PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 7/09 ms. 3
  • Puji Yehuwa Setiap Hari

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Puji Yehuwa Setiap Hari
  • Kerja Teokratik Kita—2009
  • Bahan yang Berkaitan
  • Pujilah Yehuwa, Tuhan Kita!
    Nyanyilah kepada Yehuwa
  • Pujilah Yehuwa, Tuhan Kita!
    Nyanyi dengan Gembira kepada Yehuwa
  • “Pujilah Nama Yehuwa!”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2024
Kerja Teokratik Kita—2009
km 7/09 ms. 3

Puji Yehuwa Setiap Hari

1. Hati umat Tuhan tergerak untuk membuat apa? Mengapa?

1 Raja Daud menyuarakan azamnya untuk memuji Yehuwa “setiap hari” buat selama-lamanya. (Mzm. 145:2, 7, 21) Kita juga mempunyai alasan yang baik untuk memuji Yehuwa setiap hari.—Mzm. 37:10; 145:14, 18; 2 Ptr. 3:13.

2. Bagaimanakah keluarga boleh memuji Yehuwa setiap hari?

2 Di Kediaman Kita: Maklumat dalam bahan bacaan kita boleh memperkaya perbincangan rohani kita semasa mempertimbangkan ayat harian, semasa mengadakan Penyembahan Keluarga, dan semasa membuat persiapan untuk perjumpaan. Ramai keluarga mengamalkan tabiat makan bersama sekurang-kurangnya sekali setiap hari. Tabiat ini mewujudkan suasana yang tenang untuk perbualan dan memberi mereka peluang untuk memuji Yehuwa. Ibu bapa dapat menggunakan masa ini bagi memulakan perbualan rohani yang merupakan sarana penting untuk mendidik anak-anak mereka dengan “ajaran dan nasihat [Yehuwa].”—Ef. 6:4; Ul. 6:5-7.

3. Apakah peluang yang ada semasa kita bersama dengan saudara saudari kita?

3 Dengan Saudara Saudari Kita: Semasa bergiat dalam kerja penyebaran atau semasa perjumpaan, kita mempunyai banyak peluang baik untuk memuji Yehuwa bersama rakan sekepercayaan kita. (Ams. 15:30; Flp. 4:8; Ibr. 13:15) Oleh sebab kita semua mengasihi Yehuwa, maka tidaklah sukar untuk mengungkapkan kesyukuran yang ikhlas atas kebaikan-Nya semasa bertutur dengan saudara saudari kita.—Mzm. 106:1.

4. Bilakah anda dapat memuji Yehuwa?

4 Semasa Bercakap dengan Orang Lain: Keadaan mungkin tidak mengizinkan kita untuk bergiat dalam kerja penyebaran setiap hari, namun kita masih boleh mengadakan perbincangan singkat dengan rakan sekerja, rakan sekolah, dan orang yang berada di sekeliling kita tentang Yehuwa dan tujuan-Nya. Dengan berbuat demikian, kita membawa sinar harapan kepada mereka yang berhati jujur. (Mzm. 27:14; 1 Ptr. 3:15) Semasa menaiki kapal terbang, seorang saudari telah memberikan kesaksian kepada seorang penumpang. Kata-kata saudari tersebut begitu menenangkan hati dan menggalakkannya sehingga dia memberikan alamat dan nombor telefonnya kepada saudari tersebut agar mereka dapat terus berhubung. Keadaan dan masalah dunia kian hari kian meruncing, namun umat Yehuwa terus “membawa berita baik” tentang sesuatu yang lebih baik kepada mereka yang rela mendengar. Usaha ini memberi harapan kepada orang lain dan menggerakkan hati mereka untuk memuji Yehuwa.—Yes. 52:7; Rm. 15:11.

5. Mengapakah kita berhasrat untuk memuji Yehuwa? Apakah hasilnya?

5 Pujian kita kepada Yehuwa setiap hari pasti menggembirakan hati-Nya! Sebagaimana ciptaan-ciptaan fizikal Yehuwa memuji-Nya, kita juga boleh melimpah dengan pujian kepada-Nya setiap hari di kediaman kita, dalam sidang, dan semasa bercakap dengan mereka yang belum memuji Yehuwa bersama kita.—Mzm. 19:2-5.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi