PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 12/09 ms. 2
  • Bantulah Pelajar Anda dengan Sepenuh Jiwa dan Raga

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bantulah Pelajar Anda dengan Sepenuh Jiwa dan Raga
  • Kerja Teokratik Kita—2009
  • Bahan yang Berkaitan
  • Bantu Pelajar Bible Anda untuk Dibaptis
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2021
  • Bantulah Pelajar Bible Anda Maju sehingga Dibaptis—Bahagian Dua
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
  • Seluruh Sidang Dapat Membantu Pelajar Bible Maju sehingga Dibaptis
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2021
  • Bantulah Pelajar Bible Anda Maju sehingga Dibaptis—Bahagian Satu
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2009
km 12/09 ms. 2

Bantulah Pelajar Anda dengan Sepenuh Jiwa dan Raga

1. Apakah yang diperlukan jika kita ingin membantu seorang pelajar Bible?

1 Jika kita ingin membantu seorang pelajar Bible sehingga dia membaktikan diri kepada Tuhan, sekadar mengadakan pembelajaran Bible dengannya secara tetap tidak memadai. Hawari Paulus menyamakan hubungannya dengan mereka yang diajar olehnya seperti seorang ibu yang menjaga anak-anaknya. Seperti Paulus, kita juga sudi memberikan seluruh jiwa, masa, dan tenaga untuk membantu pelajar-pelajar kita agar mereka dapat maju secara rohani.—1 Tes. 2:7-9.

2. Mengapakah kita patut mengambil berat terhadap pelajar Bible kita secara peribadi? Bagaimanakah kita melakukannya?

2 Tunjukkan Keprihatinan: Seraya seorang pelajar Bible menerapkan apa yang dipelajari, hati nuraninya akan mendorong dia agar tidak lagi bergaul rapat dengan mereka yang tidak hidup menurut prinsip Bible. (1 Ptr. 4:4) Ahli keluarganya mungkin memutuskan hubungan dengannya. (Mat. 10:34-36) Kita dapat membantu mengisi kekosongan di hatinya dengan mengambil berat terhadapnya secara peribadi, seperti seorang ibu yang mengasihi anaknya. Seorang perintis seberang laut yang berpengalaman mencadangkan, “Jangan tergesa-gesa beredar selepas tamatnya pembelajaran Bible. Jika sesuai, luangkan masa dan berbual sebentar dengan pelajar anda.” Anda harus peka untuk menghulurkan bantuan praktikal kepada pelajar anda. Misalnya, dapatkah anda menelefon atau melawatnya semasa dia sakit? Bolehkah anda duduk bersama dengan pelajar anda semasa perjumpaan dan membantu menjaga anak-anaknya?

3. Bagaimanakah kita dapat membantu pelajar kita untuk menerima galakan daripada sidang?

3 Bantuan daripada Sidang: Jika anda sedang menjalankan aktiviti penyebaran berhampiran dengan rumah pelajar anda, dapatkah anda mengunjunginya sebentar untuk memperkenalkan teman kerja penyebaran anda? Kalau boleh, dari semasa ke semasa jemputlah penyiar yang berlainan, termasuk para penatua, untuk menemani anda sewaktu pembelajaran Bible. Selain itu, tidak lama selepas anda memulakan pembelajaran Bible, galakkan pelajar anda untuk menghadiri perjumpaan di Dewan Perjumpaan. Dengan ini, dia dapat menikmati pergaulan yang membina daripada ahli sidang yang mungkin menjadi keluarga rohaninya kelak.—Mrk. 10:29, 30; Ibr. 10:24, 25.

4. Ketekunan kita mungkin membuahkan hasil apa?

4 Ibu atau bapa yang membantu anak-anaknya secara rohani tanpa mengenal lelah pastinya berasa sangat gembira apabila mereka memilih untuk memihak kepada Yehuwa dan mengikut haluan kebenaran. (3 Yoh. 4) Kita dapat menikmati sukacita sedemikian seraya kita membantu pelajar-pelajar Bible kita dengan sepenuh jiwa dan raga.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi