PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w15 1/4 ms. 4-7
  • Kursus Pembelajaran Bible untuk Semua

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kursus Pembelajaran Bible untuk Semua
  • Menara Pengawal—2015
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • SOALAN YANG BIASA DITANYA MENGENAI KURSUS BIBLE
  • Apakah Kursus Pembelajaran Bible yang Ditawarkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa?
    Soalan Lazim
  • Di Manakah Jawapan bagi Soalan Penting dalam Hidup?
    Di Manakah Jawapan bagi Soalan Penting dalam Hidup?
  • Adakah anda suka apa yang dipelajari?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Mari Belajar Bible
  • Mengapa Belajar Bible?
    Menara Pengawal—2015
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal—2015
w15 1/4 ms. 4-7
Sebuah pembelajaran Bible

TOPIK UTAMA | INGINKAH ANDA BELAJAR BIBLE?

Kursus Pembelajaran Bible untuk Semua

Saksi-Saksi Yehuwa dikenali kerana melakukan kerja penyebaran. Namun, tahukah anda bahawa kami juga mengadakan kursus pembelajaran Bible di serata dunia?

Seorang lelaki sedang menikmati pembelajaran Bible di tempat kerjanya

Pada tahun 2014, lebih daripada 8,000,000 Saksi-Saksi Yehuwa mengadakan hampir 9,500,000 pembelajaran Bible setiap bulan di 240 buah negara.a Sebenarnya, angka itu jauh lebih tinggi daripada jumlah penduduk di banyak negara!

Untuk menjalankan kerja pendidikan ini, Saksi-Saksi Yehuwa menerbitkan sekitar 1.5 bilion Bible, buku, majalah, dan bahan bacaan lain setiap tahun. Bahan ini disediakan dalam sekitar 700 bahasa! Usaha yang hebat ini membantu ramai orang untuk belajar Bible dalam bahasa sendiri.

“Saya tidak suka belajar semasa zaman sekolah, tetapi saya suka belajar Bible. Apa yang saya pelajari membawa kelegaan!”—Katlego, Afrika Selatan.

“Kursus ini menjawab pertanyaan saya serta banyak soalan yang lain.”—Bertha, Mexico.

“Saya dapat belajar Bible di rumah pada masa yang sesuai bagi saya. Hal ini sangat bagus!”—Eziquiel, Brazil.

“Setiap pembelajaran biasanya berlangsung selama 15 hingga 30 minit. Ada kalanya lebih lama, terpulang kepada situasi saya.”—Viniana, Australia.

“Kursus ini percuma. Hal ini sangat hebat!”—Aimé, Benin.

“Guru Bible saya sangat sabar dan baik hati. Kami menjadi kawan yang rapat.”—Karen, Ireland Utara.

“Ramai orang yang belajar Bible tidak menjadi Saksi-Saksi Yehuwa.”—Denton, England.

SOALAN YANG BIASA DITANYA MENGENAI KURSUS BIBLE

Bagaimanakah kursus ini diadakan?

Kami akan membincangkan pelbagai topik Bible dan melihat ayat Bible yang berkaitan. Contohnya, Bible mempunyai jawapan kepada soalan-soalan seperti: Siapakah Tuhan? Apakah sifat Tuhan? Adakah Tuhan mempunyai nama? Di manakah Dia tinggal? Bolehkah kita menghampiri-Nya? Biasanya kita tidak tahu bagaimana untuk mencari jawapannya dalam Bible.

Untuk membantu orang mencari jawapan kepada soalan-soalan sebegini, kami menggunakan buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?b Buku ini direka khas untuk membantu orang memahami ajaran asas Bible. Terdapat pelajaran mengenai Tuhan, Yesus, penderitaan, pembangkitan, doa, dan sebagainya.

Bila dan di manakah pembelajaran Bible boleh diadakan?

Pembelajaran Bible boleh diadakan pada masa dan tempat pilihan anda.

Berapa lamakah setiap sesi pembelajaran Bible?

Ramai orang belajar selama satu jam setiap minggu. Tetapi jangka masa ini boleh diubah. Kami akan menyesuaikannya mengikut keadaan anda. Ada juga yang belajar selama 10 atau 15 minit sahaja setiap minggu.

Berapakah bayarannya?

Kursus ini dan bahan bacaan yang digunakan adalah percuma. Hal ini selaras dengan arahan Yesus kepada pengikutnya: “Kamu menerima secara percuma, jadi berilah dengan percuma.”—Matius 10:8.

Berapa lamakah kursus ini berlangsung?

Hal ini terpulang kepada anda. Buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? mengandungi 19 pelajaran. Anda boleh memilih untuk belajar beberapa pelajaran atau semua pelajaran.

Adakah saya harus menjadi Saksi-Saksi Yehuwa?

Tidak. Kami menghormati hak orang untuk memilih kepercayaan masing-masing. Tetapi pengetahuan asas mengenai Bible dapat membantu anda untuk membuat keputusan yang wajar.

Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?

Laman web jw.org/ms memberikan maklumat yang tepat mengenai kepercayaan dan kegiatan Saksi-Saksi Yehuwa.

Bagaimanakah saya boleh memohon pembelajaran Bible?

  • Orang sedang memohon pembelajaran Bible melalui laman web, surat, dan sebagainya

    Buat permohonan menerusi laman web www.pr2711.com/ms.

  • Tulis surat dan hantarnya ke alamat pada muka surat kedua majalah ini.

a Pembelajaran Bible biasanya diadakan secara individu atau dalam kumpulan kecil.

b Lebih daripada 230 juta buku ini telah diterbitkan dalam lebih daripada 260 bahasa oleh Saksi-Saksi Yehuwa.

BANTUAN UNTUK KELUARGA

Eziquiel

“Apabila isteri saya belajar Bible, dia membuat perubahan yang besar. Kehidupan keluarga kami semakin baik. Oleh sebab saya ingin tahu apa yang dipelajarinya, saya mula belajar Bible. Apa yang saya pelajari menjadikan saya orang yang lebih baik. Pembelajaran Bible menyatukan kami sekeluarga.”—Eziquiel.

Karen

“Selepas belajar Bible, saya berhenti menagih dadah, minum arak secara berlebihan, dan dapat mengawal kemarahan saya. Rumah saya lebih bersih dan kemas. Saya lebih menghargai keluarga saya dan ingin membuat mereka gembira. Saya sendiri juga gembira.”—Karen.

Viniana

“Ada orang yang mengutuk saya kerana belajar Bible. Tetapi suami saya menyokong saya dan berkata, ‘Saya tidak kisah apa orang lain kata. Kamu telah menjadi orang yang lebih baik. Itulah yang penting bagi saya. Teruslah belajar Bible.’ Keluarga kami menjadi semakin bahagia!”—Viniana.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi