PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp19 No. 2 ms. 8-9
  • Ketika Pasangan Berlaku Curang

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Ketika Pasangan Berlaku Curang
  • Menara Pengawal (Umum)—2019
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • AYAT BIBLE YANG DAPAT MEMBANTU
  • Mendapat Kelegaan Semasa Kesusahan
    Menara Pengawal (Umum)—2016
  • Bible Mengubah Hidup
    Menara Pengawal—2011
  • 3 Bertahan Menghadapi Masalah
    Menara Pengawal (Umum)—2018
  • Khuatir tentang Keluarga
    Menara Pengawal—2015
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal (Umum)—2019
wp19 No. 2 ms. 8-9
Seorang wanita berdoa

Ketika Pasangan Berlaku Curang

“Saya rasa ingin mati semasa suami saya kata dia akan tinggalkan saya demi seorang perempuan yang lebih muda. Saya rasa sangat tidak adil, kerana saya sudah buat begitu banyak pengorbanan untuk dia.”​—Maria, Sepanyol.

“Semasa saya tiba-tiba ditinggalkan isteri, hati saya bagaikan disiat-siat. Impian, harapan, dan rancangan kami semuanya hancur berkecai. Ada masanya saya fikir saya tidak lagi susah hati, tetapi kemudian saya tenggelam semula dalam kemurungan.”​—Bill, Sepanyol.

KITA pasti hancur hati jika teman hidup kita berlaku curang. Memang benar, sesetengah orang dapat memaafkan dan berbaik semula dengan pasangan mereka yang insaf.a Namun, tidak kira perkahwinan mereka berjaya diselamatkan atau tidak, pihak yang dikhianati tentu amat pedih hati. Bagaimanakah mereka dapat menghadapi situasi sebegini?

AYAT BIBLE YANG DAPAT MEMBANTU

Ramai orang yang berdukacita kerana dikhianati pasangan mereka telah mendapat kelegaan dengan membaca Bible. Melalui Bible, mereka tahu bahawa Tuhan melihat air mata mereka dan merasai keperitan mereka.​—Maleakhi 2:13-16.

“Apabila aku dilanda kekhuatiran, Engkau menenangkan dan melegakan jiwaku.”​—Mazmur 94:19.

“Semasa membaca ayat itu, saya dapat bayangkan Yehuwa seperti seorang bapa yang penyayang, yang sedang membelai-belai hati saya yang merana,” kata Bill.

“Engkau setia kepada orang yang setia.”​—Mazmur 18:25.

Suami Carmen telah berlaku curang selama berbulan-bulan. Carmen berkata, “Suami saya tidak setia, tetapi saya yakin Yehuwa selalu setia. Dia tidak akan mengecewakan saya.”

“Janganlah khuatir akan apa-apa pun. Dalam segala hal, nyatakanlah permohonan kamu kepada Tuhan melalui doa dan rayuan . . . Dengan demikian kesejahteraan daripada Tuhan, yang jauh lebih unggul daripada apa yang dapat difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan fikiran kamu.”​—Filipi 4:6, 7.

“Saya baca ayat itu berulang kali,” kata Sasha. “Apabila saya semakin kerap berdoa, Tuhan membantu saya hidup tenang dan sejahtera.”

Semua orang yang disebut tadi pernah terfikir untuk menyerah, tetapi mereka percaya kepada Tuhan Yehuwa, dan mereka dikuatkan setelah mengkaji Bible. Bill berkata, “Kepercayaan sayalah yang memberi saya tujuan hidup apabila hal-hal lain dalam hidup saya hancur. Walaupun saya terpaksa berjalan ‘di lembah yang gelap-gelita’ untuk seketika, Tuhan ada bersama saya.”​—Mazmur 23:4.

a Semasa mempertimbangkan sama ada untuk memaafkan pasangan hidup yang curang atau tidak, maklumat dalam Sedarlah! terbitan 22 April 1999 (bahasa Indonesia) dapat membantu anda: “Perselingkuhan​—Konsekuensinya yang Tragis,” “Mungkinkah Bersatu Kembali?” dan “Memilih Bercerai.”

Bagaimana Sesetengah Orang Menanganinya

Renungkan ayat-ayat Bible yang melegakan.

“Saya membaca buku Ayub dan kemudiannya buku Mazmur,” kata Bill. “Saya tandakan semua ayat yang mirip dengan situasi saya. Saya dapati watak dalam Bible pun pernah mengalami kesakitan dan kerunsingan yang saya rasai.”

Biar muzik menjadi penenang jiwa.

“Semasa saya tidak dapat tidur pada waktu malam,” kata Carmen, “saya akan dengar muzik lalu berasa lebih tenang.” Daniel berkata, “Saya belajar main gitar. Alunan muziknya bantu saya berasa lebih tenang dan tenteram.”

Luahkan perasaan.

“Dahulu, saya jarang bercakap tentang perasaan sendiri,” kata Daniel. Namun, selepas peristiwa yang sedih itu, Daniel mendapat sokongan daripada beberapa orang kawan baik. Dia berkata, “Setiap hari saya akan bercakap dengan mereka. Saya akan luahkan perasaan saya kepada mereka, sama ada dengan menulis surat atau semasa berbual. Hal itu sangat membantu saya.” Sasha berkata, “Bantuan keluarga saya sangat penting. Ibu saya sentiasa bersedia mendengar keluhan saya. Kasih dan jagaan bapa saya juga telah membantu saya perlahan-lahan pulih.”

Terus berdoa.

“Saya sentiasa berdoa,” kata Carmen. “Saya dapat rasa Tuhan berada di sisi saya dan mendengar serta membantu saya. Waktu yang mencabar ini telah mendekatkan saya kepada Tuhan.”

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi