PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lff pelajaran 14
  • Bagaimanakah Tuhan Mahu Kita Menyembah-Nya?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimanakah Tuhan Mahu Kita Menyembah-Nya?
  • Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • KETAHUILAH
  • RINGKASAN
  • JOM BELAJAR
  • Ibadat Sejati Akan Membuat Anda Lebih Bahagia
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
  • Apakah Manfaat Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Cara yang Betul untuk Menyembah Tuhan
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Sokonglah Sidang Anda
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Lihat Selanjutnya
Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
lff pelajaran 14
Pelajaran 14. Bernyanyi bersama di sidang Saksi-Saksi Yehuwa.

PELAJARAN 14

Bagaimanakah Tuhan Mahu Kita Menyembah-Nya?

Edisi Cetak
Edisi Cetak
Edisi Cetak

Dalam pelajaran sebelumnya, kita lihat bahawa bukan semua agama diterima oleh Tuhan. Tapi, Bible meyakinkan kita bahawa terdapat “ibadat [atau, agama]” yang diterima-Nya. (Yakobus 1:27, nota kaki) Bagaimanakah kita dapat memastikan ibadat kita menyenangkan hati Tuhan? Mari kita lihat apa yang dikatakan dalam Bible.

1. Ibadat kita harus berasaskan apa?

Yesus kata, ‘Firman Tuhan ialah kebenaran.’ (Yohanes 17:17) Maka ibadat kita haruslah berasaskan Bible, iaitu Firman Tuhan. Sedihnya, banyak agama tidak menghiraukan ajaran Bible dan mengajar berdasarkan tradisi atau fikiran manusia. Tapi Yehuwa tidak senang hati apabila manusia ‘menolak hukum-Nya.’ (Baca Markus 7:9.) Dia gembira apabila kita mengikut ajaran Bible.

2. Bagaimanakah kita harus menyembah Tuhan?

Yehuwa ialah Pencipta kita dan Dia mahu kita menyembah-Nya sahaja. (Wahyu 4:11) Kita tidak patut menggunakan patung, gambar, ataupun lambang semasa menyembah-Nya.​—Baca Yesaya 42:8.

Untuk memastikan ibadat kita ‘suci dan menyenangkan hati Tuhan,’ kita mesti hidup mengikut ajaran-Nya. (Roma 12:1) Contohnya, kita menerapkan nasihat-Nya tentang perkahwinan. Kita juga mesti menjauhi tabiat yang berbahaya seperti menggunakan tembakau, sirih, dan pinang, atau menyalahgunakan dadah dan alkohol.a

3. Mengapakah Yehuwa mahu kita berkumpul untuk menyembah-Nya?

Dengan menghadiri perjumpaan setiap minggu, kita dapat “memuji Yehuwa” bersama sidang. (Mazmur 111:1, 2) Satu cara kita memuji Yehuwa adalah dengan menyanyikan lagu. (Baca Mazmur 104:33.) Yehuwa sangat mengasihi kita. Dia sediakan aturan perjumpaan supaya kita dapat saling menggalakkan dan belajar hal-hal yang dapat membantu kita menikmati hidup selama-lamanya.

KETAHUILAH

Belajar mengapa Yehuwa tidak senang hati jika kita menggunakan patung berhala untuk menyembah-Nya. Belajar juga cara-cara kita dapat memuji Tuhan.

4. Tuhan tidak mahu kita menggunakan patung atau lambang

Bagaimana kita tahu Tuhan membenci perbuatan itu? Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

VIDEO: Apakah Pandangan Tuhan tentang Penggunaan Patung Berhala atau Gambar dalam Ibadat? (3:26)

Kolaj: 1. Orang Israel menyembah patung anak lembu emas di kaki Gunung Sinai. 2. Seorang lelaki memegang rosary di depan patung Bonda Maria.
  • Apakah yang berlaku apabila umat Tuhan pada zaman dahulu menggunakan patung berhala untuk menyembah-Nya?

Ada orang rasa mereka lebih dekat kepada Tuhan jika mereka menyembah-Nya dengan menggunakan patung atau lambang. Baca Keluaran 20:4-6 dan Mazmur 106:35, 36, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah patung berhala, objek, atau lambang yang sering digunakan orang?

  • Apakah perasaan Tuhan tentang hal ini?

  • Apakah perasaan anda tentang hal ini?

5. Yehuwa membebaskan kita daripada ajaran palsu

Jika kita menyembah Yehuwa dalam cara yang betul, kita dibebaskan daripada ajaran palsu. Mainkan VIDEO.

VIDEO: Dibebaskan oleh Kebenaran (5:16)

Baca Mazmur 91:14, kemudian bincang soalan berikut:

  • Jika kita mengasihi dan menyembah Yehuwa sahaja, apakah janji-Nya kepada kita?

6. Kita menyembah Tuhan semasa perjumpaan

Komen yang dikongsi dan lagu yang dinyanyikan semasa perjumpaan ialah cara kita dapat memuji Yehuwa dan menggalakkan satu sama lain. Baca Mazmur 22:22, kemudian bincang soalan berikut:

  • Adakah anda suka mendengar komen orang lain semasa perjumpaan?

  • Adakah anda mahu membuat persiapan untuk memberikan komen?

Kolaj: Seorang wanita belajar cara yang betul untuk menyembah Tuhan. 1. Dia bernyanyi semasa perjumpaan. 2. Dia memberikan komen semasa perjumpaan. 3. Dia menunjukkan video tentang mesej Bible kepada seorang wanita dan anak perempuannya.

7. Yehuwa gembira apabila kita mengongsi mesej Bible

Ada banyak cara kita dapat mengongsi kebenaran Bible dengan orang lain. Baca Mazmur 9:1 dan 34:1, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah ajaran Bible yang ingin anda kongsi dengan orang lain?

ADA ORANG KATA: “Tuhan akan terima penyembahan kita asalkan kita ikhlas. Jadi, kita boleh sembah Dia ikut cara sendiri.”

  • Apakah pendapat anda?

RINGKASAN

Kita buat Yehuwa gembira jika kita sembah Dia sahaja, memuji-Nya di perjumpaan, dan mengongsi apa yang kita pelajari dengan orang lain.

Ulang Kaji

  • Ibadat yang menyenangkan hati Tuhan harus berdasarkan apa?

  • Mengapakah kita harus sembah Yehuwa sahaja?

  • Mengapakah kita harus menyembah Yehuwa bersama orang yang mengasihi-Nya?

Matlamat

JOM BELAJAR

Untuk lihat bagaimana seorang wanita akhirnya berhenti menggunakan patung berhala, baca kisah “Saya Tidak Lagi Menjadi Hamba kepada Berhala.”

“Bible Mengubah Hidup” (Menara Pengawal, 1 Julai 2011)

Belajar tip-tip untuk memberikan komen semasa perjumpaan.

“Pujilah Yehuwa dalam Sidang” (Menara Pengawal, Januari 2019)

Lihatlah bagaimana seorang pemuda mendapat manfaat daripada perjumpaan biarpun dia ada cabaran besar untuk menghadirinya.

Yehuwa Ambil Berat tentang Saya (3:07)

Banyak orang mengaitkan salib dengan agama Kristian. Tapi patutkah salib digunakan?

“Mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa Tidak Menggunakan Salib dalam Penyembahan?” (Rencana di laman web)

a Topik-topik ini akan dibincangkan dalam pelajaran lain.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi