PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w15 1/7 ms. 3
  • Dunia Penuh dengan Kekhuatiran!

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Dunia Penuh dengan Kekhuatiran!
  • Menara Pengawal—2015
  • Bahan yang Berkaitan
  • Khuatir tentang Bahaya
    Menara Pengawal—2015
  • Bagaimanakah Saya Dapat Mengatasi Perasaan Khuatir?
    Kaum Muda Bertanya
  • Lemparkanlah Segala Kekhuatiran kepada Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Kekhuatiran Kaum Lelaki—Bagaimana Bible Dapat Membantu
    Topik-Topik Lain
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal—2015
w15 1/7 ms. 3

TOPIK UTAMA | CARA MENANGANI KEKHUATIRAN

Dunia Penuh dengan Kekhuatiran!

“Saya pergi beli makanan, tetapi hanya ada biskut. Harga biskut pula 10,000 kali lebih mahal daripada harga asal! Keesokan hari, langsung tiada makanan di kedai.”—Paul, Zimbabwe.

“Suami saya kata dia akan meninggalkan kami. Bagaimanakah saya dapat menghadapi situasi ini? Apakah yang akan terjadi kepada anak-anak saya?”—Janet, Amerika Syarikat.

“Apabila siren berbunyi, saya lari mencari perlindungan. Saya meniarap dan bunyi letupan kedengaran. Berjam-jam kemudian, tangan saya masih menggeletar.”—Alona, Israel.

Seorang lelaki khuatir tentang peperangan, kemiskinan, wabak penyakit, dan masalah hidup

Kita hidup pada “masa genting yang sukar.” (2 Timotius 3:1) Ramai orang bimbang tentang krisis kewangan, masalah keluarga, peperangan, penyakit yang membawa maut, bencana alam, atau bencana yang diakibatkan manusia. Ada juga yang tertanya: “Adakah saya menghidapi penyakit barah? Bagaimanakah keadaan dunia apabila cucu-cicit saya membesar nanti?”

Kekhuatiran tidak semestinya sesuatu yang buruk. Kita biasanya berasa khuatir sebelum peperiksaan, persembahan, atau temu duga kerja. Jika kita khuatir akan keselamatan, kita akan mengambil langkah berjaga-jaga. Oleh itu, rasa khuatir ada manfaatnya. Namun, jika kita selalu khuatir, kesihatan kita akan terjejas. Suatu kajian ke atas 68,000 orang menunjukkan bahawa kekhuatiran boleh memendekkan nyawa. Yesus berkata, “Siapakah antara kamu yang dapat memanjangkan hayat walaupun sedikit dengan berasa khuatir?” Itulah sebabnya Yesus berkata, “Jangan khuatir.” (Matius 6:25, 27) Bagaimanakah kita boleh menerapkan nasihat Yesus?

Kita perlu mengambil langkah praktikal, memupuk iman, dan percaya kepada harapan yang dijanjikan Tuhan. Memandangkan kita semua tidak terkecuali daripada kesusahan, marilah kita lihat bagaimana Paul, Janet, dan Alona menangani kekhuatiran mereka.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi