PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w14 15/1 ms. 3-6
  • Mereka Rela Berkhidmat​—Di Afrika Barat

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mereka Rela Berkhidmat​—Di Afrika Barat
  • Menara Pengawal—2014
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MENIKMATI HIDUP—DI AFRIKA
  • KENALI CABARAN DAN ATASINYA
  • CARA MEMPERSIAPKAN DIRI
  • SUMBER KEPUASAN SEJATI
  • Mereka Rela Berkhidmat
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
  • Mereka Rela Berkhidmat—Di Oseania
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Bertekad untuk Tidak Tawar Hati
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
  • Mereka Rela Berkhidmat—Di Madagascar
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
Menara Pengawal—2014
w14 15/1 ms. 3-6
Saksi-Saksi Yehuwa sedang menginjil kepada orang di tempat awam

Mereka Rela Berkhidmat—Di Afrika Barat

PASCAL dibesarkan di Côte d’Ivoire dan mengidamkan kehidupan yang lebih baik. Sebagai petinju amatur, dia ingin menjadi bintang sukan dan menjadi kaya. Semasa berumur pertengahan 20-an, dia menyimpulkan bahawa Eropah adalah tempatnya. Tetapi dia tiada dokumen perjalanan yang sah. Maka, dia terpaksa memasuki Eropah secara haram.

Pada 1998, Pascal yang berumur 27 tahun memulakan perjalanannya. Dia melintasi sempadan Ghana, melalui Togo dan Benin, dan akhirnya sampai ke pekan Birni Nkonni di Niger. Dari sanalah mulanya perjalanan yang berbahaya. Untuk ke utara, dia perlu menumpang sebuah lori melintasi Gurun Sahara. Setibanya di Laut Mediterranean, dia perlu menaiki bot ke Eropah. Itulah rancangannya, tetapi ada dua perkara yang menghalangnya.

Pertama, dia tidak cukup wang. Kedua, dia berjumpa Noé, seorang perintis yang mengajar Bible kepadanya. Kebenaran yang Pascal pelajari menyentuh hatinya dan mengubah hidupnya. Dia melupakan matlamat duniawi demi matlamat rohani. Pada Disember 1999, Pascal dibaptis. Untuk menunjukkan penghargaannya kepada Yehuwa, dia mula merintis pada tahun 2001 di Niger—tempat dia menemui kebenaran. Apakah perasaannya? Dia berkata, “Inilah kehidupan yang terbaik!”

MENIKMATI HIDUP—DI AFRIKA

Anne-Rakel menyebar dalam bahasa isyarat di Togo

Anne-Rakel

Seperti Pascal, banyak yang mengejar matlamat rohani. Untuk berbuat demikian, ada yang meninggalkan Eropah dan berkhidmat di tempat yang lebih memerlukan bantuan di Afrika. Kira-kira 65 Saksi dari Eropah, antara umur 17 hingga 70 tahun, telah berpindah ke negara di Afrika Barat seperti Benin, Burkina Faso, Niger, dan Togo.a Apakah yang mendorong mereka untuk melakukan perubahan yang besar sebegini, dan apakah hasilnya?

Anne-Rakel dari Denmark berkata, “Ibu bapa saya pernah menjadi mubaligh di Senegal. Mereka selalu menceritakan pengalaman mereka di sana dengan bersemangat. Saya pun ingin menikmati hal yang sama.” Sekitar 15 tahun yang lalu, ketika berumur awal 20-an, Anne-Rakel berpindah ke Togo dan berkhidmat di sidang bahasa isyarat. Bagaimanakah teladannya mempengaruhi orang lain? Dia berkata, “Adik perempuan dan adik lelaki saya turut menyertai saya di Togo.”

Albert-Fayette dan Aurele menunjukkan cara pembelajaran Bible diadakan di Benin

Albert-Fayette dan Aurele

Aurele, seorang saudara yang berumur 70 tahun dari Perancis berkata, “Saya bersara lima tahun dahulu. Saya boleh memilih sama ada untuk terus hidup aman di Perancis dan tunggu ketibaan Firdaus, atau meluaskan kerja penyebaran saya.” Aurele membuat pilihan yang kedua. Lebih kurang tiga tahun yang lalu, dia dan isterinya, Albert-Fayette, berpindah ke Benin. “Merelakan diri untuk berkhidmat di sini adalah keputusan yang terbaik,” kata Aurele. Dia menambah sambil tersenyum, “Lebih-lebih lagi, sebahagian kawasan persisiran pantai di sini sudah pun seperti Firdaus.”

Enam belas tahun dahulu, Clodomir dan isterinya, Lysiane berpindah dari Perancis ke Benin. Pada mulanya mereka sangat merindui keluarga dan kawan-kawan di Perancis. Mereka juga khuatir bahawa mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. Namun, tiada alasan untuk takut kerana mereka menikmati sukacita yang besar. “Sepanjang 16 tahun ini, kami berpeluang membantu kira-kira seorang setiap tahun untuk memeluk kebenaran,” kata Clodomir.

Clodomir dan Lysiane menikmati pergaulan dengan rakan Kristian

Lysiane dan Clodomir bersama beberapa orang yang belajar kebenaran daripada mereka

Johanna dan Sébastien menginjil di Benin

Johanna dan Sébastien

Sébastien dan Johanna ialah pasangan dari Perancis yang berpindah ke Benin pada 2010. “Ada banyak kerja yang harus dilakukan dalam sidang,” kata Sébastien. Oleh sebab mereka sibuk dengan kerja Teokratik, mereka cepat belajar! Apakah reaksi orang di sana terhadap kerja penyebaran? Johanna berkata, “Orang di sini mendahagakan kebenaran. Semasa kami tidak menginjil, orang masih datang untuk tanya soalan mengenai Bible dan ingin mendapatkan bahan bacaan kami.” Apakah kesan kehidupan di Benin terhadap perkahwinan mereka? Sébastien berkata, “Perkahwinan kami semakin kukuh. Saya gembira untuk meluangkan masa sehari suntuk dengan isteri saya.”

Eric dan isterinya, Katy, merintis di bahagian utara Benin yang penduduknya bertaburan. Kira-kira sepuluh tahun yang lalu, semasa di Perancis, mereka membaca rencana tentang berkhidmat di tempat yang memerlukan bantuan. Mereka juga berbual dengan pekhidmat sepenuh masa. Oleh itu, mereka didorong untuk berpindah ke negara lain pada tahun 2005. Peningkatan pesat yang berlaku di sana memang menakjubkan. Eric berkata, “Dua tahun lalu, kumpulan kami di pekan Tanguiéta hanya ada 9 orang penyiar; sekarang ada 30 orang penyiar. Pada hari Ahad, kira-kira 50 hingga 80 orang menghadiri perjumpaan. Hasilnya, sukacita yang kami alami tidak terhingga.”

Katy dan Eric menginjil di Benin

Katy dan Eric

KENALI CABARAN DAN ATASINYA

Benjamin tersenyum

Benjamin

Apakah cabaran yang dihadapi oleh mereka yang berpindah ke negara lain? Benjamin berumur 33 tahun dan merupakan adik kepada Anne-Rakel. Pada tahun 2000 di Denmark, dia berjumpa dengan seorang mubaligh yang pernah berkhidmat di Togo. Benjamin berkata, “Selepas memberitahu niat saya untuk merintis kepadanya, dia berkata, ‘Kamu boleh merintis di Togo.’” Benjamin berfikir dan berkata, “Pada masa itu, saya belum lagi berumur 20 tahun, tetapi dua orang kakak saya sudah pun berkhidmat di Togo. Oleh itu, lebih senang untuk saya ke sana.” Walaupun Benjamin sudah berpindah, dia masih menghadapi cabaran. Benjamin menerangkan, “Saya tidak tahu bahasa Perancis. Enam bulan pertama memang susah kerana saya tidak dapat berkomunikasi.” Namun, Benjamin membuat kemajuan beransur-ansur. Kini dia berkhidmat di Bethel Benin. Dia mengedarkan bahan bacaan dan membantu di bahagian komputer.

Marie-Agnès dan Michel menginjil dari rumah ke rumah di Benin

Marie-Agnès dan Michel

Sebelum berpindah ke Benin, Eric dan Katy, yang disebutkan tadi, berkhidmat di sidang bahasa asing di Perancis. Apakah cabaran di Afrika Barat? Katy berkata, “Tidak senang untuk mendapatkan tempat tinggal yang sesuai. Berbulan-bulan kami tinggal di rumah yang tidak mempunyai elektrik dan bekalan air.” Eric menambah, “Jiran sering memainkan muzik dengan kuat sehingga larut malam. Kita perlu bersabar dan rela menyesuaikan diri.” Mereka berkata, “Menginjil kepada orang yang tidak pernah mendengar kebenaran membuat kami gembira lalu melupakan segala masalah yang dihadapi.”

Michel dan Marie-Agnès ialah sepasang suami isteri Perancis yang berumur lewat 50-an yang berpindah ke Benin lima tahun lalu. Sebelum berpindah, mereka berasa khuatir. Sesetengah orang berfikir bahawa rancangan mereka berisiko. Dia berkata, “Kalau bukan Yehuwa yang menyokong kami, tentu kami gelisah sekali. Jadi kami berpindah demi Yehuwa dan dengan bantuan Yehuwa.”

CARA MEMPERSIAPKAN DIRI

Mereka yang berkhidmat di negara lain menekankan pentingnya untuk mempersiapkan diri menerusi langkah-langkah ini: Buat rancangan awal. Belajar untuk menyesuaikan diri. Mengawal perbelanjaan. Bergantung pada Yehuwa.—Luk. 14:28-30.

Sébastien, yang disebutkan tadi, menceritakan, “Sebelum berpindah, Johanna dan saya menyimpan wang selama dua tahun dengan mengurangkan perbelanjaan untuk hiburan dan perkara yang tidak diperlukan.” Untuk terus berkhidmat di luar negara, mereka bekerja di Eropah untuk beberapa bulan setiap tahun, kemudian mereka merintis di Benin pada bulan-bulan yang seterusnya.

Marie-Thérèse

Marie-Thérèse

Marie-Thérèse ialah salah seorang daripada 20 saudari bujang yang berkhidmat di Afrika Barat. Di Perancis dia bekerja sebagai pemandu bas. Namun pada 2006, dia bercuti untuk merintis di Niger selama setahun. Kemudian, dia sedar bahawa inilah kehidupan yang dia dambakan. Marie-Thérèse berkata, “Selepas pulang ke Perancis, saya bercakap dengan majikan tentang hasrat saya untuk mengubah jadual kerja, dan dia setuju. Sekarang, dari bulan Mei hingga Ogos, saya kerja sebagai pemandu bas di Perancis, dan dari bulan September hingga April, saya berkhidmat sebagai perintis di Niger.”

Saphira di pasar Benin

Saphira

Mereka yang ‘mengutamakan Pemerintahan Tuhan’ boleh yakin bahawa Yehuwa akan menjaga semua keperluan mereka. (Mat. 6:33) Contohnya, Saphira, seorang saudari yang berumur lewat 20-an, merintis di Benin. Pada 2011, dia balik ke Perancis untuk mencari nafkah agar dapat berkhidmat di Afrika untuk setahun lagi (tahun keenamnya). Saphira berkata, “Hari ini Jumaat, hari terakhir saya bekerja. Tetapi saya masih memerlukan kerja sepuluh hari lagi agar dapat membiayai perbelanjaan untuk tahun yang seterusnya. Saya hanya ada dua minggu lagi di Perancis. Saya berdoa kepada Yehuwa dan menjelaskan situasi saya. Kemudian, sebuah agensi pekerjaan menelefon saya dan bertanya jika saya boleh menggantikan seorang pekerja untuk dua minggu.” Pada hari Isnin, Saphira pergi ke tempat kerja untuk mendapatkan latihan daripada pekerja yang dia akan gantikan. Saphira berkata, “Tidak sangka bahawa pekerja itu ialah seorang saudari yang memerlukan cuti sepuluh hari untuk menghadiri Sekolah Latihan Perintis! Majikan enggan meluluskan cutinya kecuali dia dapat mencari orang yang dapat menggantikan tempatnya. Dia telah berdoa meminta bantuan Yehuwa—sama seperti saya.”

SUMBER KEPUASAN SEJATI

Sesetengah saudara saudari yang lama berkhidmat di Afrika Barat terus menetap di sana. Yang lain pula, tinggal untuk beberapa tahun dan kembali ke negara asal. Mereka yang pernah berkhidmat di negara lain masih meraih manfaat daripada pengalaman mereka. Mereka menyedari bahawa kepuasan sejati datang daripada khidmat kepada Yehuwa.

a Pejabat cawangan Benin mengawasi kerja penyebaran di empat negara tersebut, dan mereka menggunakan bahasa Perancis.

Cara Melatih Orang Lain

Pascal sedang melatih seorang saudara

Pascal, seorang perintis dan penatua dari Perancis, berkhidmat di Benin lebih daripada 12 tahun. Dia berkata, “Melihat kemajuan saudara saudari ialah satu berkat.” Bagaimanakah dia membantu mereka membuat kemajuan?

“Saya menyesuaikan latihan mengikut keperluan setiap individu. Semasa menyebar, saya belajar daripada saudara saudari tempatan cara untuk memberi salam. Saya pula mengajar mereka mengambil nota. Banyak jalan tiada nama dan banyak rumah tiada nombor. Ada yang tidak dapat membuat kunjungan kembali kerana tidak mencatat nota. Saya menunjukkan bahawa nota ringkas mengingatkan kita tentang orang yang berminat dan tempat tinggal mereka. Hal ini mendorong kita untuk membuat kunjungan kembali.”

“Di sini, orang belajar melalui pendengaran. Mereka pandai bercakap beberapa bahasa tanpa belajar daripada buku, tetapi membaca adalah mencabar bagi mereka. Saya mengadakan latihan membaca bersama beberapa saudara. Seraya mereka membuat kemajuan, mereka semakin suka membaca. Kemudian, saya mengajar mereka cara membuat penyelidikan. Mereka cepat maju dan tidak lama kemudian dilantik sebagai pembantu sidang.”

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi