PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 7/10 ms. 2
  • Adakah Usaha Saya Mencukupi?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Usaha Saya Mencukupi?
  • Kerja Teokratik Kita—2010
  • Bahan yang Berkaitan
  • Peringatan Yehuwa Dapat Dipercayai
    Menara Pengawal—2013
  • Biarlah Peringatan Yehuwa Menjadi Kesukaan Hati Anda
    Menara Pengawal—2013
  • Adakah Anda Melaksanakan Tugas Anda dengan Sepenuhnya?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
  • Bersukacitalah dengan Memberi Yehuwa yang Terbaik yang Anda Mampu
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2010
km 7/10 ms. 2

Adakah Usaha Saya Mencukupi?

1. Apakah kerisauan yang mungkin dialami oleh seorang Kristian yang setia?

1 Pernahkah anda menanya diri anda soalan ini? Mungkin penyertaan anda dalam aktiviti penyebaran tidak seperti dahulu kerana usia yang semakin lanjut, masalah kesihatan, atau tanggungjawab keluarga yang bertambah. Semua ini boleh membuat anda tawar hati. Seorang saudari yang mempunyai tiga orang anak menulis bahawa adakalanya dia rasa bersalah kerana masa dan tenaga yang diperlukan untuk menjaga keluarganya mengehadkan penyertaannya dalam aktiviti penyebaran. Apakah yang dapat membantu kita untuk mempunyai pandangan yang seimbang dalam hal ini?

2. Apakah yang dikehendaki oleh Yehuwa daripada kita?

2 Apa yang Dikehendaki oleh Yehuwa: Tidak dapat dinafikan, kita semua ingin lebih bergiat dalam aktiviti penyebaran. Tetapi, apa yang kita ingin lakukan biasanya sangat berbeza dengan apa yang kita mampu lakukan. Sebenarnya, keinginan kita untuk lebih bergiat jelas menunjukkan kesungguhan kita. Kita patut ingat bahawa Yehuwa mengetahui batasan kita dan Dia tidak mengehendaki sesuatu yang berada di luar kemampuan kita. (Mzm. 103:13, 14) Apakah yang dikehendaki oleh-Nya daripada kita? Dia ingin kita menyembah-Nya dengan sepenuh hati dan sedaya upaya kita.—Kol. 3:23.

3. Bagaimanakah kita dapat mengetahui kemampuan sendiri untuk menjalankan aktiviti penyebaran?

3 Apakah yang dapat membantu kita untuk mengetahui kemampuan sendiri? Kita boleh memohon bantuan Yehuwa untuk mempunyai pandangan yang realistik terhadap situasi kita. (Mzm. 26:2) Seorang sahabat Kristian yang akrab, matang, dan boleh dipercayai juga dapat membantu. Dia boleh berterus-terang dengan kita sama ada kita perlu membuat apa-apa perubahan. (Ams. 27:9; Mzm 141:5) Ingatlah bahawa memandangkan situasi hidup boleh berubah, adalah baik untuk menilai situasi kita dari masa ke masa.—Ef. 5:10.

4. Bagaimanakah kita patut memandang peringatan daripada Bible yang berkaitan dengan aktiviti penyebaran?

4 Pandangan Kita terhadap Peringatan Bible: Hadirin yang sedang menyaksikan perlumbaan sering bersorak-sorai. Sorakan mereka bertujuan membantu para peserta untuk mencapai matlamat, bukan untuk mematahkan semangat peserta. Di perjumpaan dan dalam bahan bacaan kita, kita juga sering digalakkan dan diingatkan menerusi Bible agar ‘sentiasa bertekun untuk mengisytiharkan’ berita baik dengan perasaan mendesak. Semua ini bertujuan untuk membantu kita, dan tidak bererti bahawa usaha kita tidak memadai. (2 Tim. 4:2) Kita boleh yakin bahawa selagi kita terus mencuba dengan sedaya upaya, Yehuwa akan mengingati ‘apa yang sudah kita lakukan bagi-Nya, ataupun kasih yang kita tunjukkan kepada-Nya’ dengan hati yang gembira.—Ibr. 6:10.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi