sibuk atau menghadapi tentangan. Kemudian, belajar bagaimana Yehuwa membantu anda untuk tidak putus asa.

4. Utamakan pembelajaran Bible anda

Kadangkala kita begitu sibuk sehingga kita rasa kita tiada masa untuk belajar Bible. Apakah nasihat Bible yang dapat membantu? Baca Filipi 1:10, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah “perkara-perkara yang lebih penting” dalam hidup anda?

  • Bagaimanakah anda dapat mengutamakan pembelajaran Bible?

A. Kolaj: Gambar menunjukkan bekas dengan batu dan pasir. 1. Timbunan pasir dan batu-batu besar. 2. Bekas yang hampir penuh dengan pasir. 3. Batu-batu besar diletakkan di atas pasir dan beberapa ketul batu tidak dapat muat dalam bekas. B. Kolaj: 1. Timbunan pasir dan batu-batu besar yang sama. 2. Bekas yang hampir penuh dengan batu-batu besar. 3. Pasir dimasukkan ke dalam bekas. Hanya sedikit pasir yang tidak dapat muat.
  1. Jika anda menuangkan pasir ke dalam bekas kemudian letakkan batu, batu-batu itu tidak akan muat

  2. Jika anda letak batu-batu terlebih dahulu kemudian tuangkan pasir, anda akan berjaya muatkan hampir semuanya. Begitu juga, jika anda lakukan “perkara-perkara yang lebih penting” dahulu, anda bukan hanya akan berjaya siapkan hal itu. Tapi, anda juga akan ada masa untuk hal-hal lain

Kita semua ada keperluan rohani, iaitu keperluan untuk mengenali dan menyembah Tuhan. Dengan belajar Bible, anda dapat memenuhi keperluan itu. Baca Matius 5:3, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah hasilnya jika anda mengutamakan pembelajaran Bible?

5. Jangan putus asa semasa ditentang

Sesetengah orang mungkin menyuruh anda untuk berhenti belajar Bible. Inilah yang berlaku kepada Francesco. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

VIDEO: Kegigihan Membawa Berkat (5:22)

Adegan daripada video ‘Kegigihan Membawa Berkat.’ Francesco meninggalkan kawan-kawan baiknya dan memberitahu mereka dia tidak akan bergaul dengan mereka lagi.
  • Apakah perasaan kawan-kawan dan keluarga Francesco apabila dia beritahu mereka tentang apa yang dia pelajari?

  • Apakah berkat yang diraihnya kerana dia tidak putus asa?

Baca 2 Timotius 2:24, 25, kemudian bincang soalan berikut:

  • Adakah keluarga dan kawan anda suka apa yang sedang anda pelajari?

  • Kalau orang tidak suka anda belajar Bible, bagaimanakah nasihat dalam ayat ini dapat bantu anda? Mengapakah nasihat ini bagus?

6. Bergantunglah pada Yehuwa

Apabila hubungan kita dengan Yehuwa semakin rapat, kita akan semakin ingin menyenangkan hati-Nya. Jadi kita mungkin perlu membuat perubahan dalam hidup. Jika anda rasa susah, janganlah putus asa. Yehuwa pasti akan membantu anda. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

VIDEO: Yehuwa Membantu Kita Buat Perubahan (3:56)

  • Apakah perubahan yang perlu Jim lakukan untuk senangkan hati Yehuwa?

  • Apakah yang anda suka tentang pengalamannya?

Baca Ibrani 11:6, kemudian bincang soalan berikut:

  • Maksud “mencari-Nya dengan bersungguh-sungguh” ialah kita harus berusaha mengenali Tuhan dan melakukan apa yang disenangi-Nya. Jika anda berbuat demikian, apakah yang dijanjikan Yehuwa kepada anda?

  • Daripada ayat ini, apakah perasaan Yehuwa apabila melihat anda berusaha untuk belajar Bible?

ORANG MUNGKIN TANYA: “Kenapa kamu mahu belajar Bible?”

  • Bagaimanakah anda akan menjawabnya?

RINGKASAN

Kadangkala memang susah untuk terus belajar Bible. Tetapi jika anda tidak putus asa, anda akan berpeluang menikmati hidup selama-lamanya. Teruslah bergantung pada Yehuwa dan Dia akan memberkati anda.

Ulang Kaji

  • Adakah kebenaran Bible bernilai bagi anda? Mengapa?

  • Selepas “mengenal pasti perkara-perkara yang lebih penting,” apakah yang harus anda lakukan?

  • Mengapakah bagus untuk meminta bantuan Yehuwa agar anda dapat terus belajar Bible?

Matlamat

JOM BELAJAR

Belajar empat cara untuk guna masa dengan baik.

“Cara Menggunakan Masa dengan Bijak” (Sedarlah!, Februari 2014)

Lihat bagaimana Yehuwa membantu seorang wanita yang menghadapi tentangan daripada suaminya.

Yehuwa Menguatkan Kita untuk Menanggung Beban Kita (5:05)

Lihat hasil baik yang diraih oleh lelaki ini kerana isterinya tidak berputus asa dalam hal rohani.

Saya Menguji Kebenaran (6:30)

Saksi-Saksi Yehuwa kadangkala dituduh menyebabkan keluarga berpecah belah. Adakah hal itu benar?

“Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Memecahbelahkan Keluarga atau Menyatukan Mereka?” (Rencana di laman web)

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi