PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp20 No. 2 ms. 11-13
  • Apakah yang Akan Dilakukan oleh Kerajaan Tuhan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah yang Akan Dilakukan oleh Kerajaan Tuhan?
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • APA YANG SUDAH DILAKUKAN OLEH KERAJAAN TUHAN
  • APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN OLEH KERAJAAN TUHAN TIDAK LAMA LAGI?
  • APA YANG AKAN DILAKUKAN OLEH KERAJAAN TUHAN BAGI MANUSIA
  • Apakah Itu Kerajaan Tuhan?
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Apakah Itu Kerajaan Tuhan?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Apakah yang Akan Kerajaan Tuhan Lakukan?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Apa Itu Kerajaan Tuhan?
    Berita Baik daripada Tuhan!
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
wp20 No. 2 ms. 11-13
Sungai yang kemudiannya menjadi air terjun. Sungai itu dikelilingi gunung-gunung yang diliputi salji dan hutan.

Apakah yang Akan Dilakukan oleh Kerajaan Tuhan?

Yesus mengajar murid-muridnya untuk berdoa agar Kerajaan Tuhan datang. Dia tahu bahawa segala masalah di bumi bukanlah kehendak Tuhan, dan hanya Kerajaan Tuhan yang dapat menyelesaikannya. Apakah yang akan dilakukan oleh Kerajaan Tuhan?

APA YANG SUDAH DILAKUKAN OLEH KERAJAAN TUHAN

Dalam rencana sebelumnya, kita sudah membincangkan tanda yang disebutkan oleh Yesus. Tanda itu membuktikan dengan jelas bahawa Kerajaan Tuhan yang diperintah oleh Yesus Kristus sudah didirikan di syurga.

Bible menyatakan bahawa sejurus selepas Yesus menjadi Raja Kerajaan Tuhan, dia menghalau Syaitan dan roh-roh jahat dari syurga. Kini, mereka hanya dapat menimbulkan masalah di bumi, dan itulah salah satu sebabnya keadaan bumi menjadi semakin teruk sejak tahun 1914.​—Wahyu 12:7, 9.

Meskipun keadaan dunia semakin buruk, Yesus, selaku Raja Kerajaan Tuhan, sedang membantu orang di serata bumi. Melalui kerja pendidikan Bible, Yesus membantu banyak orang di serata dunia untuk mempelajari dan mengamalkan prinsip Bible dalam kehidupan seharian mereka. (Yesaya 2:2-4) Jutaan orang telah belajar cara untuk membina keluarga yang lebih bahagia, dan mereka dididik supaya memiliki pandangan yang seimbang terhadap kerja dan harta benda. Hasilnya, mereka dapat meraih manfaat sekarang dan bersedia untuk menjadi rakyat Kerajaan Tuhan.

APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN OLEH KERAJAAN TUHAN TIDAK LAMA LAGI?

Yesus sudah mula memerintah di syurga, tetapi kerajaan manusia masih berkuasa di bumi. Namun, Tuhan telah menyuruh Yesus, “Pergilah dalam kalangan musuh-musuhmu dan taklukilah mereka.” (Mazmur 110:2) Tidak lama lagi, Yesus akan memusnahkan semua musuhnya dan membawa kehidupan yang lebih baik untuk semua orang yang rela mentaati Tuhan.

Pada masa itu, Kerajaan Tuhan akan:

  • Melenyapkan agama palsu. Agama-agama yang tidak mengajarkan kebenaran tentang Tuhan dan menindas orang akan dilenyapkan. Dalam Bible, agama palsu digambarkan seperti pelacur yang akan dibinasakan. Apabila hal itu berlaku, ramai orang akan terkejut.​—Wahyu 17:15, 16.

  • Menamatkan pemerintahan manusia. Kerajaan Tuhan akan mengakhiri semua kerajaan manusia.​—Wahyu 19:15, 17, 18.

  • Membinasakan orang jahat. Apakah yang akan berlaku kepada orang yang suka berbuat jahat dan enggan mentaati Tuhan? Bible menyatakan bahawa mereka “akan dilenyapkan dari bumi.”​—Amsal 2:22.

  • Memusnahkan Syaitan dan roh-roh jahat. Syaitan dan roh-roh jahat “tidak akan menyesatkan bangsa-bangsa lagi.”​—Wahyu 20:3, 10.

Bagaimanakah kehidupan yang menantikan orang yang ingin diperintah oleh Kerajaan Tuhan?

APA YANG AKAN DILAKUKAN OLEH KERAJAAN TUHAN BAGI MANUSIA

Sebagai Raja di syurga, Yesus jauh lebih unggul daripada mana-mana pemerintah manusia. Dia akan dibantu oleh 144,000 orang yang dipilih dari bumi. (Wahyu 5:9, 10; 14:1, 3) Dia akan melaksanakan kehendak Tuhan bagi bumi dan membawa banyak berkat kepada penduduk bumi. Apakah berkat-berkat itu?

  • Penyakit dan kematian dilenyapkan. “Tiada sesiapa pun di negeri itu yang akan berkata, ‘Aku sakit,’” dan “kematian tidak akan ada lagi.”​—Yesaya 33:24; Wahyu 21:4.

  • Kedamaian dan keselamatan yang sejati. “Mereka akan mendapat kedamaian yang berlimpah-limpah,” dan “setiap orang akan duduk di bawah pokok anggur dan di bawah pokok ara masing-masing. Tidak ada sesiapa yang akan membuat mereka berasa takut.”​—Yesaya 54:13; Mikha 4:4.

  • Pekerjaan yang memuaskan. “Umat pilihan-Ku akan menikmati hasil kerja mereka dengan sepuas-puasnya. Mereka tidak akan berjerih lelah dengan sia-sia.”​—Yesaya 65:22, 23.

  • Alam sekitar akan dipulihkan. “Padang belantara dan tanah yang gersang akan bersukacita. Padang gurun akan bergembira dan dipenuhi bunga-bunga.”​—Yesaya 35:1.

  • Manusia akan diajar cara untuk hidup selama-lamanya. “Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang Engkau utus, maka mereka mendapat kehidupan kekal.”​—Yohanes 17:3.

Tuhan ingin mengurniakan berkat-berkat itu kepada anda. (Yesaya 48:18) Rencana seterusnya akan menjelaskan apa yang perlu anda lakukan sekarang untuk menikmati masa depan yang cerah itu.

Kerajaan Tuhan akan menyelesaikan semua masalah yang disebabkan oleh pemerintahan manusia dan membawa:

  • Sepasang suami isteri berjoging di kawasan hutan.

    KESIHATAN YANG SEMPURNA

  • Sebuah keluarga berkelah di taman. Bapa keluarga itu sedang bermain gitar.

    KEDAMAIAN DAN KESELAMATAN

  • Sepasang suami isteri sedang berkebun.

    PEKERJAAN YANG MEMUASKAN

  • Sungai yang kemudiannya menjadi air terjun. Sungai itu dikelilingi gunung-gunung yang diliputi salji dan hutan.

    ALAM SEKITAR YANG BERSIH

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi