PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w11 1/5
  • Nubuat 1. Gempa Bumi

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Nubuat 1. Gempa Bumi
  • Menara Pengawal—2011
  • Bahan yang Berkaitan
  • Gempa Bumi yang Dahsyat—Apakah yang Dinubuatkan dalam Bible?
    Topik-Topik Lain
Menara Pengawal—2011
w11 1/5

Nubuat 1. Gempa Bumi

“Gempa bumi yang dahsyat akan berlaku.”​—LUKAS 21:11.

● Winnie, yang berumur 16 bulan, terkubur di bawah runtuhan selepas gempa bumi melanda Haiti. Pasukan berita TV yang sedang bertugas telah mendengar tangisannya. Winnie terselamat, tetapi ibu bapanya terkorban dalam bencana itu.

APAKAH FAKTANYA? Gempa bumi di Haiti pada Januari 2010 yang berskala 7.0 telah membunuh lebih daripada 300,000 orang. Selain itu, sekitar 1.3 juta orang hilang tempat tinggal dalam sekelip mata. Gempa bumi ini telah membawa kemusnahan yang teruk. Tetapi selain bencana ini, terdapat sekurang-kurangnya 18 gempa bumi yang besar telah berlaku antara April 2009 dengan April 2010.

APAKAH PANDANGAN SESETENGAH ORANG? Bilangan gempa bumi tidak meningkat. Teknologi membolehkan manusia mengesan dan menyiarkan kes-kes ini secara meluas.

ADAKAH HAL ITU BERASAS? Perhatikan hal ini: Bible tidak berkata bahawa bilangan gempa bumi akan meningkat. Sebaliknya, Bible menyatakan bahawa “gempa bumi yang dahsyat” akan berlaku “secara berturut-turut di merata tempat.” Malapetaka ini ialah salah satu ciri utama pada hari-hari terakhir.​—Lukas 21:11; Markus 13:8.

APAKAH PANDANGAN ANDA? Adakah anda setuju bahawa gempa bumi yang dahsyat sedang berlaku seperti yang dinubuatkan Bible?

Gempa bumi bukan satu-satunya ciri yang membuktikan bahawa kita sedang hidup pada hari-hari terakhir. Mari kita lihat bukti lain.

[Petikan pada muka surat 4]

“Orang kata gempa bumi sangat menakutkan. Kami [ahli geofizik] pula menggelarnya sebagai gempa bumi yang dahsyat.”​—KEN HUDNUT, JABATAN KAJIAN GEOLOGI AMERIKA SYARIKAT.

[Sumber Gambar pada muka surat 4]

© William Daniels/​Panos Pictures

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi