PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w15 1/10 ms. 5
  • Tuhan Menjemput Kita untuk Berdoa kepada-Nya

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tuhan Menjemput Kita untuk Berdoa kepada-Nya
  • Menara Pengawal—2015
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Tuhan ingin bersahabat dengan anda.
  • Tuhan ingin membantu anda.
  • Manusia memiliki keperluan rohani.
  • Adakah Tuhan Mendengar Doa Anda?
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
  • Jawapan Bible
    Menara Pengawal—2014
  • Doa—Penghormatan yang Istimewa
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Mendekati Tuhan Melalui Doa
    Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita?
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal—2015
w15 1/10 ms. 5

TOPIK UTAMA | APAKAH MANFAATNYA BERDOA?

Tuhan Menjemput Kita untuk Berdoa kepada-Nya

Tuhan ingin bersahabat dengan anda.

Dua orang kawan berkomunikasi agar hubungan mereka erat. Apabila kita berdoa, hubungan kita dengan Tuhan juga menjadi erat. Dia berkata, “Kamu akan datang untuk berdoa kepada-Ku, dan Aku akan menjawab doa kamu.” (Yeremia 29:12) Doa membantu anda ‘menghampiri Tuhan dan Dia pun akan menghampiri anda.’ (Yakobus 4:8) Bible berkata: “Dia dekat dengan orang yang berseru kepada-Nya.” (Mazmur 145:18) Semakin kerap kita berdoa, semakin rapat hubungan kita dengan Tuhan.

‘Yehuwa dekat dengan orang yang berseru kepada-Nya, dan yang memohon kepada-Nya dengan tulus hati.’—Mazmur 145:18

Tuhan ingin membantu anda.

Yesus berkata, “Siapakah antara kamu yang akan memberikan batu kepada anaknya apabila anaknya meminta roti? Atau siapakah yang akan memberikan ular kepada anaknya apabila anaknya meminta ikan? Oleh itu, jika kamu . . . tahu memberikan apa yang baik kepada anak-anakmu, apatah lagi Bapa kamu yang di syurga! Sudah pasti Dia akan memberikan apa yang baik kepada mereka yang meminta daripada-Nya.” (Matius 7:9-11) Ya, Tuhan “mengambil berat” dan ingin menolong anda. (1 Petrus 5:7) Dia menjemput anda untuk memberitahu-Nya segala masalah anda. Bible berkata, “Janganlah khuatir akan apa-apa pun. Dalam segala hal, nyatakanlah permohonan kamu kepada Tuhan melalui doa dan rayuan yang disertai ucapan syukur.”—Filipi 4:6.

Manusia memiliki keperluan rohani.

Beberapa pakar mendapati bahawa jutaan orang berasa bahawa mereka perlu berdoa, termasuk mereka yang tidak percaya atau meragui kewujudan Tuhan.a Kita memang diciptakan dengan keperluan rohani. Yesus berkata, “Berbahagialah orang yang sedar akan keperluan rohani mereka.” (Matius 5:3) Kita dapat memenuhi keperluan ini dengan sentiasa berdoa.

Apakah manfaatnya jika kita menerima jemputan untuk berdoa kepada Tuhan?

a Menurut kajian Pusat Penyelidikan Pew tahun 2012, 11% orang di Amerika Syarikat yang tidak percaya atau meragui kewujudan Tuhan berdoa sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Doa Merangkumi Apa?

Bible menunjukkan bahawa doa merangkumi semua aspek kehidupan kita seperti:

  • Mengakui Dosa “Aku mengakui dosaku kepada-Mu; aku tidak menyembunyikan perbuatanku yang salah.”—Mazmur 32:5.

  • Mengucap Syukur ‘Alangkah baiknya bersyukur kepada-Mu, ya Yehuwa.’—Mazmur 92:2.

  • Memuji “Aku tidak akan berhenti memuji Dia.”—Mazmur 34:2.

  • Memohon Bimbingan “Dia membimbing aku di jalan yang benar, sebagaimana yang dijanjikan-Nya.”—Mazmur 23:3.

  • Meminta Kekuatan “Pandanglah aku dan kasihanilah aku; kuatkanlah aku.”—Mazmur 86:16.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi