PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 4/07 ms. 4
  • Apakah yang Akan Anda Lakukan dengan Hidup Anda?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah yang Akan Anda Lakukan dengan Hidup Anda?
  • Kerja Teokratik Kita—2007
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kaum Muda Bertanya—Apa yang akan Aku Lakukan dalam Hidupku? (Bahagian 1)
    Kerja Teokratik Kita—2012
  • Kaum Muda Bertanya—Apa yang akan Aku Lakukan dalam Hidupku? (Bahagian 2)
    Kerja Teokratik Kita—2012
  • Cara Mengendalikan Bahagian Perjumpaan Aktiviti Penyebaran
    Kerja Teokratik Kita—2010
  • Lakukanlah Tugas Anda dengan Sepenuh Hati!
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2007
km 4/07 ms. 4

Apakah yang Akan Anda Lakukan dengan Hidup Anda?

1 “Apakah cita-cita adik?” Inilah soalan yang sering diajukan kepada kanak-kanak. Sewaktu anda seorang budak lelaki, adakah anda telah menjawab bahawa anda ingin menjadi seorang doktor? peniaga? penyelia litar? Atau sebagai seorang budak perempuan, adakah anda telah mengatakan bahawa anda ingin menjadi seorang guru? jururawat? perintis khas? Kini, memandangkan anda lebih dewasa, anda harus menanyakan diri satu soalan lagi, “Apakah yang akan saya lakukan dengan hidup saya?” Adakah anda bersedia untuk membuat keputusan?

2 Untuk membantu anda membuat keputusan yang sebaik mungkin, organisasi Yehuwa telah mengeluarkan DVD Young People Ask​—What Will I Do With My Life? Sila tonton DVD ini dan renungkan semua kandungan yang ditayangkan termasuklah drama, temu ramah, dan bahan tambahan. Kandungan-kandungan ini disenaraikan dalam kotak “Menu Utama (Main Menu).”

3 Drama: Sewaktu anda menonton drama ini, fikirkan soalan-soalan berikut: (1) Apakah persamaan-persamaan antara Timotius, yang disebut dalam Ayat Yunani Kristian, dengan Andre? (Kis. 16:1; 1 Tim. 4:8; 2 Tim. 1:⁠5) (2) Bagaimanakah Andre didesak supaya mencapai kecemerlangan dalam bidang olahraga? Siapakah yang mendesaknya? (3) Siapakah yang menjadi pengaruh positif kepada Timotius dan Andre? Bagaimana? (2 Tim. 1:​1-4; 3:​14, 15) (4) Bagaimanakah peringatan di Matius 6:24 dan Filipi 3:8 mempengaruhi Andre, dan bagaimanakah peringatan ini mempengaruhi anda?

4 Babak Terpilih (Selected Scenes): Selepas menonton drama, lihat semula babak-babak berikut, dan jawab soalan-soalan ini. “Paulus dan Timotius”: Apakah nasihat terakhir Paulus kepada Timotius? (2 Tim. 4:⁠5) “Memberikan yang Terbaik kepada Yehuwa”: Apakah matlamat-matlamat rohani anda? “Memihak kepada Yehuwa”: Apakah yang akan membawa kepada kebahagiaan sejati? “Nasihat Seorang Nenek”: Apakah salahnya jika seseorang ingin menjadi seorang bintang dalam dunia Syaitan? (Mat. 4:⁠9) “Tiada Kekesalan”: Apakah yang patut anda ketahui jika anda ingin berasa puas hati dan benar-benar bahagia dalam kehidupan?​—Ams. 10:⁠22.

5 Temu ramah (Interviews): Nyatakan apa yang boleh anda lakukan dengan hidup anda untuk memberi Yehuwa yang terbaik berdasarkan bahagian-bahagian yang berikut. (1) “Membaktikan Diri kepada Usaha yang Sia-sia atau kepada Tuhan?” (1 Yoh. 2:17); (2) “Belajar Menggemari Aktiviti Penyebaran Anda.” (Mzm. 27:14); dan (3) “Pintu Terbuka kepada Khidmat Sepenuh Masa.”​—Mat. 6:⁠33.

6 Mengimbas Kembali (Looking Back): Apakah jawapan anda? (1) Apakah kerjaya-kerjaya yang dikejar oleh saudara dan saudari tersebut? Mengapa? (2) Sejauh manakah pencapaian mereka? (3) Apakah titik perubahan dalam hidup masing-masing? (2 Kor. 5:15) (4) Apakah kerjaya teokratik yang telah menggantikan kerjaya sekular mereka dan mengapakah mereka berasa bahawa mereka tidak boleh mengejar kedua-duanya? (5) Adakah mereka berasa kesal kerana telah mengalih fokus dalam hidup? (6) Apakah kata-kata mereka yang memberi kesan ke atas anda dan telah menyebabkan anda berfikir tentang apa yang ingin anda lakukan dengan hidup anda?

7 Temu Ramah Tambahan (Supplementary Interviews): Dalam semua temu ramah ini, apakah yang telah anda pelajari supaya dapat melayani Yehuwa dengan lebih menyeluruh? (1) “Nilai Pembelajaran Peribadi,” (2) “Kesaksian Alternatif,” (3) “Khidmat Bethel,” (4) “Sekolah Latihan Gilead,” dan (5) “Sekolah Latihan Pengorganisasian.” Kaji semula “Indeks kepada Bahan Tercetak untuk Subjek yang Berkaitan,” dan baca topik yang paling anda minati.

8 Jadi, sudahkah anda memutuskan apa yang hendak anda lakukan dengan hidup anda? Paulus menyeru Timotius supaya merenungkan kata-kata ini dengan mendalam, mencurahkan perhatian penuh dan ‘melakukan semua tanpa mengenal lelah, supaya kemajuannya dilihat oleh semua orang.’ (1 Tim. 4:15) Kami menggalakkan anda untuk menerapkan apa yang telah dipelajari daripada DVD ini. Berdoalah kepada Yehuwa supaya membantu anda membuat keputusan bijak yang akan membawa kegembiraan dan kepuasan sejati sekarang serta membawa kepada masa depan yang cerah dan bahagia.

[Kotak pada muka surat 4]

MAIN MENU

Play Drama

Scenes (11 selections)

Interviews

Play All

Sections (3 selections)

Looking Back

Supplementary Material

Supplementary Interviews

Index to Published Information on Related Subjects

Subtitles

Hearing Impaired

None

Untuk memilih bahagian yang anda inginkan dalam menu, gunakan butang-butang Next ▶, ◀ Back, dan Main Menu.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi