PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lff pelajaran 45
  • Apakah Maksud Berpendirian Neutral?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Maksud Berpendirian Neutral?
  • Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • KETAHUILAH
  • RINGKASAN
  • JOM BELAJAR
  • Tetap Neutral dalam Dunia yang Berpecah Belah
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa Berpendirian Neutral dalam Hal Politik?
    Soalan Lazim
  • Mengapakah Keneutralan Sangat Penting? (Mi 4:2)
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
  • Cara Mengenal Pasti Orang Kristian Sejati
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Lihat Selanjutnya
Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
lff pelajaran 45
Pelajaran 45. Seorang saudari muda berdiri dan menunjukkan hormat semasa ikrar diucapkan. Namun dia tidak mengulangi ikrar.

PELAJARAN 45

Apakah Maksud Berpendirian Neutral?

Edisi Cetak
Edisi Cetak
Edisi Cetak

Yesus kata pengikutnya “bukan sebahagian daripada dunia.” (Yohanes 15:19) Apakah maksudnya? Ini bermaksud kita berpendirian neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam hal politik atau perang. Tapi hal ini tidak senang kerana orang mungkin mengejek kita. Jadi apakah yang dapat membantu kita tetap neutral dan mengekalkan kesetiaan kepada Tuhan Yehuwa?

1. Apakah pandangan orang Kristian terhadap kerajaan manusia?

Yesus menyuruh pengikutnya untuk ‘memberi milik Kaisar kepada Kaisar.’ (Markus 12:17) Kita berbuat demikian dengan menghormati kerajaan manusia dan mematuhi undang-undang seperti membayar cukai. Biarpun Tuhan mengizinkan kerajaan manusia untuk memerintah, kuasa mereka adalah terbatas. (Roma 13:1) Oleh itu, kita berharap kepada Kerajaan Tuhan untuk menyelesaikan semua masalah manusia.

2. Bagaimanakah kita menunjukkan bahawa kita bersikap neutral?

Pernah sekali selepas Yesus melakukan mukjizat, orang ingin menjadikan dia raja. Tetapi dia menolak. (Yohanes 6:15) Mengapa? Yesus kata, “Kerajaanku bukan sebahagian daripada dunia ini.” (Yohanes 18:36) Seperti Yesus, kita juga tidak mahu terlibat dalam hal-hal politik. Oleh itu, kita tidak menyokong atau melawan mana-mana calon atau parti politik. Selain itu, kita tidak terlibat dalam perang. (Baca Mikha 4:3.) Biarpun kita menghormati lambang negara seperti bendera, kita tidak akan memujanya. (1 Yohanes 5:21) Melalui cara-cara ini, kita menunjukkan kita bersikap neutral dan setia sepenuhnya kepada Kerajaan Tuhan.

KETAHUILAH

Lihat situasi yang dapat menguji pendirian neutral kita dan bagaimana kita dapat membuat keputusan yang menyenangkan hati Yehuwa.

Seorang lelaki tetap berpendirian neutral. Dia tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

3. Orang Kristian berpendirian neutral

Mari lihat teladan Yesus dan pengikutnya. Baca Roma 13:1, 5-7 dan 1 Petrus 2:13, 14. Kemudian, mainkan VIDEO dan bincang soalan berikut:

VIDEO: Orang Kristian Berpendirian Neutral​—Bahagian 1 (4:28)

  • Mengapakah kita perlu menghormati pihak berkuasa?

  • Apakah beberapa cara kita berbuat demikian?

Semasa perang, sesetengah negara kata mereka berpendirian neutral. Tetapi mereka membantu kedua-dua pihak yang sedang berperang. Apakah maksud keneutralan? Baca Yohanes 17:16. Kemudian, mainkan VIDEO dan bincang soalan berikut:

VIDEO: Orang Kristian Berpendirian Neutral​—Bahagian 2 (3:10)

  • Apakah maksud berpendirian neutral?

Apakah yang harus kita lakukan jika perintah kerajaan bercanggah dengan perintah Tuhan? Baca Kisah 5:28, 29. Kemudian, mainkan VIDEO dan bincang soalan berikut:

VIDEO: Orang Kristian Berpendirian Neutral—Bahagian 3 (1:18)

  • Jika undang-undang manusia bercanggah dengan perintah Tuhan, siapakah yang akan kita patuhi?

  • Bilakah orang Kristian tidak akan mematuhi perintah pihak berkuasa? Berikan contoh.

4. Neutral dalam kata-kata dan perbuatan

Baca 1 Yohanes 5:21. Kemudian, mainkan VIDEO dan bincang soalan berikut:

VIDEO: Mengapa Orang Kristian Memerlukan Keberanian​—Untuk Tetap Neutral (2:49)

  • Dalam video, mengapakah Ayenge tidak mahu menyertai parti politik atau terlibat dalam hal-hal yang membangkitkan semangat kebangsaan, seperti menabik bendera?

  • Adakah keputusannya bijak?

Apakah situasi lain yang menguji pendirian neutral kita? Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

VIDEO: Pengajaran daripada Menara Pengawal​—Tetap Neutral dalam Dunia yang Berpecah Belah (5:16)

  • Bagaimanakah kita tetap neutral dalam acara sukan antarabangsa?

  • Keputusan ahli politik ada kalanya membawa kebaikan atau keburukan kepada kita. Dalam situasi ini, bagaimanakah kita dapat tetap neutral?

  • Bagaimanakah berita atau kawan-kawan kita dapat mempengaruhi pendirian neutral kita?

Kolaj: 1. Sekumpulan orang memegang papan tanda dan sedang berdemonstrasi. 2. Seorang lelaki memakai baju sukan sambil memegang bendera negara. 3. Seorang pelajar mengulangi ikrar rukun negara. 4. Seorang askar memegang senjata. 5. Dua ahli politik sedang berdebat. 6. Seorang wanita memasukkan undi ke dalam kotak.

Bilakah orang Kristian mesti tetap neutral dalam kata-kata dan perbuatan?

ORANG MUNGKIN TANYA: “Mengapa kamu tidak menabik bendera atau menyanyi lagu kebangsaan?”

  • Apakah jawapan anda?

RINGKASAN

Orang Kristian memastikan pemikiran, pertuturan, dan perbuatan mereka sentiasa neutral dari segi politik.

Ulang Kaji

  • Apakah sikap kita terhadap kerajaan manusia?

  • Mengapakah kita bersikap neutral dalam hal politik?

  • Apakah situasi yang dapat menguji keneutralan kita?

Matlamat

JOM BELAJAR

Apakah pengorbanan yang mungkin perlu kita buat agar dapat tetap neutral?

Yehuwa Tidak Pernah Menghampakan Kita (3:14)

Bagaimanakah keluarga anda dapat bersiap sedia untuk menghadapi situasi yang menguji keneutralan?

Mengekalkan Keneutralan semasa Acara Umum (4:25)

Mengapakah mempertahankan negara bukanlah penghormatan tertinggi bagi seseorang?

“Tidak Ada Apa-Apa yang Mustahil bagi Tuhan” (5:19)

Belajar bagaimana anda dapat memastikan anda bukan sebahagian daripada dunia semasa memilih pekerjaan.

“Setiap Orang Harus Memikul Tanggungjawab Masing-Masing” (Menara Pengawal, 15 Mac 2006)

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi