Cara Menawarkan Majalah
g10 06 Nature Had It First
“Seperti kebanyakan orang, anda mungkin kagum dengan keindahan alam semula jadi. Adakah anda setuju bahawa alam semula jadi juga direka dengan bijak? [Izinkan maklum balas. Kemudian baca Mazmur 104:24.] Majalah ini mengandungi contoh-contoh yang menarik tentang reka cipta yang terdapat dalam alam semula jadi serta membincangkan apa yang boleh kita pelajari daripadanya.”
g10 07 Do You Need More Time?
“Pernahkah anda tertanya-tanya: Adakah Bible sekadar buku yang baik? Atau adakah Bible mengandungi mesej penting dan memberi bantuan praktikal kepada kita untuk menangani pelbagai masalah dewasa ini? [Izinkan maklum balas.] Perhatikan apa yang dikatakan dalam Bible. [Baca 2 Timotius 3:16, 17.] Majalah ini membincangkan sebabnya kita boleh percaya pada Bible dan mengapa hal ini begitu penting.” Tunjukkan rencana yang bermula pada muka surat 28.