PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp20 No. 1 ms. 12-13
  • Kebenaran tentang Kerajaan Tuhan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kebenaran tentang Kerajaan Tuhan
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apakah Kerajaan Tuhan?
    Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita?
  • Apakah Itu Kerajaan Tuhan?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Apa Itu Kerajaan Tuhan?
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
  • Apakah Itu Kerajaan Tuhan?
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
wp20 No. 1 ms. 12-13
Bumi disinari cahaya matahari

Kebenaran tentang Kerajaan Tuhan

Yesus mengajar murid-muridnya untuk berdoa, “Bapa kami yang di syurga, semoga nama-Mu disucikan. Datanglah Kerajaan-Mu. Semoga kehendak-Mu terlaksana di bumi seperti di syurga.” (Matius 6:9, 10) Apakah itu Kerajaan Tuhan? Apakah yang akan dilakukannya? Mengapakah kita harus berdoa agar Kerajaan Tuhan datang?

Yesus ialah Raja Kerajaan Tuhan.

Lukas 1:31-33: “Kamu harus menamakannya Yesus. Dia akan menjadi agung dan digelar Anak Tuhan Yang Maha Tinggi. Tuhan Yehuwa akan memberinya takhta [Daud], nenek moyangnya. Dia akan memerintah sebagai Raja . . . untuk selama-lamanya, dan Kerajaannya tidak akan berkesudahan.”

Mesej utama yang disebarkan oleh Yesus adalah tentang Kerajaan Tuhan.

Matius 9:35: “Yesus menjelajah ke semua kota dan pekan. Dia mengajar di rumah ibadat dan menyebarkan berita baik Kerajaan Tuhan. Dia juga menyembuhkan semua penyakit dan masalah kesihatan.”

Yesus memberitahu murid-muridnya tanda bahawa Kerajaan Tuhan akan memerintah tidak lama lagi.

Matius 24:7: “Satu bangsa akan menyerang bangsa yang lain, dan satu kerajaan akan menyerang kerajaan yang lain. Kebuluran dan gempa bumi akan terjadi secara berturut-turut di merata tempat.”

Kini, murid-murid Yesus menyebarkan berita tentang Kerajaan Tuhan di serata dunia.

Matius 24:14: “Berita baik tentang Kerajaan Tuhan akan disebarkan ke seluruh bumi sebagai kesaksian kepada semua bangsa. Kemudian, barulah akhir akan datang.”

Fakta tentang Kerajaan Tuhan

Lokasi. Kerajaan Tuhan diasaskan oleh Tuhan dan terletak di syurga.​—DANIEL 2:44; MATIUS 4:17.

Tujuan. Kerajaan Tuhan akan mengubah bumi menjadi firdaus supaya semua manusia hidup aman dan tidak jatuh sakit atau mati.​—MAZMUR 37:11, 29.

Pemerintah. Tuhan melantik Yesus sebagai Raja di syurga. Yesus akan memerintah bersama 144,000 orang yang dipilih dari bumi.​—LUKAS 1:30-33; 12:32; WAHYU 14:1, 3.

Rakyat. Rakyat Kerajaan Tuhan akan tinggal di bumi. Mereka rela mentaati pemerintahan Yesus dan mematuhi undang-undang Kerajaan Tuhan.​—MATIUS 7:21.

Mengapa Yesus Paling Layak Memerintah Manusia

Semasa di bumi, Yesus membuktikan bahawa dia ialah seorang pemerintah yang cekap dan pengasih, kerana dia

  • Mengambil berat terhadap orang miskin.​—LUKAS 14:13, 14.

  • Membenci amalan rasuah dan tindakan yang tidak adil.—MATIUS 21:12, 13.

  • Mengawal kuasa alam semula jadi.​—MARKUS 4:39.

  • Memberikan makanan kepada ribuan orang.​—MATIUS 14:19-21.

  • Mengasihani orang yang sakit dan menyembuhkan orang yang menderita.​—MATIUS 8:16.

  • Membangkitkan orang mati.​—YOHANES 11:43, 44.

Bagaimana Kerajaan Tuhan Dapat Membantu Anda Sekarang

Anda akan hidup dengan lebih bahagia sekarang jika anda menjadi rakyat Kerajaan Tuhan. Contohnya, rakyat Kerajaan Tuhan

  • ‘Berusaha untuk berdamai dengan semua orang.’​—IBRANI 12:14.

  • Mempunyai keluarga yang damai dan bersatu, kerana suami dan isteri saling menghormati dan saling mengasihi.​—EFESUS 5:22, 23, 33.

  • Hidup bahagia dan puas kerana mereka “sedar akan keperluan rohani mereka.”​—MATIUS 5:3.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi