PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 2/07 ms. 1
  • Contohi Yesus dalam Aktiviti Penyebaran Anda

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Contohi Yesus dalam Aktiviti Penyebaran Anda
  • Kerja Teokratik Kita—2007
  • Bahan yang Berkaitan
  • “Pergilah kepada Semua Bangsa dan Jadikanlah Mereka Pengikutku”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Meluaskan Kerja Penyebaran di Galilea
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
Kerja Teokratik Kita—2007
km 2/07 ms. 1

Contohi Yesus dalam Aktiviti Penyebaran Anda

1 Yesus memberi teladan untuk kita contohi dalam aktiviti penyebaran. Kasihnya yang mendalam untuk Tuhan dan untuk manusia sering diperlihatkan dalam pelbagai cara. Dia mengajarkan kebenaran kepada mereka yang lembut hati dan menunjukkan kebaikan hati yang penuh kasih dengan membantu mereka yang terseksa dan tertindas.​—Mat. 9:⁠35.

2 Teladan dan Ajaran Yesus: Yesus tidak terpesong daripada tujuannya. Dia tidak melibatkan diri dalam hal-hal politik atau usaha-usaha yang hanya bersifat perikemanusiaan untuk memperbaiki keadaan masyarakat. Malah, Yesus juga tidak membenarkan usaha lain yang bertujuan mulia untuk mengalihkan perhatiannya daripada pekerjaan utamanya. (Luk. 8:⁠1) Dia menumpukan perhatiannya pada penyebaran berita baik tentang Kerajaan Tuhan sebagai satu-satunya penyelesaian yang kekal bagi masalah manusia. Yesus mempunyai kerja penting yang perlu dilakukan dalam masa yang terhad. Sewaktu penduduk Kapernaum menghendaki Yesus untuk terus berada di sana, dia berkata kepada murid-muridnya, “Kita mesti meneruskan perjalanan ke pekan-pekan lain . . . aku mesti menyampaikan perkhabaran itu di sana juga, kerana untuk tujuan itulah aku datang.”​—Mrk. 1:⁠38.

3 Selepas memberikan latihan kepada murid-muridnya, Yesus telah mengutus mereka dengan arahan yang spesifik ini, “Beritakanlah, ‘Kerajaan syurga sudah dekat.’ ” (Mat. 10:​7, NW) Dia mengajar pengikut-pengikutnya bahawa kepentingan Kerajaan Tuhan patut diutamakan dalam kehidupan mereka. (Mat. 6:33) Kata-kata Yesus yang terakhir kepada murid-muridnya sebelum dia naik ke syurga jelas menunjukkan apa yang patut dilakukan oleh mereka. Dia berkata, “Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikutku.”​—Mat. 28:⁠19.

4 Kepentingan Kerajaan Tuhan: Topik perbincangan Yesus yang utama ialah Kerajaan Tuhan dan dia menyeru murid-muridnya agar mengikut teladannya. Usaha manusia untuk menyelesaikan masalah dunia tidak dapat berjaya. (Yer. 10:23) Hanya Kerajaan Tuhan yang akan menyucikan nama Tuhan dan membawa kelegaan yang kekal kepada manusia. (Mat. 6:​9, 10) Dengan mengajarkan kebenaran tentang Kerajaan Tuhan kepada orang yang “sedih dan susah kerana segala perbuatan yang menjijikkan yang dilakukan,” mereka dapat dibantu untuk hidup dengan gembira dan berjaya sekarang serta berpegang teguh kepada harapan masa hadapan yang kukuh.​—Yeh. 9:⁠4.

5 Yesus terus memainkan peranan yang aktif dalam kerja penyebaran berita baik tentang Kerajaan Tuhan dan dia memberikan jaminan akan dukungannya. (Mat. 28:20) Setakat manakah aktiviti penyebaran kita menyerupai model yang telah diberikan oleh Yesus kepada kita? (1 Ptr. 2:21) Pada hari-hari akhir yang genting ini, semoga kita berusaha sedaya upaya untuk berpaut erat kepada teladan yang telah diberikan oleh Yesus dalam aktiviti penyebaran!

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi