Cara Menawarkan Majalah Tempatan
br711 Can You Trust the Bible?
“Pada zaman saintifik ini, ramai orang berpendapat bahawa Bible sudah ketinggalan zaman. Apakah pandangan anda? [Izinkan maklum balas.] Tahukah anda bahawa setiap pernyataan dalam Bible yang menyentuh bidang sains adalah tepat? [Baca Ayub 26:7.] Majalah ini memberikan sebab-sebab yang kukuh tentang mengapa Bible boleh dipercayai.”
br802 Death—Is It Really the End?
“Sesetengah orang berpendapat bahawa kita akan ke dunia akhirat selepas mati; yang lain pula percaya bahawa kita tidak mempunyai apa-apa harapan lagi. Pada pendapat anda, adakah kematian sesuatu yang perlu ditakuti? [Izinkan maklum balas.] Perhatikan kata-kata dalam buku Pengkhutbah yang ditulis 3000 tahun dahulu. [Baca Pengkhutbah 9:5, 10.] Majalah ini memberikan penerangan yang jelas daripada Bible tentang apa yang akan berlaku kepada kita apabila kita mati.”