PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 11/10 ms. 4
  • Kotak Pertanyaan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kotak Pertanyaan
  • Kerja Teokratik Kita—2010
  • Bahan yang Berkaitan
  • Hargailah Pekhidmat Sepenuh Masa
    Menara Pengawal—2014
  • Cara-Cara untuk Meluaskan Khidmat Anda
    Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
  • Orang Muda—Lakukanlah Perbuatan Baik dengan Semangat yang Berkobar-Kobar
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2019
Kerja Teokratik Kita—2010
km 11/10 ms. 4

Kotak Pertanyaan

◼ Apakah bantuan praktikal yang boleh kita hulurkan kepada para perintis?

Sepanjang tahun aktiviti penyebaran 2009, hampir 800,000 orang saudara dan saudari di serata dunia telah berkhidmat sebagai perintis biasa dan perintis khas. Para pekhidmat sepenuh masa ini telah memberikan yang terbaik dari segi masa, tenaga, dan harta benda agar dapat menyebarkan berita baik Kerajaan Tuhan. (Ams. 3:9) Usaha mereka pasti menggembirakan hati Yehuwa! Bagaimanakah kita dapat memupuk pandangan Yehuwa dan membantu para perintis agar mereka dapat berkhidmat dengan sukacita dan tabah?

Kata-kata kita boleh menggalakkan para perintis untuk terus berkhidmat. (Ams. 25:11) Dapatkah kita meluangkan masa setiap minggu untuk menjalankan aktiviti penyebaran bersama mereka? Semasa kita bekerja bersama mereka, kita boleh menjemput mereka untuk menumpang kenderaan kita. Jika kita menumpang kenderaan mereka pula, kita boleh menyumbang kepada kos pengangkutan mereka. (1 Kor. 13:5; Flp. 2:4) Kita juga dapat memperlihatkan sokongan dan kasih dengan bersikap murah hati dan menjemput perintis ke rumah kita untuk menjamu selera dari masa ke masa.—1 Ptr. 4:8, 9.

Bible memberikan jaminan bahawa Yehuwa akan menjaga keperluan mereka yang mengutamakan Kerajaan-Nya. (Mzm. 37:25; Mat. 6:33) Salah satu cara Dia berbuat demikian adalah menerusi persaudaraan Kristian yang saling mengasihi. (1 Yoh. 3:16-18) Sememangnya, para perintis tidak mengharapkan orang lain untuk menjaga keperluan kewangan mereka. Mereka juga mungkin berasa segan untuk memberitahu orang lain ketika mereka berkekurangan. Akan tetapi, kita dapat menghulurkan bantuan praktikal untuk “meringankan beban” perintis-perintis yang setia ini dengan sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan mereka.—2 Kor. 8:13-15.

Pada abad pertama, terdapat seorang penyebar berita baik yang bersemangat dari Sidang Kengkrea yang bernama Febe. Semasa dia melawat ke Rom, Paulus menggalakkan saudara saudari di Rom agar menyambut dia sebagai salah seorang umat Tuan dan membantunya, jika dia memerlukan bantuan daripada mereka. (Rm. 16:1, 2) Begitu juga, terdapat perintis biasa dan perintis khas dalam sidang kita yang tidak berhenti-henti menghebahkan berita baik. Kita berpeluang menunjukkan kasih dan sokongan yang sama kepada mereka.—Kis. 5:42.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi