PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w18 Julai ms. 30-31
  • Cara Membuat Pembelajaran Bible Lebih Berkesan dan Menyeronokkan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Cara Membuat Pembelajaran Bible Lebih Berkesan dan Menyeronokkan
  • Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
  • Bahan yang Berkaitan
  • Yosua 1:9—“Kuatkanlah dan Mantapkanlah Hatimu”
    Ayat Bible Dijelaskan
  • Dapatkan Manfaat yang Sepenuhnya daripada Bible
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Memanfaatkan Pemberian Yehuwa dengan Sepenuhnya
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Tingkatkan Mutu Pembelajaran Anda!
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
w18 Julai ms. 30-31
Yosua membaca Hukum berdekatan pelita

Cara Membuat Pembelajaran Bible Lebih Berkesan dan Menyeronokkan

Yosua membaca Hukum; tembok Yerikho roboh kecuali rumah Rahab; Yosua mengangkat tangan ke langit sambil berdoa

YOSUA diberi tugas yang amat mencabar. Dia perlu memimpin orang Israel ke Tanah yang Dijanjikan. Namun Yehuwa menjamin bahawa dia pasti berjaya dan menggalakkannya dengan berfirman, ‘Hendaklah engkau berani dan teguh. Patuhilah Hukum-Ku. Bacalah dan renungkannya siang dan malam, supaya engkau mematuhi semua yang tertulis dalamnya dengan sungguh-sungguh. Dengan demikian, engkau akan berjaya dan bertindak dengan bijak.’​—Yos. 1:7, 8.

Pada “masa genting yang sukar dihadapi” ini, kita juga dilanda banyak cabaran. (2 Tim. 3:1) Kita dapat mengatasinya jika kita mengikut nasihat yang diberikan Yehuwa kepada Yosua. Kita perlu membaca Bible dengan tetap dan menerapkan prinsipnya semasa diuji.

Kita mungkin tidak pandai atau tidak suka belajar. Meskipun begitu, mempelajari Bible sangat penting. Kotak “Cubalah Beberapa Cadangan Ini” mengandungi beberapa tip yang dapat membuat pembelajaran anda lebih berkesan dan menyeronokkan.

Pemazmur bernyanyi, “Bimbinglah aku agar mematuhi perintah-Mu, kerana perintah-Mu menggembirakan aku.” (Mzm. 119:35) Ya, apabila anda mengkaji Firman Tuhan, anda akan menjumpai permata-permata rohani yang membawa kegembiraan.

Walaupun anda tidak perlu memimpin sebuah bangsa, anda perlu menghadapi cabaran tersendiri. Maka, seperti Yosua, kajilah dan patuhilah Firman Tuhan, yang ditulis demi manfaat anda. Dengan itu, anda pun dapat berjaya dan bertindak dengan bijak.

CUBALAH BEBERAPA CADANGAN INI

  • Seorang lelaki memegang tangannya sambil berdoa

    Berdoa sebelum belajar. Bible mengandungi fikiran Yehuwa, yang dicatatkan demi manfaat anda. Maka semasa membaca Bible, mohonlah bantuan Tuhan agar anda memahami, mengingati, dan menerapkan apa yang dibaca.​—Ezr. 7:10.

  • Seorang lelaki menanya diri soalan

    Tanyalah diri soalan semasa membaca Bible atau bahan bacaan Bible. Contohnya, “Apakah yang saya belajar tentang Yehuwa? Apakah kaitan petikan ini dengan tema Bible? Bagaimanakah saya dapat menggunakan maklumat ini untuk membantu orang lain?”

  • Seorang lelaki membuat perenungan

    Renungkan apa yang dipelajari. Berhenti sejenak dan tanyalah diri, “Apakah perasaan saya setelah membaca maklumat tadi? Mengapa saya berasa begitu? Apakah kaitannya dengan pengalaman saya dahulu, keadaan saya sekarang, atau hal yang mungkin akan terjadi? Bagaimanakah saya dapat menggunakan nasihat dan prinsip ini dalam kehidupan saya?” (Ayb. 23:5; Mzm. 49:3) Cubalah jelaskan mengapa Yehuwa menyuruh umat-Nya menjauhi amalan tertentu, atau apa yang mungkin terjadi jika watak yang anda baca mengambil tindakan yang berbeza.​—Ul. 32:28, 29.

  • Seorang lelaki membayangkan kisah Bible

    Gunakan imaginasi semasa membaca. Contohnya, dapatkah anda bayangkan keadaannya ketika Yusuf dijual kepada orang Ismael? (Kej. 37:18-28) Apakah yang anda lihat, dengar, dan hidu? Jiwailah watak dalam kisah Bible, dan hayatilah fikiran dan perasaan mereka. Dengan itu, pembelajaran anda akan menjadi lebih menarik dan bermakna.

  • Seorang lelaki menggunakan alat penyelidikan

    Gunakan alat penyelidikan untuk memperkaya pembelajaran anda. Belajarlah untuk menggunakan alat-alat dalam bahasa anda, sama ada dalam bentuk cetakan ataupun elektronik. Janganlah malu untuk minta bantuan orang lain jika perlu. Anda dapat mencari maklumat tentang pelbagai topik dan penjelasan bagi banyak ayat Bible dengan menggunakan PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower atau Panduan Penyelidikan Saksi-Saksi Yehuwa. Jika lampiran dalam Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu terdapat dalam bahasa yang anda fahami, anda dapat mencari maklumat tentang geografi, susunan masa, ukuran dan timbangan, dan sebagainya.

  • Seorang lelaki merumuskan isi penting

    Rumuskan isi-isi penting daripada bahan yang baru dipelajari. Lebih baik lagi, beritahulah orang lain tentangnya, contohnya semasa menginjil. Dengan berbuat demikian, anda bukan sahaja dapat ingat isi-isi penting, malah dapat menggunakannya untuk membantu orang lain.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi