PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lff pelajaran 38
  • Hargai Kurniaan Nyawa

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Hargai Kurniaan Nyawa
  • Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • KETAHUILAH
  • RINGKASAN
  • JOM BELAJAR
  • Apakah yang Dinyatakan dalam Bible tentang Pengguguran Bayi?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tirulah Pandangan Tuhan tentang Nyawa
    Bernaunglah Di Bawah Kasih Tuhan
  • Apakah Tujuan Tuhan bagi Kita?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Bagaimanakah Kematian Yesus Menyelamatkan Kita?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
lff pelajaran 38
Pelajaran 38. Suami dan isteri memeluk bayi mereka.

PELAJARAN 38

Hargai Kurniaan Nyawa

Edisi Cetak
Edisi Cetak
Edisi Cetak

Adakah anda setuju bahawa kehidupan ialah suatu kurniaan yang menakjubkan? Biarpun kita menghadapi cabaran hidup, masih ada hal yang buat kita gembira. Bagaimanakah kita dapat menunjukkan kita menghargai kehidupan dan nyawa? Mengapakah hal ini sangat penting?

1. Mengapakah kita harus menghargai nyawa?

Kita mesti menghargai nyawa kerana nyawa ialah hadiah daripada Yehuwa, Bapa kita. Dia ialah “sumber segala kehidupan.” (Mazmur 36:9) Bible kata, “Dia sendirilah yang memberikan kehidupan dan nafas serta segala sesuatu kepada semua orang.” (Kisah 17:25, 28) Yehuwa bukan hanya memberi kita nyawa, tetapi Dia juga memastikan kita mempunyai segala yang kita perlukan untuk terus hidup dan menikmati kehidupan kita.​—Baca Kisah 14:17.

2. Bagaimanakah kita dapat menunjukkan kepada Yehuwa bahawa kita menghargai nyawa?

Yehuwa menyayangi kita sejak kita dibentuk dalam rahim ibu. Raja Daud berkata, “Semasa aku dalam kandungan ibuku, Engkau sudah melihat aku.” (Mazmur 139:16) Bagi Yehuwa, nyawa anda sangat berharga. (Baca Matius 10:29-31.) Bayangkanlah betapa sedihnya Yehuwa jika seseorang mengambil nyawa orang lain atau nyawa sendiri.a (Keluaran 20:13) Selain itu, Yehuwa pasti rasa kecewa jika kita melakukan hal-hal yang membahayakan nyawa sendiri atau orang lain. Apabila kita menjaga, melindungi, dan menghormati nyawa, kita menunjukkan kita menghargai kurniaan nyawa.

KETAHUILAH

Belajar cara anda dapat menunjukkan anda menghargai nyawa dan kehidupan.

3. Jaga kesihatan anda

Apabila kita membaktikan diri kepada Yehuwa, kita berjanji untuk menggunakan kehidupan, nyawa, dan tubuh kita untuk berkhidmat kepada-Nya. Baca Roma 12:1, 2, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah anda patut menjaga kesihatan anda?

  • Bagaimanakah anda dapat berbuat demikian?

Seorang wanita yang hamil bercakap dengan doktornya.

4. Cara mengelak kemalangan atau maut

Bible menggalakkan kita untuk menghindari amalan yang berbahaya. Mainkan VIDEO untuk belajar tip-tip menjaga keselamatan.

VIDEO: Utamakan Keselamatan (8:34)

Baca Amsal 22:3, kemudian bincangkan cara untuk mengutamakan keselamatan semasa . . .

  • di rumah.

  • di tempat kerja.

  • bersukan.

  • di dalam kenderaan.

Seorang lelaki duduk di kereta dan memakai tali keledar keselamatannya.

5. Hormati nyawa bayi dalam kandungan

Seorang wanita yang hamil menyentuh perutnya.

Daud menulis bahawa Yehuwa memerhatikan perkembangan nyawa anak dalam rahim ibu. Baca Mazmur 139:13-17, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagi Yehuwa, adakah nyawa seorang bayi bermula semasa persenyawaan (iaitu apabila ibu menjadi hamil), atau hanya selepas bayi dilahirkan?

Perintah Yehuwa bagi orang Israel kuno melindungi ibu dan kandungannya. Baca Keluaran 21:22, 23, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah pandangan Yehuwa terhadap orang yang menyebabkan seorang wanita keguguran secara tidak sengaja?

  • Apakah pandangan Yehuwa jika seseorang sengaja menggugurkan anak?b

  • Apakah perasaan anda tentang pandangan Tuhan?

Mainkan VIDEO.

VIDEO: Tirulah Pandangan Tuhan tentang Nyawa (5:00)

Ada kalanya, seorang wanita yang sangat menghargai nyawa mungkin rasa terdesak untuk menggugurkan anaknya. Baca Yesaya 41:10, kemudian bincang soalan berikut:

  • Jika seseorang menghadapi tekanan untuk menggugurkan anaknya, siapakah yang dapat menguatkan tekadnya untuk melakukan apa yang betul? Mengapa?

ADA ORANG KATA: “Kalau seorang wanita mahu menggugurkan anaknya, biarlah. Itu haknya!”

  • Apakah yang meyakinkan anda bahawa di mata Yehuwa, nyawa ibu dan anaknya yang belum lahir sama penting?

RINGKASAN

Bible mengajar kita untuk mengasihi, menghormati, dan melindungi nyawa kita dan orang lain kerana nyawa ialah kurniaan Yehuwa.

Ulang Kaji

  • Mengapakah nyawa manusia berharga di mata Yehuwa?

  • Apakah perasaan Yehuwa jika seseorang mengambil nyawa sendiri atau orang lain dengan sengaja?

  • Mengapakah anda menghargai nyawa?

Matlamat

JOM BELAJAR

Bagaimanakah kita menunjukkan kesyukuran kepada Yehuwa atas kurniaan nyawa?

Lagu 141​—Mukjizat Kehidupan (2:41)

Lihat apa pandangan Bible jika seseorang pernah menggugurkan anak.

“Apakah yang Dinyatakan dalam Bible tentang Pengguguran Bayi?” (Rencana di laman web)

Belajar bagaimana kita dapat membuat keputusan yang bijak dalam soal rekreasi.

“‘Sukan Ekstrem’​—Patutkah Anda Membahayakan Nyawa deminya?” (Sedarlah!, 8 Oktober 2000)

Lihat nasihat Bible yang dapat membantu orang yang bergelut dengan perasaan ingin bunuh diri.

“Saya Mahu Mati​—Dapatkah Bible Membantu Saya apabila Saya Ingin Bunuh Diri?” (Rencana di laman web)

a Yehuwa sangat mengambil berat terhadap orang yang hancur hati. (Mazmur 34:18) Dia memahami penderitaan yang dialami orang yang ingin mengakhiri nyawa sendiri dan Dia menawarkan bantuan kepada mereka. Sokongan-Nya dapat memberi seseorang kekuatan untuk melawan keinginan untuk bunuh diri. Bacalah rencana “Saya Mahu Mati​—Dapatkah Bible Membantu Saya apabila Saya Ingin Bunuh Diri?” di bahagian Jom Belajar dalam pelajaran ini.

b Jika seseorang pernah menggugurkan anak, mereka tidak perlu dibebani rasa bersalah kerana Yehuwa rela memaafkan mereka. Untuk maklumat lanjut, bacalah rencana “Apakah yang Dinyatakan dalam Bible tentang Pengguguran Bayi?” di bahagian Jom Belajar dalam pelajaran ini.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi