PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 8/07 ms. 6
  • Kotak Pertanyaan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kotak Pertanyaan
  • Kerja Teokratik Kita—2007
  • Bahan yang Berkaitan
  • Internet—Gunakannya dengan Bijak
    Menara Pengawal—2011
Kerja Teokratik Kita—2007
km 8/07 ms. 6

Kotak Pertanyaan

◼ Apakah bahaya-bahaya menggunakan Internet untuk berhubung dengan seseorang yang tidak dikenali?

Sebilangan besar laman Web telah dibangunkan supaya orang dapat bertemu dan berinteraksi menerusi Internet. Banyak laman sebegini membolehkan individu untuk membina dan memaparkan profil sendiri. Profil ini mungkin merangkumi gambar atau maklumat peribadi yang lain. Maka mereka yang melihat profil-profil tersebut boleh mula berhubung. Laman-laman Web sebegini sangat popular dalam kalangan orang muda. Sesetengah belia dari sidang telah menggunakan laman-laman Web ini untuk berinteraksi dengan orang yang mengaku diri sebagai Saksi-Saksi Yehuwa.

Adalah mudah bagi seseorang yang kita kenali melalui Internet untuk menipu akan identiti, kerohanian, atau motifnya. (Mzm. 26:⁠4) Pada hakikatnya, seseorang yang tidak sekepercayaan, seseorang yang telah disingkirkan, atau seseorang yang murtad juga boleh mengatakan bahawa mereka ialah Saksi-Saksi Yehuwa. (Gal. 2:⁠4) Kebanyakan orang yang aktif dalam aktiviti pedofilia (keinginan mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak) menggunakan laman-laman Web sebegini untuk mencari mangsa-mangsa mereka.

Walaupun kita yakin bahawa mereka yang berutus dengan kita merupakan Kristian yang bersahsiah terpuji dan yang aktif dalam sidang, perbualan dalam keadaan sebegini boleh hanyut dengan mudahnya kepada topik-topik yang tidak sihat. Hal ini adalah kerana manusia cenderung, dari segi moral, untuk bersikap cuai dengan individu-individu yang tidak pernah bersemuka dengan mereka. Mereka juga mungkin mempunyai pandangan bahawa komunikasi dalam talian adalah perkara yang sulit dan peribadi, maka apa sahaja yang dikatakan oleh mereka tidak akan diketahui oleh orang, misalnya ibu bapa atau penatua-penatua. Malangnya, sebilangan besar belia daripada rumah tangga Kristian telah terjebak dalam perbualan-perbualan yang cabul. (Ef. 5:​3, 4; Kol. 3:⁠8) Ada pula yang telah memuatkan gambar diri yang merangsangkan nafsu seks, menggunakan nama samaran yang lucah, atau memasukkan hubungan atau pautan (links) kepada video muzik yang mengandungi unsur-unsur seks yang terang-terangan ke dalam profil komputer mereka.

Sebab-sebab di atas menunjukkan bahawa penggunaan komputer oleh anak-anak harus dipantau oleh ibu bapa. (Ams. 29:15) Memanglah berbahaya untuk menjemput seseorang yang tidak dikenali untuk masuk ke dalam rumah kita atau untuk membiarkannya bersendirian dengan anak-anak kita. Dengan cara yang sama, memanglah berbahaya jika diri kita atau anak-anak kita bergaul dengan orang yang tidak dikenali menerusi Internet walaupun mereka mengaku diri sebagai Saksi-Saksi Yehuwa.​—Ams. 22:⁠3.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi