PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w11 15/10 ms. 23-27
  • Percayalah pada Tuhan yang Melegakan Hati Kita

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Percayalah pada Tuhan yang Melegakan Hati Kita
  • Menara Pengawal—2011
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mengapa Kita Menderita
  • Tuhan Melegakan Hati Umat-Nya
  • Tangan Tuhan akan Menunjang Kita
  • Melegakan Hati Orang yang Berduka
    Menara Pengawal—2011
  • Cara Tuhan Melegakan Hati
    Menara Pengawal (Umum)—2016
  • Melegakan Mangsa Penderaan Seksual
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
  • Yehuwa Melegakan Hati Kita pada Setiap Masa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal—2011
w11 15/10 ms. 23-27

Percayalah pada Tuhan yang Melegakan Hati Kita

‘Marilah kita bersyukur kepada Tuhan, Bapa Tuan kita Yesus Kristus. Dia Bapa yang berbelas kasihan dan Dia Tuhan yang sentiasa menolong [“melegakan hati,” NW] kita.’​—2 KOR. 1:3, ABB.

1. Apakah yang diperlukan oleh semua orang?

SEJAK lahir lagi, kita semua memerlukan kelegaan hati. Seorang bayi akan menangis apabila dia ingin didukung dan dibelai oleh ibu bapanya atau apabila dia berasa lapar. Bahkan semasa kita sudah dewasa, kita masih memerlukan kelegaan hati terutamanya semasa menghadapi masalah.

2. Apakah jaminan Yehuwa kepada mereka yang mempercayai-Nya?

2 Ahli keluarga dan kawan-kawan kita boleh melegakan hati kita. Tetapi keupayaan mereka terbatas. Hanya Yehuwa yang dapat melegakan hati kita selalu, tidak kira apa pun situasi yang kita hadapi. Firman-Nya memberikan jaminan bahawa “[Yehuwa] dekat dengan orang yang berseru kepada-Nya, . . . Dia mendengar seruan mereka.” (Mzm. 145:18, 19) Ya, “Tuhan memperhatikan orang salih, dan mendengar tangisan mereka.” (Mzm. 34:16, ABB) Walau bagaimanapun, jika kita mahu Yehuwa menolong dan melegakan hati kita, kita harus memastikan bahawa kita menaruh kepercayaan terhadap-Nya. Daud berkata, ‘Yehuwa adalah pernaungan bagi orang yang ditindas, tempat perlindungan pada masa kesusahan. Mereka yang mengenal Engkau yakin kepada-Mu, ya Yehuwa; sesiapa pun yang datang kepada-Mu tidak Kautinggalkan.’​—Mzm. 9:10, 11, ABB.

3. Bagaimanakah Yesus menunjukkan bahawa Yehuwa mengasihi umat-Nya?

3 Yehuwa sangat mengasihi umat-Nya. Yesus membuktikan hal ini dengan berkata, ‘Bukankah lima ekor burung pipit dijual seharga dua sen? Meskipun demikian tidak seekor pun dilupakan oleh Tuhan. Sebenarnya rambut di kepala kamu pun telah dihitung semuanya. Oleh itu, janganlah takut kerana bagi Tuhan kamu lebih berharga daripada burung pipit!’ (Luk. 12:6, 7, ABB) Yehuwa memberitahu umat Israel, “Sejak dahulu Aku selalu mengasihi kamu, dan untuk seterusnya Aku akan menunjukkan bahawa Aku selalu mengasihi kamu.”​—Yer. 31:3.

4. Mengapakah kita boleh yakin terhadap janji-janji Tuhan?

4 Jika kita menaruh keyakinan terhadap Yehuwa dan janji-janji-Nya, kita dapat memperoleh kelegaan hati semasa menghadapi cabaran. Kita boleh meniru teladan Yosua yang sangat yakin terhadap Yehuwa. Dia telah berkata, ‘Yehuwa, Tuhan kamu telah memberi kamu segala yang baik, yang dijanjikan-Nya. Setiap janji-Nya telah ditepati; tiada satu pun yang dimungkiri-Nya.’ (Yos. 23:14) Walaupun sekarang kita sedang merana akibat situasi tertentu dalam kehidupan, kita boleh yakin bahawa ‘Tuhan setia kepada janji-Nya’ dan tidak akan mengabaikan hamba-hamba-Nya yang setia.​—Baca 1 Korintus 10:13.

5. Bagaimanakah kita boleh melegakan hati orang lain?

5 Rasul Paulus berkata bahawa Yehuwa ialah ‘Tuhan yang sentiasa menolong kita.’ Dalam bahasa asal, perkataan “menolong” boleh diterjemahkan sebagai “menghiburkan” atau “melegakan hati.” Apabila seseorang berasa sedih, kita dapat melegakan hatinya melalui perbuatan dan pertuturan kita. Yehuwa merupakan teladan yang terbaik dalam hal ini. (Baca 2 Korintus 1:3, 4.) Dia tidak mempunyai keterbatasan, jadi Dia boleh melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk melegakan hati orang yang mengasihi-Nya. Memandangkan kita menerima kelegaan hati daripada Tuhan, kita pun dapat melegakan hati orang lain yang “mengalami kesusahan.” Sememangnya keupayaan Yehuwa untuk melegakan hati orang tiada tolok bandingnya!

Mengapa Kita Menderita

6. Apakah yang boleh menyebabkan kita menderita?

6 Hari ini kita memerlukan kelegaan hati dalam pelbagai aspek kehidupan. Contohnya, hati kita bagai dihiris sembilu apabila orang yang dikasihi, seperti seorang anak ataupun pasangan hidup, meninggal. Ada juga yang menjadi mangsa diskriminasi dan prasangka. Selain itu kesihatan yang merosot, usia lanjut, kemiskinan, masalah rumah tangga, serta keadaan dunia yang semakin teruk menyebabkan kita memerlukan kelegaan hati.

7. (a) Semasa menderita, apakah yang kita perlukan? (b) Apakah yang akan dilakukan Yehuwa kepada mereka yang “remuk dan sesal” hati?

7 Semasa kita menderita, kita memerlukan kelegaan kerana hati, minda, emosi, kesihatan fizikal, dan kesihatan rohani kita mungkin terjejas. Contohnya, fikirlah tentang hati kita. Firman Tuhan menyatakan bahawa hati kita boleh menjadi hancur dan remuk. (Mzm. 51:19) Yehuwa tentu dapat membantu kita dalam situasi sebegini. “Dia menyembuhkan orang yang hancur hati, dan membalut luka mereka.” (Mzm. 147:3, ABB) Biarpun dalam keadaan yang sangat perit, Yehuwa dapat melegakan hati kita jika kita berdoa, beriman, dan mematuhi perintah-Nya.​—Baca 1 Yohanes 3:19-22; 5:14, 15.

8. Bagaimanakah Yehuwa dapat membantu kita apabila kita mengalami tekanan mental?

8 Semasa kita menghadapi masalah, kita mungkin mengalami tekanan mental yang besar. Oleh itu kita memerlukan ketenangan minda dan fikiran. Kita tidak dapat menangani masalah sebegini jika kita bergantung pada kekuatan sendiri. Seorang penulis mazmur menyatakan, “Ketika aku bimbang dan khuatir, Engkau menghiburkan dan menggembirakan hatiku.” (Mzm. 94:19, ABB) Tambahan lagi, Paulus menulis, ‘Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Tuhan apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Tuhan, hendaklah kamu selalu mengucap syukur. Kesejahteraan daripada Tuhan yang tidak mungkin difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan fikiran kamu, kerana kamu sudah bersatu dengan Kristus Yesus.’ (Flp. 4:6, 7, ABB) Dengan membaca dan merenungkan ayat Bible, kita dibantu untuk menangani tekanan mental.​—2 Tim. 3:15-17.

9. Bagaimanakah kita dapat menangani tekanan emosi?

9 Adakalanya kita berasa sangat tawar hati dan mengalami emosi yang negatif. Mungkin kita berasa bahawa kita tidak dapat menjalankan tugasan atau tanggungjawab teokratik tertentu. Dalam situasi sebegini, Yehuwa juga dapat membantu dan menenteramkan hati kita. Fikirlah tentang Yosua. Semasa dia diberikan tanggungjawab untuk memimpin orang Israel dan melawan bangsa lain yang berkuasa, Musa memberitahu orang Israel, ‘Engkau harus yakin dan berani. Yehuwa sendiri akan memimpin dan menyertai engkau. Dia tidak sekali-kali akan mengecewakan ataupun meninggalkan engkau. Oleh itu, jangan takut ataupun cemas.’ (Ul. 31:7, 8, ABB) Dengan bantuan Yehuwa, Yosua berjaya memimpin umat Tuhan ke Tanah yang Dijanjikan dan menawan semua musuh mereka. Sebelum itu, Musa juga menerima sokongan dan bantuan Yehuwa di Laut Merah.​—Kel. 14:13, 14, 29-31.

10. Jika kesihatan fizikal kita terjejas akibat tekanan, apakah yang dapat membantu kita?

10 Apabila kita mengalami situasi yang teruk dalam kehidupan, kesihatan fizikal kita mungkin terjejas. Apakah yang dapat membantu kita? Selain menjaga tabiat pemakanan dan kebersihan fizikal, serta mendapatkan rehat dan senaman yang mencukupi, kita juga perlu merenungkan harapan dalam Bible. Semasa menghadapi tekanan, ingatlah bahawa Paulus juga telah banyak menderita tetapi dia memberikan galakan yang berikut: ‘Kami sering kali dianiaya, tetapi kami tidak menyerah kalah. Kadangkala kami kebingungan, tetapi tidak pernah putus harapan. Banyak orang memusuhi kami, tetapi Tuhan tidak pernah meninggalkan kami. Meskipun kami sering dianiaya, kami tidak binasa.’​—2 Kor. 4:8, 9, ABB.

11. Apakah yang boleh dilakukan jika kesihatan rohani kita terjejas?

11 Cabaran tertentu dalam hidup kita boleh menjejaskan kesihatan rohani kita. Dalam situasi sebegini, Yehuwa juga boleh memberi kita pertolongan. Firman-Nya menenangkan kita dengan kata-kata berikut: ‘Dia menolong orang yang dalam kesusahan; Dia menguatkan orang yang putus harapan.’ (Mzm. 145:14, ABB) Bagi mengubati kesihatan rohani yang terjejas, kita harus mendapatkan bantuan para penatua. (Yak. 5:14, 15) Selain itu, jika kita sentiasa merenungkan harapan kehidupan abadi, kita akan berjaya mengharungi cabaran-cabaran yang mengancam iman kita.​—Yoh. 17:3.

Tuhan Melegakan Hati Umat-Nya

12. Ceritakan cara Yehuwa melegakan hati Abraham.

12 Seorang penulis Bible menyatakan, “Ingatlah janji-Mu kepadaku, hamba-Mu; janji yang telah memberikan harapan kepadaku. Bahkan dalam kesengsaraan pun aku terhibur, kerana janji-Mu memberi aku hidup.” (Mzm. 119:49, 50, ABB) Hari ini kita memiliki Firman Tuhan yang mengandungi banyak contoh mengenai cara Yehuwa melegakan hati hamba-hamba-Nya. Contohnya, Abraham mungkin berasa sangat khuatir apabila mengetahui bahawa Yehuwa hendak membinasakan kota Sodom dan Gomora. Abraham bertanya kepada Yehuwa, “Benarkah Engkau mahu membinasakan orang yang tidak bersalah bersama dengan orang yang bersalah?” Yehuwa menenangkan hati Abraham dengan berkata bahawa jika terdapat hanya 50 orang yang baik, Dia tidak akan memusnahkan kota Sodom. Tetapi Abraham tanya Yehuwa lima kali lagi: Bagaimana pula jika terdapat hanya 45 orang yang baik? 40? 30? 20? 10? Setiap kali Abraham bertanya, Yehuwa baik dan sabar dengannya; Yehuwa memberikan jaminan bahawa Dia tidak akan membinasakan kota Sodom. Walaupun Yehuwa tidak menjumpai sepuluh orang yang baik, Dia tetap menyelamatkan nyawa Lot dan dua orang anak perempuannya.​—Kej. 18:22-32; 19:15, 16, 26.

13. Bagaimanakah Hana menunjukkan bahawa dia mempercayai Yehuwa?

13 Isteri Elkana, iaitu Hana, sangat menginginkan seorang anak. Tetapi dia berasa susah hati kerana dia mandul. Dia berdoa kepada Yehuwa mengenai masalahnya, dan Imam Agung Eli berkata kepadanya, ‘Semoga Tuhan Israel mengabulkan permintaanmu.’ Hana berasa lega hati, dan dia ‘tidak bersedih lagi.’ (1 Sam. 1:8, 17, 18) Hana mempercayai Yehuwa dan menyerahkan masalahnya ke dalam tangan Yehuwa. Walaupun dia tidak tahu apa yang akan berlaku, dia memiliki ketenangan batin. Seraya masa berlalu, Yehuwa pun mengabulkan doa Hana. Hana menjadi hamil dan melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Samuel.​—1 Sam. 1:20.

14. Mengapakah Daud memerlukan kelegaan hati, dan dia meminta bantuan siapa?

14 Sekarang mari kita lihat bagaimana Raja Daud mendapat kelegaan hati daripada Yehuwa. Yehuwa dapat “melihat hati” Daud dan memilihnya sebagai raja Israel. Yehuwa tahu bahawa dia ialah seorang yang ikhlas dan mengutamakan ibadat sejati. (1 Sam. 16:7; 2 Sam. 5:10) Tetapi pada kemudian hari Daud telah berzina dengan Batsyeba dan cuba menutupi kesalahannya. Bila Daud sedar bahawa dia telah melakukan dosa yang besar, dia memohon bantuan Yehuwa. Daud berkata, ‘Hapuskanlah dosa-dosaku, kerana belas kasihan-Mu sungguh besar. Basuhlah aku daripada segala kejahatanku, dan bersihkanlah aku daripada dosaku. Aku mengakui kesalahanku; aku sentiasa sedar akan dosaku.’ (Mzm. 51:3-5, ABB) Daud benar-benar insaf akan kesalahannya, dan Yehuwa mengampuninya. Tetapi Daud terpaksa menanggung akibat buruk dosanya. (2 Sam. 12:9-12) Walaupun begitu, belas kasihan Yehuwa menjadi penawar hati bagi Daud.

15. Bagaimanakah Yehuwa membantu Yesus sebelum dia dibunuh?

15 Semasa Yesus berada di bumi, Tuhan membenarkan dia mengalami banyak cubaan. Sebagai manusia yang sempurna, Yesus selalu mengekalkan integritinya, bergantung pada Yehuwa, dan menjunjung kedaulatan-Nya. Sejurus sebelum Yesus dikhianati dan dibunuh, dia meluahkan isi hatinya kepada Yehuwa dan berkata, ‘Janganlah turut kehendakku, melainkan kehendak-Mu berlakulah.’ Kemudian malaikat Tuhan muncul dan menguatkan Yesus. (Luk. 22:42, 43) Tuhan memastikan bahawa Yesus mendapat kelegaan hati, kekuatan, dan galakan yang diperlukan pada masa yang genting itu.

16. Bagaimanakah Yehuwa membantu kita semasa nyawa kita terancam?

16 Jika kita mempertahankan iman kita, nyawa kita mungkin terancam. Tetapi Yehuwa boleh membantu kita mengekalkan integriti. Dia juga memberikan kelegaan hati melalui harapan pembangkitan. Yehuwa berjanji bahawa kematian akan menjadi “musuh yang terakhir yang akan ditaklukkan.” (1 Kor. 15:26) Hamba Tuhan yang setia serta orang lain yang sudah mati ada dalam ingatan Yehuwa dan akan dibangkitkan suatu hari nanti. (Yoh. 5:28, 29; Kis. 24:15) Keyakinan terhadap janji Yehuwa ini boleh memberi kita harapan serta kelegaan hati apabila berdepan dengan penganiayaan.

17. Bagaimanakah Yehuwa melegakan hati kita semasa orang yang kita kasihi meninggal?

17 Betapa leganya hati kita kerana Yehuwa akan membangkitkan orang kesayangan kita yang telah meninggal! Mereka akan hidup kembali di dunia baru yang bebas daripada segala penderitaan. Selain itu, “kumpulan besar manusia” akan menikmati peluang istimewa untuk mengharungi akhir sistem dunia ini dan mengajar orang yang telah dibangkitkan!​—Why. 7:9, 10.

Tangan Tuhan akan Menunjang Kita

18, 19. Bagaimanakah Yehuwa menyokong hamba-hamba-Nya yang dianiaya?

18 Musa telah menulis sebuah lagu yang menggalakkan dan melegakan hati orang Israel. Dia berkata, ‘Tuhan yang kekal menjadi perlindungan kamu, dan tangan-Nya menunjang kamu.’ (Ul. 33:27) Nabi Samuel kemudian menyatakan kepada umat Israel, “Jangan belakangi Tuhan. Tetaplah mengabdi kepada-Nya dengan sepenuh hati kamu. . . . Tuhan sudah bersumpah bahawa Dia tidak akan meninggalkan kamu.” (1 Sam. 12:20-22) Selagi kita berpaut pada Yehuwa, Dia tidak akan mengabaikan kita. Sebaliknya Dia akan memberi kita sokongan yang diperlukan.

19 Pada hari-hari terakhir ini, Tuhan memastikan bahawa umat-Nya memperoleh kelegaan hati dan bantuan yang diperlukan. Selama lebih daripada satu abad, ribuan saudara saudari telah dianiaya dan dipenjarakan kerana menyembah Yehuwa. Pengalaman mereka membuktikan bahawa Yehuwa menolong dan melegakan hati hamba-hamba-Nya semasa mereka menghadapi cabaran. Contohnya, seorang saudara di Kesatuan Soviet telah dijatuhkan hukuman penjara selama 23 tahun kerana imannya. Walaupun di penjara, dia masih mendapat makanan rohani yang menguatkan dan melegakannya. Dia berkata, “Sepanjang masa itu, saya mempelajari caranya untuk bergantung pada Yehuwa, dan saya mendapat kekuatan daripada-Nya.”​—Baca 1 Petrus 5:6, 7.

20. Mengapakah kita boleh berasa yakin bahawa Yehuwa tidak akan mengabaikan kita?

20 Tidak kira apa sahaja yang bakal menimpa kita, adalah baik jika kita ingat kata-kata yang berikut: “Tuhan tidak akan meninggalkan umat-Nya.” (Mzm. 94:14) Walaupun kita sendiri memerlukan kelegaan hati, kita juga memiliki peluang untuk membawa kelegaan kepada orang lain. Dalam rencana yang seterusnya, kita akan mempelajari cara untuk membawa kelegaan kepada orang yang berduka dalam dunia yang fasiq ini.

Apakah Jawapan Anda?

• Apakah hal-hal yang menyebabkan kita menderita?

• Bagaimanakah Yehuwa melegakan hati hamba-hamba-Nya?

• Apakah yang dapat melegakan hati kita apabila nyawa kita terancam?

[Kotak/​Gambar pada muka surat 25]

CARA MENANGANI MASALAH YANG BOLEH MEMPENGARUHI . . .

▪ hati Mzm. 147:3; 1 Yoh. 3:19-22; 5:14, 15

▪ minda Mzm. 94:19; Flp. 4:6, 7

▪ emosi Kel. 14:13, 14; Ul. 31:6

▪ kesihatan fizikal 2 Kor. 4:8, 9

▪ kesihatan rohani Mzm. 145:14; Yak. 5:14, 15

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi