PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp19 No. 3 ms. 14-15
  • Hidup Bahagia pada Masa Ini

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Hidup Bahagia pada Masa Ini
  • Menara Pengawal (Umum)—2019
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MENCARI KEPUASAN
  • MENGHADAPI MASALAH KESIHATAN
  • MENGUKUHKAN PERKAHWINAN
  • Dua Kunci kepada Perkahwinan yang Berkekalan
    Rahsia Kebahagiaan Keluarga
  • Adakah Wang Punca Segala Kejahatan?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Cara untuk Berpuas Hati
    Sedarlah!—2021
  • Rahsia Kebahagiaan Keluarga—Bahagian 1
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal (Umum)—2019
wp19 No. 3 ms. 14-15
Salah seorang ahli sains yang ditunjukkan tadi sedang memasak bersama isterinya

Hidup Bahagia pada Masa Ini

KEHIDUPAN tanpa penyakit, usia tua, dan kematian—anda dapat menikmati masa depan sebegini! Namun, kehidupan kita sekarang masih dipenuhi masalah dan kesusahan. Apakah yang dapat membantu anda? Nasihat Bible dapat membimbing anda untuk menangani cabaran hidup sekarang dan menikmati kehidupan yang bahagia dan puas. Mari kita perhatikan beberapa contoh.

MENCARI KEPUASAN

Nasihat Bible: “Hendaklah cara hidup kamu bebas daripada cinta akan wang. Sebaliknya hendaklah kamu berpuas hati dengan apa yang kamu miliki.”​—Ibrani 13:5.

Dunia hari ini menyajikan bermacam-macam barangan dan perkhidmatan yang kononnya diperlukan. Namun, Bible menyatakan bahawa kita dapat ‘berpuas hati dengan apa yang dimiliki.’ Bagaimana?

Elakkan “sikap cinta akan wang.” Demi wang, sesetengah orang mengorbankan kesihatan, keluarga, sahabat, nilai moral, dan bahkan maruah sendiri. (1 Timotius 6:10) Namun, perbuatan itu langsung tidak berbaloi, kerana orang yang mengejar kekayaan “tidak akan berasa puas.”​—Pengkhutbah 5:10.

Hargai orang, bukan benda. Benda-benda memang ada kegunaannya. Tetapi benda tidak dapat mengasihi atau menghargai kita; hanya manusia dapat berbuat demikian. Jika kita memiliki “sahabat sejati,” kita dapat meraih kepuasan dalam hidup.​—Amsal 17:17.

JIKA KITA MENGIKUT NASIHAT BIBLE, KITA DAPAT HIDUP BAHAGIA SEKARANG JUGA

MENGHADAPI MASALAH KESIHATAN

Nasihat Bible: “Hati yang gembira bagaikan ubat yang mujarab.”​—Amsal 17:22.

Seperti “ubat yang mujarab,” hati yang gembira dapat membantu kita bertabah meskipun sakit. Tetapi bagaimanakah kita dapat bersukacita semasa sakit?

Bersyukurlah. Jika kita asyik memikirkan masalah sendiri, kita akan berasa bahawa kehidupan kita “sentiasa dipenuhi kesengsaraan.” (Amsal 15:15) Bible menasihati kita, “Tunjukkanlah kesyukuran kamu.” (Kolose 3:15) Belajarlah untuk menghargai hal-hal yang baik dalam kehidupan, termasuk hal-hal yang kecil. Contohnya, langit senja yang indah, angin yang bertiup sepoi-sepoi, senyuman di wajah orang tersayang—semua itu merupakan nikmat dalam hidup.

Bantulah orang lain. Bible menyatakan, “Lebih berbahagia memberi daripada menerima.” Kata-kata itu benar biarpun semasa kita kurang sihat. (Kisah 20:35) Semasa usaha kita dihargai, kita akan berasa puas dan tidak terlalu memikirkan masalah sendiri. Apabila kita membantu orang lain membaiki kehidupan mereka, kehidupan kita pun akan bertambah baik.

MENGUKUHKAN PERKAHWINAN

Nasihat Bible: “Mengenal pasti perkara- perkara yang lebih penting.”​—Filipi 1:10.

Jika suami isteri jarang menghabiskan masa bersama-sama, hubungan mereka mungkin menjadi renggang. Oleh itu, suami dan isteri perlu mengutamakan perkahwinan mereka, kerana itulah salah satu perkara yang lebih penting dalam kehidupan.

Lakukan sesuatu bersama-sama. Daripada melakukan aktiviti kegemaran secara berasingan, rancanglah supaya anda berdua dapat melakukan sesuatu bersama-sama. Bible menyatakan, “Berdua lebih baik daripada seorang diri.” (Pengkhutbah 4:9) Anda berdua boleh memasak, bersenam, meminum kopi sambil bersembang, atau melakukan suatu kegiatan bersama-sama sebagai hobi.

Ungkapkan kasih anda. Bible menggalakkan suami isteri untuk mengasihi dan menghormati satu sama lain. (Efesus 5:28, 33) Senyuman yang manis, pelukan yang penuh kasih, atau hadiah yang kecil, sangat berguna untuk menguatkan perkahwinan. Sudah pasti, hubungan seks hanya patut dilakukan antara suami dan isteri.​—Ibrani 13:4.

“AKHIRNYA, HIDUP SAYA ADA TUJUAN!”

—Diceritakan oleh Ryoko Miyamoto, Jepun.

Hidup saya susah. Suami saya kaki botol dan menganggur. Dia tidak mahu menyara empat orang anak kami. Saya bekerja bermati-matian, tetapi masalah saya nampaknya tidak berpenghujung. Maka saya tertanya-tanya, “Adakah ini takdir, atau adakah ini hukuman kerana dosa saya pada kehidupan lampau?”

Kemudian, seorang Saksi-Saksi Yehuwa datang ke rumah saya. Sambil tersenyum manis, dia bercakap tentang Kerajaan Tuhan dan kehidupan kekal dengan penuh semangat. Dia juga menawarkan pembelajaran Bible. Tidak lama selepas itu, saya belajar bahawa Tuhan yang adil, bijak, dan pengasih memang wujud. Saya juga belajar tentang keadaan sebenar orang mati dan memahami bahawa kesusahan saya tidak ditakdirkan.

Penting sekali, saya sedar bahawa satu-satunya cara untuk hidup dengan puas adalah dengan menghampiri Tuhan. Kebenaran Bible telah menggalakkan, menyegarkan, dan membebaskan saya. Akhirnya, hidup saya ada tujuan!

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi