PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 10/10 ms. 1
  • “Jangan Takut”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • “Jangan Takut”
  • Kerja Teokratik Kita—2010
  • Bahan yang Berkaitan
  • Bagaimana Kasih Membantu Kita Mengatasi Rasa Takut
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
  • Yehuwa Akan Memberi Anda Kekuatan
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2021
  • Atasi Rasa Takut dengan Berharap kepada Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2024
  • “Janganlah Risau kerana Akulah Tuhanmu”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2010
km 10/10 ms. 1

“Jangan Takut”

1. Seperti Yeremia, apakah cabaran yang mungkin kita hadapi?

1 Ketika Yeremia dilantik sebagai penubuat, dia berasa bahawa dirinya tidak layak. Namun, Yehuwa meyakinkannya agar “jangan takut,” dan dengan baik hati menguatkannya untuk menyempurnakan tugasnya. (Yer. 1:6-10) Dewasa ini, penglibatan kita dalam aktiviti penyebaran mungkin dipengaruhi oleh rasa segan atau kurang yakin. Kadang kala, kita mungkin teragak-agak untuk memberikan kesaksian kerana takut akan reaksi atau pandangan orang lain. Bagaimanakah kita dapat mengatasi rasa takut sedemikian? Hasilnya, apakah berkat yang akan kita nikmati?

2. Mengapakah persiapan dapat membantu kita mengatasi rasa takut terhadap aktiviti penyebaran?

2 Membuat Persiapan Terdahulu: Persiapan yang rapi dapat membantu kita mengatasi rasa takut. Misalnya, jika kita mengkaji dahulu penghalang perbualan yang mungkin timbul, kita akan bersedia untuk menjawab bantahan-bantahan yang sering dikemukakan. (Ams. 15:28) Bolehkah anda menggunakan sesi latihan semasa Penyembahan Keluarga untuk membuat persiapan agar dapat menghadapi pelbagai cabaran di sekolah atau semasa aktiviti penyebaran?—1 Ptr. 3:15.

3. Bagaimanakah keyakinan pada Yehuwa membantu kita mengatasi rasa takut?

3 Yakin pada Yehuwa: Penawar yang berkesan untuk mengatasi rasa takut adalah dengan bergantung pada Tuhan kita. Yehuwa menjamin bahawa Dia akan membantu kita. (Yes. 41:10-13) Inilah keselamatan yang terbaik! Biarpun timbulnya situasi yang tidak terduga, Yesus meyakinkan kita bahawa daya aktif Tuhan akan membolehkan kita untuk memberikan kesaksian yang baik. (Mrk. 13:11) Maka, kita perlu sentiasa merayu Yehuwa agar mengurniakan daya aktif-Nya.—Luk. 11:13.

4. Jika kita menjalankan aktiviti penyebaran dengan tekun meskipun menghadapi cabaran, apakah berkat yang akan kita nikmati?

4 Berkat-berkat: Apabila kita menjalankan aktiviti penyebaran dengan tekun meskipun menghadapi cabaran, kita diperkuat untuk menghadapi dugaan pada masa depan dengan jayanya. Seperti mereka yang dipenuhi daya aktif Tuhan, kita menjadi gagah dan berani. (Kis. 4:31) Tambahan lagi, apabila kita mengatasi rasa takut dengan bantuan Yehuwa, kepercayaan kita dan keyakinan kita terhadap penyelamatan-Nya bertambah kukuh. (Yes. 33:2) Kita juga bersukacita dan menikmati kepuasan kerana tahu bahawa kita sedang menyenangkan hati Bapa kita yang di syurga. (1 Ptr. 4:13, 14) Maka, marilah kita sentiasa yakin akan sokongan Yehuwa, dan janganlah takut semasa menghebahkan berita Kerajaan Tuhan!

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi